Saturday, April 1, 2017

bulan keempat

Bismillah.

pertama dan selamanya, Alhamdulillah. hanya kepada Allah kuserahkan segala urusan hidup ini.

ya. ini post pertama bagi tahun duaributujuhblas. ke mana gua untuk tiga bulan ini?!
hmm... sebenarnya sudah beribu kali jari sudah mula menaip di atas papan kekunci ini, tinggal sahaja butang 'publish' ditekan. tapi menjadi gua, inilah yang terjadi. insya-Allah muntah kuning ini akan gua habiskan dan 'publish'kan juga akhirnya.

bulan pertama--
balik ke kampus, yang sejujurnya gua tidak bersedia untuk SEMESTER BAHARU! titik mula homesick gua. pedih itu, gua simpan sendiri.

bulan kedua--
bulan yang agak... mencabar sebenarnya. dengan pelbagai isu baru & lama, peraturan yang tiba-tiba, dan bermacam kerenah manusia. tapi bersama manusia positif di sekeliling gua, gua bahagia seja, hiks

bulan ketiga--
bulan yang agak penat zahir batin. huhuhu. bulan zombie, bulan pembuka untuk segala PENGHANTARAN mak nenek bapak datok esaimens, camping ub, perhimpunan bulanan, itu ini... paling banyak meeting waktu malam. bulan ini barulah terlangsai sedikit homesick ciptaan gua selama seploh hari meraih chenta di Sabah bersama kakak tersayang. hihihiks (tunggu next entry untuk cerita menarik ni. Love's reports III). kembali ke kampus tu jangan habaq la woi, ada satu hari tu gua rindu gilos dengan mak abah T_T hanya mampu nangis tepi dinding sorang-sorang. ish dasar anak manja. minggu akhir bulan ini adalah minggu yang agak emosi buat gua. cakap pasal famili ja, saat tu juga bergenang air mata. can't help myself T_T. buat masa ini, untuk segala homesick gua yang tidak pernah padam... gua hanya mampu menonjolkan betapa positifnya hidup ini dan dalam masa... hati, jiwa dan raga gua yang tidak terlihat... amatlah menyeksa. uhuks. endapalah. kejap ja lagi ni. ada sebulan lagi kan ^_^
tapi kerana gua memilih bahagia-- Alhamdulillah. habis pun bulan ketiga semalam dengan satu senyuman. kalau diikutkan kata hati yang memang endakuat ni, mau ja gua menyesali atas segala malasnya, tidak menentunya hidup gua, dan segalanya yang negatif tentang diri ini. tapi gua tersedar... siapa gua untuk terus berkeadaan begitu? ada satu ayat ni buat gua bangun dari jatuh yang disengajakan.

nothing is difficult if you seek it through your Lord,
and nothing is easy if you seek through yourself.

selamat datang bulan keempat. bulan pembuka yang insya-Allah kita muntahkan lebih banyak kaler kuning yang positif, ceria, sado, cantik, kuat, sabar, senyum etcs.

semoga terus kuat wahai hati-hati yang merindui rumah dan seisinya! :D

semoga Allah permudahkan untuk beberapa urusan dunia sebelum tammatnya semester 6 ini. hiks. kejap ja lagi. jom laluinya dengan tenang jiwa, yang terbaik, yang terpaling diingati kelak.

oh ya, hari ini masuk minggu kedua gua bebas jenayah. jenayah apa juga tu? apalagi kalau bukan 'stalk' orang yang sama. tapi disebabkan dua minggu lalu tidak sama sudah, jadi ayuhlah bebas jenayah untuk segala jenayah yang hanya melemahkan sebenarnya. moga sifar dengan segalanya hingga akhir nanti. ^_^ gua tidak mahu terikat dengan sesiapa. dan biar sesiapa tidak terikat dengan gua. kbai

bah itu seja baitu. hari ini-- 4 rejab 1438h bersamaan 1 april 2017
semoga bahagia, milik semua. insya-Allah ^_^

well, enjoy learning!

