Thursday, December 26, 2013

penghujung 2013

Bismillah.

pertama sekali, syukur alhamdulillah atas segala nikmat-NYA yang tidak terkira
keputusan exam November lalu telah keluar pada 23.12.2013; 3hari awal dari yang dimaklumkan
dan sungguhla diri ini cuak ketika seorang sahabat bertanya;
"Fhai berapa result kau?" sedang diri menanti 26.12
simple kan soalannya, tapi hanya DIA yang tahu apa yang aku rasakan - sebelum dan selepas mengetahui result PPISMP semester satuku.

Alhamdulillah. tiga poin empat lima; untuk sem satu.

maybe my expectation is way too high for what i got--made me forgot awhile that ALLAH SWT. gave me what i deserved. Astaghfirullah!

semalaman aku meneutralkan kembali bisa-bisa negatif yang menyerang saraf neutron pada hari itu; aku sakit sendiri.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
sahabat-sahabatku, classmates, roomates, my beloved girlfriends, kata-kata mereka short & simple;
namun berjaya memujuk hati ini kala pagi menjengah--aku tersenyum kembali.
azzam dan semangatku, alhamdulillah, masih membara dan inshaa Allah akan sentiasa teguh kuat, kerana ALLAH !

PPISMP Semester dua ::
beberapa hari lagi sebelum kuliah bermula dan sekolah kembali buka~
aku kini berada di fasa kedua PPISMP Januari-Jun 2014.
adat la kalau semakin sibuk kan, lebih-lebih lagi jadual semestinya padat
semoga kesibukan ini mendidik diriku untuk lebih dekat kepada MAHA PENCIPTA, Allah SWT.

Sabah, akan aku tinggalkan lagi seketika keluarga yang amat aku sayangi--doakan anak manja ini.

banyak lagi sebenarnya mau luah. enda apa, dengar bisikanku di dalam doa. ((:
kumulakan semester dua; dengan lafaz Bismillah.

1 Januari 2014 | kembali ke Bumi Ilmuku--IB
10 Januari 2014 | lahirnya seorang puteri ke dunia--kahkahkah
04 April 2014 | wedding's day--cik Zyma @Damansara
1 Syawal 1435H | Sabah--with loves

inshaa Allah.

well, enjoy learning!

Wednesday, December 18, 2013

Nilai bagi yang MENGHARGAI (:

Bismillah.

tajuk entry sendiri sangat memberi kesan kepada diri ini. sedar atau tidak, insan di sekeliling cuba untuk menghargai kita seboleh mungkin, dan apa balasan kita?
moga-moga kita tidak tinggi diri, sombong, sehingga lupa dan tidak sedar bahawa sebenarnya nilai menghargai itu even kita nampak kecil ..namun memberi erti yang sangat bermakna pada insan tersebut. so, why not--you or me; stop awhile to say Alhamdulillah and appreciate people around you. it might be your last!

okay baiklah. gua ingin memuntahkan kata hati dengan bahasa yang agak aliens (sila sediakan beg plastik memasing)

beberapa hari ini hati gua asyik terusik dengan bab MENGHARGAI. jadi untuk kecikkan skop, gua mau fokus atau dedikasikan entry ini buat seorang insan istimewa sebagai simbolik untuk yang lainnya

5 tahun lalu,
gua telah ditegur oleh seorang pemain habbo yang noob seperti gua;
gua: hai King
dia: tak, panggil Ana je
gua: oh, Ana Muslim?

itu sedikit dialog antara gua dan dia--kawan habbo. di GUESTBOOK, yang mencipta segala rasa gula dan coklat sedap dalam persahabatan kami.




