Wednesday, December 18, 2013

Nilai bagi yang MENGHARGAI (:

Bismillah.

tajuk entry sendiri sangat memberi kesan kepada diri ini. sedar atau tidak, insan di sekeliling cuba untuk menghargai kita seboleh mungkin, dan apa balasan kita?
moga-moga kita tidak tinggi diri, sombong, sehingga lupa dan tidak sedar bahawa sebenarnya nilai menghargai itu even kita nampak kecil ..namun memberi erti yang sangat bermakna pada insan tersebut. so, why not--you or me; stop awhile to say Alhamdulillah and appreciate people around you. it might be your last!

okay baiklah. gua ingin memuntahkan kata hati dengan bahasa yang agak aliens (sila sediakan beg plastik memasing)

beberapa hari ini hati gua asyik terusik dengan bab MENGHARGAI. jadi untuk kecikkan skop, gua mau fokus atau dedikasikan entry ini buat seorang insan istimewa sebagai simbolik untuk yang lainnya

5 tahun lalu,
gua telah ditegur oleh seorang pemain habbo yang noob seperti gua;
gua: hai King
dia: tak, panggil Ana je
gua: oh, Ana Muslim?

itu sedikit dialog antara gua dan dia--kawan habbo. di GUESTBOOK, yang mencipta segala rasa gula dan coklat sedap dalam persahabatan kami.




2008; enda silap gua, kami spent the school holidays together melalui GUESTBOOK. dan begitulah tahun tahun seterusnya.
GUESTBOOK sangat memainkan peranan. hal ini kerana gua dan dia sangat rare, kami hanya berhubung menggunakan HABBO bagi mengekalkan kesucian game tersebut yang kini banyak ternoda (ecehh ayat POYOOO gila). pesanan yang ditinggalkan pada setiap hujung minggu, setiap musim cuti--sebab masa sangat tidak mengizinkan untuk kami online bersama. dia stay hostel, gua pelajar harian sahaja.
semua benda gua share kepada dia; kecuali tiga perkara-- jantina, tarikh lahir & nama gua.
nah, di sini ada nilai menghargai yang sangat memberi kesan di hati gua.
akhirnya tiba jua untuk gua jujur 100% kepada dia. Terima kasih kepada insan misteri yang membongkar identiti gua, moga ALLAH MERAHMATI mu selalu. berlinang air mata bahagia bila akhirnya gua peroleh power untuk menceritakan tiga perkara tersebut & lagi lagi lagi mengharukan bila dia memaafkan gua T__T
dari mengelap hingus di lengan baju, ke sapu tangan--akhirnya kami bersua muka juga pada suatu hari yang cerah (di alam realiti semestinya!). Alhamdulillah, gua sangat bersyukur melalui fasa keceriaan kanak-kanak suci, fasa paranoid dengan diri tahap petala kelapan, fasa kesakitan & ketakutan hasil ketidakseimbangan hormon dan akal fikir yang tersimpul sesak, dan fasa MENGHARGAI--yang sampai bila gua tidak akan lupa & habis melakukannya.

berbalik pada tajuk dan tujuan entry ini;
gua insan yang kerdil dan selalu sahaja salah dan leka ..ingin mengucapkan terima kasih.
terima kasih sengets! terima kasih rainbow! terima kasih crayon! terima kasih teman!

entah bila lagi ada peluang untuk gua menghargai kalian yang hadir menjadi watak dalam hidup gua
entah sempatkah kalian mengetahui bahawa gua sangat sayang kepada kamu, kerana Allah
entah bertemu lagi ka kita di atas tautan ukhuwah fillah, yang diredhai-NYA inshaAllah
tapi enda apa. kalian sentiasa hidup dalam doa-doa gua inshaAllah. mohon doa juga yh

akhir kalam, laluilah setiap perkara bersama yang tersayang dengan sebaiknya. kerana kau tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. tapi ingatlah perancangan ALLAH S.W.T. adalah sentiasa yang terbaik

semoga tiba saat indah, di mana impian kita masing-masing menjadi kenyataan. lambat atau cepat, inshaa ALLAH



Andai Segala Memori Kita Bersama~
Adalah Hamparan putih Kertas Warna~
Pasti Terlihat jelas di sana~
Lukisan kau dan aku~
Yang bisa membuat kita gembira tertawa~
Tangis, sedih kadang kala,
dan bila masa terus berputar,
Ruang conteng semakin pudar,
Namun ingatlah (Ana)
Kau warna ceria , Dan teruskan Mara,
Kerana Kau dan aku Adalah Krayon,
Selamanya dalam kenangan <3

nukilan gua yang suci dari
rasa hati ketika itu

ukhuwah fillah abadan abada, inshaa Allah

p.s.: terima kasih sekali lagi, nah tabik sikit kerana tabah menghadam bahasa aliens gua ini

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...