Wednesday, December 7, 2016

#penghujung2016

Bismillah.

pertama & selamanya hanya kepada ALLAH S.W.T, Tuhan Semesta Alam jua kupanjatkan rasa syukur atas segala curahan idea picisan & kudrat upaya untuk satu hari lagi peluang untuk bernafas di atas nama Chenta. Alhamdulillah 'ala kulli hal

duwaribunamblas, sedikit hari lagi bakal melabuhkan tirainya. sebelum terlewat, ingin aku mengucapkan pibedey belog. sudah hampir 6 tahun bersama (setelah banyak post yang dideleted, didraf, dipost). semoga terus menjadi ruang untuk idea picisan, rasa hati dan muntah kuning berlegar di dalamnya. hiks

post kali ini aku tujukan khas buat suatu bayang yang menjadi 'highlight' hati ini sejak pertama kali melihat bayang tersebut di suatu senja 2013. (ekceli nda ingat puns bila, tapi tentunya di atTaqwa). bermulalah suatu 'gila' seorang nfnfhai yang dapat mengesan bentuk bayang itu walaupun tidak diangkat muka untuk bersua. & setakat ini, tekaanku semuanya tepat. bayang = dia.

dalam beberapa minggu lagi aku mungkin 'dilupakan' dengan segala rasa-rasa ini, atau entah sampai bila untuk segala kegilaan ciptaanku akan setia bersama. moga-moga kembali waras, dengan berita indah hendaknya. insya-ALLAH

kepada: pemilik bayang itu a.k.a dia

jujurly sejak pertama kali bersua muka, ada sesuatu yang membuatkan aku mencipta benteng dengan mewujudkan 'bayang' tersebut dalam silibus kehidupanku. tahun itu, 2013. bermula kembara diri di bumi tarbiyyah. dia adalah suatu watak yang sering aku tertukar dengan seorang senior. 2014 barulah aku dengan rela hatinya mengiyakan-- dia adalah bayang, dia bukan senior itu. lol

hendak dijadikan cerita, aku mengenali namanya melalui carta organs surau. malangnya, muka dia tidak sama dengan bayang yang sering kali melimpasi bayangku. di carta tersebut, wajahnya lebih mirip dengan senior itu. haish syukurlah fasa berperang dengan diri sendiri untuk mengkompomkan nama pemilik bayang tersebut sudah berlalu. lucu pula bila diingat kembali.

seterusnya, kisah pertama tentang dia yang termuntah di dalam belog ini sudah duwa tahun berlalu--
Tentang Dia Part Last

kisah terbaru juga tentang dia, beberapa bulan lalu--
Sedetik Beku

.
.
entah mahu dilabel dalam kategori apa segala muntah kuning ini. terlalu aliens sebenarnya buat diri ini sehingga saat ini & sewaktu jari masih menaip setiap aksara ini.

terlalu jelas suatu peristiwa di hari itu. dia dengan beberapa seniors terlalu asyik bergurau like bros tanpa sedar gurauan itu sebenarnya too-loud-for-me-weh-im-here-bruhs! hanya mampu pandang ke tepi seperti teda apa-apa yang berlaku. malunya time tu hanya Tuhan seja yang tahu. =__=" kalau gurau biasa jak ndapalah... ini siap mention nama aku dengan loud & clear lagi.

& hari terakhir menginap di ib sebelum cek out untuk cuti sem-- dijadikan cerita bayang itu juga berada di tempat yang sama denganku. tujuan yang sama: balik.

"kau di mana?"

"Tepi lrt.."

maka... sedang mata memandang ke arah stesen lrt, kelihatan bayang tersebut sedang duduk seorang diri sambil makan auntie's anne. (sempat tersenyum sendiri melihat situasi tersebut sebab terlalu rare di mata ini lol). aku berhenti berhadapan dengannya sambil konon melihat henpon, beberapa detik kemudian dia mengangkat muka & terus ke mesin membeli token. aku? swap kad & pulanglah kami ke tujuan sama.

last seen depan mata-- 03122016.

hm. terlalu banyak sebenarnya suara beku yang hanya mampu dipendam dalam hati. sehingga kini aku sendiri tidak tahu ke mana akhirnya semua ini. adakah benar sekadar rasa yang hanya aku rasai atau... entah? mulai tahun hadapan... bayang itu, hanyalah kenangan buatku.