2008; enda silap gua, kami spent the school holidays together melalui GUESTBOOK. dan begitulah tahun tahun seterusnya.
GUESTBOOK sangat memainkan peranan. hal ini kerana gua dan dia sangat rare, kami hanya berhubung menggunakan HABBO bagi mengekalkan kesucian game tersebut yang kini banyak ternoda (ecehh ayat POYOOO gila). pesanan yang ditinggalkan pada setiap hujung minggu, setiap musim cuti--sebab masa sangat tidak mengizinkan untuk kami online bersama. dia stay hostel, gua pelajar harian sahaja.
semua benda gua share kepada dia; kecuali tiga perkara-- jantina, tarikh lahir & nama gua.
nah, di sini ada nilai menghargai yang sangat memberi kesan di hati gua.
akhirnya tiba jua untuk gua jujur 100% kepada dia. Terima kasih kepada insan misteri yang membongkar identiti gua, moga ALLAH MERAHMATI mu selalu. berlinang air mata bahagia bila akhirnya gua peroleh power untuk menceritakan tiga perkara tersebut & lagi lagi lagi mengharukan bila dia memaafkan gua T__T
dari mengelap hingus di lengan baju, ke sapu tangan--akhirnya kami bersua muka juga pada suatu hari yang cerah (di alam realiti semestinya!). Alhamdulillah, gua sangat bersyukur melalui fasa keceriaan kanak-kanak suci, fasa paranoid dengan diri tahap petala kelapan, fasa kesakitan & ketakutan hasil ketidakseimbangan hormon dan akal fikir yang tersimpul sesak, dan fasa MENGHARGAI--yang sampai bila gua tidak akan lupa & habis melakukannya.

berbalik pada tajuk dan tujuan entry ini;
gua insan yang kerdil dan selalu sahaja salah dan leka ..ingin mengucapkan terima kasih.
terima kasih sengets! terima kasih rainbow! terima kasih crayon! terima kasih teman!

entah bila lagi ada peluang untuk gua menghargai kalian yang hadir menjadi watak dalam hidup gua
entah sempatkah kalian mengetahui bahawa gua sangat sayang kepada kamu, kerana Allah
entah bertemu lagi ka kita di atas tautan ukhuwah fillah, yang diredhai-NYA inshaAllah
tapi enda apa. kalian sentiasa hidup dalam doa-doa gua inshaAllah. mohon doa juga yh

akhir kalam, laluilah setiap perkara bersama yang tersayang dengan sebaiknya. kerana kau tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. tapi ingatlah perancangan ALLAH S.W.T. adalah sentiasa yang terbaik

semoga tiba saat indah, di mana impian kita masing-masing menjadi kenyataan. lambat atau cepat, inshaa ALLAH



Andai Segala Memori Kita Bersama~
Adalah Hamparan putih Kertas Warna~
Pasti Terlihat jelas di sana~
Lukisan kau dan aku~
Yang bisa membuat kita gembira tertawa~
Tangis, sedih kadang kala,
dan bila masa terus berputar,
Ruang conteng semakin pudar,
Namun ingatlah (Ana)
Kau warna ceria , Dan teruskan Mara,
Kerana Kau dan aku Adalah Krayon,
Selamanya dalam kenangan <3

nukilan gua yang suci dari
rasa hati ketika itu

ukhuwah fillah abadan abada, inshaa Allah

p.s.: terima kasih sekali lagi, nah tabik sikit kerana tabah menghadam bahasa aliens gua ini

well, enjoy learning!

Saturday, December 7, 2013

translate rakan Habbo ke dunia nyata.

Bismillah.

Setelah sekian lama mengingat kembali detik terciptanya ID Habbo: Fhairuz pada 9 Februari 2008, akhirnya kata putus sudah ditemui. Mungkin sewaktu itu idea nama tersebut muncul secara tiba-tiba, tapi sebenarnya ada cerita menarik di sebalik nama yang membawa maksud ‘permata’ itu.

Fhairuz, adalah nama yang tercipta kerana bukti tanda kasih dan sayangnya aku kepada satu-satunya adik sepupu yang paling muda antara kami sepupu perempuan. Nama diberi: Nur Alwani Fairuz, berusia 2tahun ketika ID tersebut di’approved’. Besar sudah oh Wani kan :> entah ingat lagi ka semua kenangan sama kak Fatin? Yang pasti, kita tidak serapat dulu. Semoga menjadi anak yang solehah adikku sayang.

Fhairuz. Permata habbo dengan figura lelaki. Sungguh, bukan niat untuk menipu mereka rakan dewasa yang bersahabat dengan ‘Fhai the QuAcK’ sepanjang tahun 2008-2010. Persahabatan yang bertaut bermula dari Habbo.sg/my/ph ke YM (popular dengan aplikasi conference & BUZZ sewaktu itu) ke friendster (haha kauu hadoo?) & ke Facebook (agak kebaru-baruan padahal lama sudah wujud).


