Monday, October 28, 2013

kerana bahagia itu ada.

Bismillah.

sekian lama laman ini kosong tanpa catatan perkongsian baharu,
alhamdulillah. hari ini--isnin, 28.10.2013, dengan tekad cerita ini pasti akanku kongsi bersama jua, inshaAllah.
telah berkali. bukan sekali, tapi berkali niat dan usaha untuk mengupdate rasa hati di blog ini wujud, tapi jari tidak pantas menekan butang publish. motif? kerana itu bukan rasa hati yang ingin dikongsi sejujurnya.

6 bulan telah berlalu (sejak post terakhir). Allah. banyak perkara yang telah berlaku.
sedar tidak sedar, rasa hati sebelum ini yang hanyala 'pengharapan', menjadi kenyataan! Alhamdulillah.
diri ini telah selamat tercampak di bumi penuh tarbiyahh ini--Institut Bahasa (IB)
komitmen bertambah
rakan sahabat bertambah
beban rasa hati bertambah
ibadat dan amal, inshaAllah akan terus ditambah.

tidak terungkap rasa ketika bersama mereka. 20 orang, 10 putera & 10 puteri yang bakal bersama untuk 5 tahun akan datang, inshaAllah. bermacam kerenah semestinya.
telah dirasai pahitnya berduka, bersedih, terluka, kecewa-- indahnya gembira, ketawa, riang bersama.
ya, baru bersama untuk 4 bulan dan bermacam peristiwa berlaku bersama hikmah. *24Jun-24Oktober*
dan hari ini, Allah menguji lagi. lagi dan lagi. Alhamdulillah! terasa diri sungguh disayang oleh-NYA.
kerana teguran itu la aku tersedar, ada pesanan indah dari-NYA.

kata-kata seorang rakan yang membuang kabus kelabu kesedihan dari pandangan mata kaca ini;
"Alhamdulillah terima kasih ya Allah kau campakkan kami dlm situasi ini
Tanpanya kami akan terus salah, terus ego, terus tinggi diri, terus menuding jari".

Allah. SubhanAllah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
semoga terus kuat dan tabah, wahai hati. sedarla ada sesuatu yang lebih indah buatmu.
kita mula bersama, mengharungi segalanya bersama & moga-moga di akhir nanti kita habiskan bersama jua!

tolak ke tepi dahulu yang lain-lain. perbetulkan niat. ayuh, ada perkara yang harus diselesaikan.

"jika sedih atau rindu, luahkan segalanya kepada Allah"--ringkas pesannya. amat terkesan terasa.

mungkin kerana orangnya? mungkin kerana ayatnya? ya, kerana duanya membawa makna yang sangat besar.
terasa diri masih haus dahaga dengan kata membina, mengingatkan diri kembali kepada ALLAH S.W.T.

moga-moga diri ini terus istiqamah memperbaiki diri menjadi muslimah--solehah, inshaAllah.

ya Allah, keyakinan untuk masa depanku wujud bila segalanya kuserahkan kepada-MU ya Allah. perkenankan la.

#6.11/ 7.11/ 13.11
#16.11 Sabah I'm Coming!
#IPGKBM ambilan Jun2013

"maafkan la atas salahnya kami
atas segala egonya kami
atas segala tinggi dirinya kami
atas segala tunding menuding jari kami
maaf maaf maaf. sungguh, kami bersalah."

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...