wahai pemilik bayang itu,
terima kasih atas segalanya. ada sebab mengapa Tuhan temukan aku dengan kau di tahun 2013 sehinggalah 2016. ampun maaf silap salah.\\

aku rasa terlalu banyak hints yang aku berikan. tapi umpamanya seperti tidak sampai sahaja kepada kau. & untuk segala respons yang kau berikan... sama ada positif, neutral atau negatif... terima kasih. terima kasih. terima kasih.

last but not least, sempat aku menjemput kau hadir ke rumah terbuka aidilfitri di tenghilan. kau tahu? sebelum kau membalas jemputan itu, betapa berharapnya aku bahawa ada bayang kau di sana. tapi endapalah. life goes on. difahami juga kesibukan sewaktu itu. huhuhu

semoga, terus menjadi yang terbaik.
.
.
& semoga... yang terbaik juga buat semua. insya-ALLAH

.
.
sebagai manusia, aku-- chenta-- kau.

well, enjoy learning. (lama tidak guna ayat ini lol)

---
9-13dis: kuching with family
13-17dis: seeboo 2.0
24dis: BTS 2016
29dis: RJP turns 1y.o.!
1jan: back to keyel ):
3jan: tahun 3, sem 2
5jan: new level
10jan: forever-in-lavhs

Sunday, October 30, 2016

Love's reports II :

Bismillah.

pertama dan selamanya, segala puji & rasa syukur hanya kepada Allah S.W.T. Tuhan Semesta Alam, yang memegang semua hati hamba-Nya dan Pemilik Chenta yang Utama.

PERHATIAN
segala perkongsian di dalam belog aliens ini adalah berdasarkan pengalaman, buah fikir & konklusi seorang nfnfhai sebagai orang tengah sahaja. biiznillah

ini sambungan kisah lalu...
Love's reports I :

hari ini, izinkan fhai kongsikan pula rentetan PJJ ordinayu ini. (hmm memang puns adik paling menyibuk kali ah hihuhiks).

19 Jun 2016 :
fhai telah menyebarkan perutusan sulit konvo IPGM bulan Nov kepada kay yuu. kay yuu puns apalagi, reveals pula

"aga kata mau tunang masa dia turun sini untuk konvo". hihiks sempat jugalah gurau saiz jari kan. tungglerr saiz 14 (kot) (jari gumuks) (lariii)

23 ogos 2016 :
misi balik seminggu untuk surprise kali kedua hihihiks. terima kasih kerana sudi bersusah payah habis minyak, air liur, tenaga untuk carikan baju seragam pink kelabu. jujurly kalau cari baju ni fhai memang duluan kalah la. entah, kalau tingu peralatan sukan atau beg sandang tahan lasak boleh laa. pastu sempat pula kay yuu ah, bagitau mau join konvo abam. hee join ja la kak, memang disebarkan kepada akak tentang tarikh tersebut sebab mau akak jumpa famili fhai puns. (usha bakal mak abah mentua kitt)

"mau merisik/ bertunang. tapi belum dibincang"

hah?! waktu dengar pasal hal tersebut maka bertambah la misi balik Sabah kali ini. huhuhu

tapi endasempat puns bagitau mak abah secara direct. cuma minta doa daripada sepupu untuk sama-sama doakan, agar abam aga sendiri bagitau kisah chenta dia tu. (see, memang bah menyibuk sakk kerja si fhai ni ar hahaha)

masa berjalan pantas...

31 ogos 2016 :
"nodin tu sudah cakap ke belum la tu pasal nak datang rumah akak tu..."

opps. a'ah la. ish ish, tau la masani fhai tengah busy dengan praktikum. baru teringat, sebenarnya abam sudah bagitau atau belum? hmm

7 september 2016 :
kak ayun bertemu muka dengan kay yuu. hiks. trimas setingginya to kak ayun sebab sudi ambilkan bungkusan baju yang perlu dibawa balik Sabah. & to kay yuu, trimas sis!