Semua jejak mereka hilang apabila aku membuat keputusan drastik mendelete akaun FB yang dibina sejak 2009. ZUPP. Lost contact, tambahan pula Habbo.sg/my/ph menjadi .COM—ID yang tidak dilog-in terus dipadam dari data. Aku hanya mampu mendoakan agar mereka yang aku ‘pernah’ jumpa secara maya, mempunyai kehidupan yang bahagia di alam realiti sana.

Akhir tahun 2012—aku lepasan SPM 2012.

Bermula semula kegilaan terhadap Habbo. kalau ingat balik dari situ la mula kenal dengan BOIXIAO, Spambot, LOL-lipop, aviraa, .:ShaLaLa96:., FaceTheMusics1, zainab. & the list goes on. Pastu jumpa balik satu-satunya sahabat yang terselamat dari friendlist sejak 2008-- .:MaRiAnA:..

Tempat lepak? Mana lagi kalau bukan MHS. Thanks to miss aviraa, her room is a blast! Tidak sah kalo tidak terserempak, ternampak, ditegur, menegur, diintip dan mengintip bila mana mana watak tersebut ada dalam satu tempat.


Fhairuz, mulai rapat dengan mereka keluarga habbo apabila sesi mencabar ID SKYPE dengan ibu nab (kak Raby) di suatu malam yang chaos. Pertama kali mendengar suara di sebalik pixels, suatu pengalaman yang memeningkan buat diriku, sebab masing-masing dengan loghat yang sangat asing buat diri ini. Thanks to miss Raby Baex, for a new step in our ukhuwah maya! Kahkahkah

Nampaknya, sudah hampir setahun kita berkenalan kan? (5 tahun bersama Ana sengets)

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT atas segala kesempatan mengenali mereka. Sungguh, aku sayang kalian kerana ALLAH SWT.

Terima kasih kerana sudi menerima segala kekurangan diri ini, sentiasa menghulur tangan ketika aku memerlukan kekuatan, menegurku tanpa sedar mahupun tidak, segala nasihat, doa, harapan, kenangan, impian yang dikongsi bersama walau kadangkala loghat bahasa menjadikan komunikasi agak sukar—kalian tetap sahabat yang setia menemani. Ukhuwah fillah abadan abada, inshaAllah.

Usaha men‘translate’ rakan habbo ke dunia realiti terus dipergiat.

Sungguh bersyukur berpeluang menemui kamu di sebalik pixels membosankan itu.

Insan pertama yang telah membuatku jatuh cinta pada pandang pertama; aviraa, my cousin’s classmate. The next person is, -Hanaa; itupun kejap ja. Pastu kembara mencari chenta di bumi UIA, met my beloved ibu Nab for the first time! Langsung enda sama perangai macam dalam habbo kahkahkah dan si cantiks pun! A day(sepetang & sepagi) hang out w/ three girlfriends that blossoms our ukhuwah. Seterusnya, berjumpa sengetsku buat pertama kali; Ana sengets dan dibelanja makan di gerai Zul2020. Trimas for the meals bro! Last but not least, my lalats :3 inshaAllah, jika ada rezeki kita pasti akan bertemu kembali~

Ya. kalianla ‘Fhairuz’ dalam hidup ini.

Akhir kalam, aku memohon maaf atas segala salah faham yang berlaku disebabkan nama ‘Fhairuz’, segala silap dan salah yang dilakukan dengan waras mahupun tidak, sikap tidak kesah, poyo yang melampaui batas norma peraturan hidup kau, laku kurang ajar, loghat bahasa terlalu pekat yang memeningkan kepala hotak kamu, dan bermacam kerenah yang tidak dijangka. Maaf!

Tiada yang benar selain yang benar-benar berlaku. Jangan mudah percaya dengan alam maya, kerana anda tidak tahu siapa di sebalik monitor bercahaya itu. Awas! *pesanan buat diri ini*

Prinsip Fhai? Kau jujur, aku ikhlas. sekian

well, enjoy learning!

