Sunday, December 28, 2014

minggu terakhir duaribupatblas

Bismillah.

konklusi tahun ini ;


di saat aku tidak bersedia itu la...
banyak benda aku belajar, banyak benda aku tahu, banyak sangat banyak...
tipu la kalau aku tidak pernah mengimpikan yang baik baik, sempurna, cantik, ohsems untuk banyak hal yang dirancang, tapi untuk segala hal terindah yang berlaku dalam hidup aku sepanjang duaribupatblas ini semuanya berlaku bukan seperti yang bermain di dalam kepalaku, langsung tidak! sungguh, perancangan ALLAH SWT jualah yang maha ohsems daripada segala galanya. Alhamdulillah. segala puji hanya bagi ALLAH SWT.

kiranya, untuk banyak waktu berlalu... momen aku boleh diibaratkan seperti banyak banyak gambar yang disnap sewaktu aku sedang membetulkan tudung, tengah korek hidung, sedang menyuap sudu ke dalam mulut, tengah menguap dan tangan on the way tutup mulut, mata tertutup sambil tersenyum dan banyak lagi adengans. kahkahkah

tapi, untuk insan bernama nfnfhai ini, aku tidak keshahss weh. ihiks. kau keshahs?
walaupun bila tengok gambars aku, album gambars kendid lebih banyak dari gambars yang molek. ekekek

sebagai perenggan tambahan,
maaf andai banyak masa telah membuat kau tersalah faham akan diri ini. diam dan bisu yang boleh membunuh. kerana aku bukan insan yang mampu meluah dengan sukahati, riangria et cetera. sedangkan aku sering ditangkap ketika berkeadaan aliens, jadi agak mustahil untuk melihat aku yang macho andai suatu hari kita terserempak di mana mana dan tiba tiba aku yang mengdahulukan teguran, sapaan atau "hai boyziao."

jadi, biiznillah. dengan izin-Nya.

moga doa kita sentiasa hidup buat mereka yang sedang menghadapi musibah. rakyat Malaysia yang tengah berhadapan musibah banjir serta saudara kita yang ditindas di luar sana.
yang terdaya memberi bantuan lebih -- may Allah bless always, insha'Allah

semester dua sebagai guru pelatih program ijazah sarjana muda pendidikan bakal membuka tirai beberapa hari lagi. aku tidak mampu untuk melangkah sendiri. tapi kerana ALLAH SWT aku pasti kuat. semoga ALLAH SWT terus jaga. iA

'til pixels do us part, mmk

2015 :
3/1 -- acik yen's wed reception @Tenghilan
4/1 -- off to keyel
5/1 -- semester dua bermula
10/1 -- happy 20th
...insha'Allah

well, enjoy learning!

Wednesday, December 10, 2014

tanggal sepuluh

Bismillah,

tanggal sepuluh di bulan disember dalam tahun masehi adalah 'alarm clock' kepada diri bahawa tinggal sebulan lagi untuk tanggal sepuluh yang seterusnya.
selepas ini, bukan belasan lagi umur diri, & moga moga jika umur masih dipanjangkan ALLAH --
meningkatnya usia seiring dengan meningkatnya amal. insha'ALLAH.

oh, sudah sembilan hari genap rupanya sekeluarga besi menghuni dalam mulut ini. ah~
kalau sebelum ini aku memang suka berus gigi sebab suka, tapi kali ini sukanya aku berus gigi kerana aku kena menjaga sekeluarga besi ini dengan maha extra super ohsems kerana mereka akan (jangkaan) berada di dalam mulut aku selama dua tahun!

& doktor siap pesan --
tidak boleh makan kekacang, dodol serta chewing gum. gulp! (memang kegemaran kalau ituu wuu T.T)

ehem. takpa laa weh. bersama beberapa nikmat yang aku tidak boleh sudah hadam, aku tambah dalam list benda yang aku kena stop, or reduce it. which is ;
1. kurangkan/hilangkan kegilaan terhadap kaler kuning (T.T paling mencabar setakat ini)
2. kurangkan kafein (segala jenis teh)
3. berdasarkan no.2 maka sekaligus kurangkan pengambilan gula! (ingat, keluarga besi elergik dengan gula)
4. sebagai ganti no.2 & no.3 perbanyakkan minum air putih/ air suam

hah itu la beberapa resolusi untuk part makanan dan warna yang kira 'parah' setakat ini.