28 september 2016 :
entah topik apa yang dibualkan... tiba-tiba terbuka bab abam suruh cari design cincin. nahh masatu la baru tahu nama nama dan jenis jenis cincin. gigih juga tu meng search. iyala kann, fhai ni memang. hihihihi

10 oktober 2016 :
masani ada beberapa hal yang fhai sendiri runsingkan. hmm biasalah kan, anak manja mak abah. rindunyaa dengan famili... fasa praktikum yang paaaling menyakitkan sebab diobserved tiga hari berturut-turut. tapi sebab nilai pengalaman tu lagi mahal, takpa lah. dengan Bismillah, daku melangkah. minggu ni seriusli penat gilos sampaikan ada mesej yang enda terbalas (maafin guee T.T)

kay yuu minta tolong sampaikan pesanan, risau enda sempat dikhabarkan kepada mak abah. & yes, i believe in my brotha. i know he's doin' his style hihihiks. tapi tu laa, why la u abam bergerak selangkah demi selangkah. >__>

23 oktober 2016 :
lampu kuning. pm daripada kay yuu.
huarghh harapan... harapan menjadi layu~
:( time ni hanya Allah yang tahu betapa risaunya seorang anak kepada famili yang jauh. mak, abah, aga, ad & adek.

so, sekali lagi... dengan terpaksa perlu relanya fhai kongsikan apa yang terbuku di hati & minda. & your responds...

terima kasih kay yuu, for not giving up on my bro!

haish. ini la kalau PJJ kan? bah, jangan lupa bagitau cucu kamu suruh tanya nenda fhai tentang PJJ ini. kalau ndak puns baca sak la belog ini ya hihihiks.

28 oktober 2016 :
"fatinnn... insyaAllah, ahad depan ye, 6/11 datang rumah akak makan2.."

& bermulalah tugas jadi orang tengah antara famili besar di tenghilan & keyel pula. ^__^

29 oktober 2016 :
abah hebahkan pula di grup famili besar keyel untuk bantuan jurucakap. sambil tu tanya adat merisik.

30 oktober 2016 :
mak pula hebahkan di grup famili besar tenghilan -- makluman merisik & tunang sekali.

tarikh telah dipacak, tiket telah dibooked (lamaaa sudah), keluarga terdekat sudah maklum...

apapun, fhai doakan semoga segalanya dipermudahkan urusan, baik baik seja hendaknya. terima kasih kerana sudi & mengizinkan fhai terus menjadi si penyibuk antara PJJ ini. hahaha

cukuplah kasi hadiah bond no.9 scent of peace (for her) (dexandra ah). hihiks

#road2convo #road2tambahfamili #ordinayu

inshaa ALLAH for everything.

by, nfnfhai
30 okt 2016,
duduk atas kerusi,
seremban, rumah syiqin.

kbai

Saturday, May 7, 2016

sedetikbeku

ini luahan yang beku tanpa sempat dimuntahkan. entahlah. lebih malu dan kehilangan aksara madah yang sebenarnya.

imbasan...

"...teda hujung minggu ni. takdapat join."
semua memandang ke arah suara itu. dalam tunduk kaku, konon sibuk mencatat sesuatu, telinga dipasang mendengar setiap bait yang bakal dilontar.

"urusan famili..."
selepas sahaja ayat tersebut diluah, semua pakat membuat spikulasi sendiri. "...bertunang?"

terhenti sesaat huruf terakhir yang ditulis. dikawal seboleh mungkin perubahan raut wajah. entah mengapa degupan jantung seakan tidak bermelodi seperti biasa. namun, entahlah... saat itu, dengan senyum seikhlas mungkin (paling lebar setakat itu kali), kuangkat kepala dan memandang dia. dalam 3saat (atau lebih) kami berpandangan. dipihakku, aku cuba membaca wajahnya. di pihak dia, entah apa yang difikirkan.

di akhir soalan bertubi untuk mendapatkan kepastian tersebut, dia akhirnya mengalah. "...kakak yang bertunang."

kahkahkah. semacam lawak juga menulis peristiwa ini kembali. lahaiii
lepastu memang tertanam jak la muka endak angkat-angkat. hailah rasa, terima kasih kerana mengizinkan diriku merasa rasa-rasa tersebut.

sejujurnya, pedih dan mencemaskan. dan kecewa mungkin. tapi akhirnya lega. kakkakaka =__=" belum move on lagi rupanya seorang nfnfhai. kbai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...