Saturday, November 9, 2013

..rasa itu

Bismillah

8.11.2013 | Jumaat

Allah. SubhanAllah. rasa apakah ini ya Allah?
aku tak tahu
aku tak pasti
tapi bahagia itu, mungkin
tapi gembira itu, mungkin
bersyukur atas segala nikmat rasa ini, ya Allah.
kalau sebelum ini, tanda itu seakan tidak pasti, umpamanya aku berharap sendiri.. tapi semalam. ya semalam, saat kau tegah aku membacanya--aku baca jua. maaf atas kedegilan diri ini
sungguh. pengharapan tunjang tetap pada yang SATU. ABADI.
Pemilik nyawa ini. ya Allah, sempatkan aku ke saat itu. di dunia, hingga ke syurga--ya Allah.

---sekian hati ini---

Allah. Allah. Allah.
sungguh. aku masih berada di fasa pencarian diri. memperbaiki diri. mengenal hidup di sisi mulia; agamaMU ya Allah. aku yakin, pasti itu. perjuangan tidak pernah akan berhenti. aku kuat kerana-MU ya Allah.
moga hidayah-MU terus bersinar buat diri ini--dan mereka semua.
langkah akan terus dihayun, dengan izin-MU jua ya Allah. kuatkan diri ini. Aminn ya Rabb

Well, enjoy learning.



Monday, October 28, 2013

kerana bahagia itu ada.

Bismillah.

sekian lama laman ini kosong tanpa catatan perkongsian baharu,
alhamdulillah. hari ini--isnin, 28.10.2013, dengan tekad cerita ini pasti akanku kongsi bersama jua, inshaAllah.
telah berkali. bukan sekali, tapi berkali niat dan usaha untuk mengupdate rasa hati di blog ini wujud, tapi jari tidak pantas menekan butang publish. motif? kerana itu bukan rasa hati yang ingin dikongsi sejujurnya.

6 bulan telah berlalu (sejak post terakhir). Allah. banyak perkara yang telah berlaku.
sedar tidak sedar, rasa hati sebelum ini yang hanyala 'pengharapan', menjadi kenyataan! Alhamdulillah.
diri ini telah selamat tercampak di bumi penuh tarbiyahh ini--Institut Bahasa (IB)
komitmen bertambah
rakan sahabat bertambah
beban rasa hati bertambah
ibadat dan amal, inshaAllah akan terus ditambah.

tidak terungkap rasa ketika bersama mereka. 20 orang, 10 putera & 10 puteri yang bakal bersama untuk 5 tahun akan datang, inshaAllah. bermacam kerenah semestinya.
telah dirasai pahitnya berduka, bersedih, terluka, kecewa-- indahnya gembira, ketawa, riang bersama.
ya, baru bersama untuk 4 bulan dan bermacam peristiwa berlaku bersama hikmah. *24Jun-24Oktober*
dan hari ini, Allah menguji lagi. lagi dan lagi. Alhamdulillah! terasa diri sungguh disayang oleh-NYA.
kerana teguran itu la aku tersedar, ada pesanan indah dari-NYA.

kata-kata seorang rakan yang membuang kabus kelabu kesedihan dari pandangan mata kaca ini;
"Alhamdulillah terima kasih ya Allah kau campakkan kami dlm situasi ini
Tanpanya kami akan terus salah, terus ego, terus tinggi diri, terus menuding jari".

Allah. SubhanAllah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
semoga terus kuat dan tabah, wahai hati. sedarla ada sesuatu yang lebih indah buatmu.
kita mula bersama, mengharungi segalanya bersama & moga-moga di akhir nanti kita habiskan bersama jua!

tolak ke tepi dahulu yang lain-lain. perbetulkan niat. ayuh, ada perkara yang harus diselesaikan.

"jika sedih atau rindu, luahkan segalanya kepada Allah"--ringkas pesannya. amat terkesan terasa.

mungkin kerana orangnya? mungkin kerana ayatnya? ya, kerana duanya membawa makna yang sangat besar.
terasa diri masih haus dahaga dengan kata membina, mengingatkan diri kembali kepada ALLAH S.W.T.

moga-moga diri ini terus istiqamah memperbaiki diri menjadi muslimah--solehah, inshaAllah.

ya Allah, keyakinan untuk masa depanku wujud bila segalanya kuserahkan kepada-MU ya Allah. perkenankan la.

#6.11/ 7.11/ 13.11
#16.11 Sabah I'm Coming!
#IPGKBM ambilan Jun2013

"maafkan la atas salahnya kami
atas segala egonya kami
atas segala tinggi dirinya kami
atas segala tunding menuding jari kami
maaf maaf maaf. sungguh, kami bersalah."

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...