Saturday, December 7, 2013

translate rakan Habbo ke dunia nyata.

Bismillah.

Setelah sekian lama mengingat kembali detik terciptanya ID Habbo: Fhairuz pada 9 Februari 2008, akhirnya kata putus sudah ditemui. Mungkin sewaktu itu idea nama tersebut muncul secara tiba-tiba, tapi sebenarnya ada cerita menarik di sebalik nama yang membawa maksud ‘permata’ itu.

Fhairuz, adalah nama yang tercipta kerana bukti tanda kasih dan sayangnya aku kepada satu-satunya adik sepupu yang paling muda antara kami sepupu perempuan. Nama diberi: Nur Alwani Fairuz, berusia 2tahun ketika ID tersebut di’approved’. Besar sudah oh Wani kan :> entah ingat lagi ka semua kenangan sama kak Fatin? Yang pasti, kita tidak serapat dulu. Semoga menjadi anak yang solehah adikku sayang.

Fhairuz. Permata habbo dengan figura lelaki. Sungguh, bukan niat untuk menipu mereka rakan dewasa yang bersahabat dengan ‘Fhai the QuAcK’ sepanjang tahun 2008-2010. Persahabatan yang bertaut bermula dari Habbo.sg/my/ph ke YM (popular dengan aplikasi conference & BUZZ sewaktu itu) ke friendster (haha kauu hadoo?) & ke Facebook (agak kebaru-baruan padahal lama sudah wujud).


Semua jejak mereka hilang apabila aku membuat keputusan drastik mendelete akaun FB yang dibina sejak 2009. ZUPP. Lost contact, tambahan pula Habbo.sg/my/ph menjadi .COM—ID yang tidak dilog-in terus dipadam dari data. Aku hanya mampu mendoakan agar mereka yang aku ‘pernah’ jumpa secara maya, mempunyai kehidupan yang bahagia di alam realiti sana.

Akhir tahun 2012—aku lepasan SPM 2012.

Bermula semula kegilaan terhadap Habbo. kalau ingat balik dari situ la mula kenal dengan BOIXIAO, Spambot, LOL-lipop, aviraa, .:ShaLaLa96:., FaceTheMusics1, zainab. & the list goes on. Pastu jumpa balik satu-satunya sahabat yang terselamat dari friendlist sejak 2008-- .:MaRiAnA:..

Tempat lepak? Mana lagi kalau bukan MHS. Thanks to miss aviraa, her room is a blast! Tidak sah kalo tidak terserempak, ternampak, ditegur, menegur, diintip dan mengintip bila mana mana watak tersebut ada dalam satu tempat.


Fhairuz, mulai rapat dengan mereka keluarga habbo apabila sesi mencabar ID SKYPE dengan ibu nab (kak Raby) di suatu malam yang chaos. Pertama kali mendengar suara di sebalik pixels, suatu pengalaman yang memeningkan buat diriku, sebab masing-masing dengan loghat yang sangat asing buat diri ini. Thanks to miss Raby Baex, for a new step in our ukhuwah maya! Kahkahkah

Nampaknya, sudah hampir setahun kita berkenalan kan? (5 tahun bersama Ana sengets)

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT atas segala kesempatan mengenali mereka. Sungguh, aku sayang kalian kerana ALLAH SWT.

Terima kasih kerana sudi menerima segala kekurangan diri ini, sentiasa menghulur tangan ketika aku memerlukan kekuatan, menegurku tanpa sedar mahupun tidak, segala nasihat, doa, harapan, kenangan, impian yang dikongsi bersama walau kadangkala loghat bahasa menjadikan komunikasi agak sukar—kalian tetap sahabat yang setia menemani. Ukhuwah fillah abadan abada, inshaAllah.

Usaha men‘translate’ rakan habbo ke dunia realiti terus dipergiat.

Sungguh bersyukur berpeluang menemui kamu di sebalik pixels membosankan itu.

Insan pertama yang telah membuatku jatuh cinta pada pandang pertama; aviraa, my cousin’s classmate. The next person is, -Hanaa; itupun kejap ja. Pastu kembara mencari chenta di bumi UIA, met my beloved ibu Nab for the first time! Langsung enda sama perangai macam dalam habbo kahkahkah dan si cantiks pun! A day(sepetang & sepagi) hang out w/ three girlfriends that blossoms our ukhuwah. Seterusnya, berjumpa sengetsku buat pertama kali; Ana sengets dan dibelanja makan di gerai Zul2020. Trimas for the meals bro! Last but not least, my lalats :3 inshaAllah, jika ada rezeki kita pasti akan bertemu kembali~

Ya. kalianla ‘Fhairuz’ dalam hidup ini.

Akhir kalam, aku memohon maaf atas segala salah faham yang berlaku disebabkan nama ‘Fhairuz’, segala silap dan salah yang dilakukan dengan waras mahupun tidak, sikap tidak kesah, poyo yang melampaui batas norma peraturan hidup kau, laku kurang ajar, loghat bahasa terlalu pekat yang memeningkan kepala hotak kamu, dan bermacam kerenah yang tidak dijangka. Maaf!

Tiada yang benar selain yang benar-benar berlaku. Jangan mudah percaya dengan alam maya, kerana anda tidak tahu siapa di sebalik monitor bercahaya itu. Awas! *pesanan buat diri ini*

Prinsip Fhai? Kau jujur, aku ikhlas. sekian

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...