dan semestinya, dua puluh dua hari lagi menuju ke dua ribu lima belas ini --
pelbagai perancangan, benda yang difikirkan, perlu ada tindakan. rancang punya havoc tapi kalau buatnya habuk memang takda hasil laa kan?

jadi, dengan lafaz BISMILLAH --

"surah as-Saff : ayat ke 14"

tambahan :
jadikan laa membaca sebagai amalan. bacalah!

well, enjoy learning!

p.s.: 11 disember -- masuknya 22 tahun usia bunab a.k.a Zainab. a.k.a kay raby baex. senah helwa, kullu am wa antum bikhair sis. muach :*
~next is 20 disember -- wins a.k.a floresb a.k.a nurin kamilia
~autopostkbai

Thursday, November 27, 2014

bicara;

Bismillah.

bicara hati yang tersimpan kemas, sejak mula lagi --
andai sahaja punya peluang untuk meluah bebas, aku rasa ini kata hati yang sentiasa berulang sejak mula lagi. entah laa. mungkin kerana hati sudah berharap, masih berharap dan akan terus berharap akan suatu itu.

jujur dengan bicara kali ini --
doaku masih sama.
hanya ada satu nama itu, dan itu la.
ayat klise seperti; jika jumpa yang lebih baik, pilih la dia; bukan suatu seruan yang akan aku ikut. tidak akan sama sekali.

tapi --
kembali la kepada fitrah bertuhan; berharap tanpa doa entah di mana berkatnya. berdoa tanpa usaha entah di mana hasilnya.

& untuk semua rasa yang KAU hadirkan ya Allah, semoga tidak sia sia

may Allah bless always.

Thursday, November 20, 2014

Dear rumete,

Bismillah.

20 novembarain 2014 | 27 Muharram 1436Hijrah

Dear rumete,
terima kasih --
untuk setahun lebih kita bersama.
mungkin, angan-angan aku untuk memiliki rumete yang kekal sepanjang lima tahun di sini --
biarlah aku simpan tepi, dan bina angan-angan baharu pula.

kita bermula dengan insha'Allah (dengan izin ALLAH) & akhirinya dengan insha'Allah jua (dengan izin ALLAH), bukan begitu?

Alhamdulillah. segala rasa yang hadir ini, aku serah pada DIA yang maha memberi rasa, yang memegang hati hati manusia. tidak termampu aku membalas segala waktu berharga bersama kau -- dear rumete.
kita tidak selalu lepak sama, tidak selalu boleh borak aku-kau (sebab aku pun masih cuba untuk catch-up apa yang kau bicarakan tiap kali ada peluang berborak panjang), tidak selalu boleh gurau senda gaya alien aku (sebab aku tahu kau macam mana) & bermacam lagi laa.
TAPI,
itu bukan alasan untuk aku tidak menghargai kau --
sebab kau la rumete pertama aku (first time kot stay hostel ehe), kau la insan yang sebenarnya banyak kongsi momen 'PERTAMA KALI' aku sepanjang setahun lebih bergelar guru pelatih di bumi IB ini.
moga moga ALLAH membalas segalanya lebih dari apa yang selayaknya.
TERIMA KASIH dear rumete (:

sayang kau, sentiasa. & sejujurnya,
aku akan merindui kau yang kejutkan tiap kali subuh dengan hanya sentuh bahu aku, merindui kau yang rajin untuk hias dan kemas meja study, merindui... untuk segala hal terindah.
"lemah aku semua kau tahu & kuat aku ada bahagian kau", ('^___^')

Dear rumete,
aku minta maaf atas segala silap salah diri sepanjang kita berumete, berclassmate, berukhuwah.
aku tahu banyak tutur kata, laku gaya, pandangan mata, tindak cara, & semualaa -- telah menggores hati kau. aku minta maaf. tolong, jangan berhenti untuk tegur aku secara direct, hati-ke-hati. tolong, minta tolong sangat -- jangan bertapis dengan aku sebab aku sangat lambat pick-up bab bab hati ini.
mohon maaf untuk segala benda yang kita kongsi sama, benda yang aku terambil, terpinjam, termakan, terminum dan banyak lagi TER.

kau rumete aku yang terbaik aku pernah ada, walaupun aku tidak pernah memiliki rumete sebelum ini.

for that dear rumete,
i have learnt so many things just being your roomate.
may our ukhuwwah keep blossoms with ALLAH's blessings.
i love you, lillahita'ala.
my roomate, my sister, my friend, my classmate (:

fi hifzillah & may Allah bless always, insha'Allah

PPISMP 1-2 2013 ~ PISMP 1 2014

p.s.; "lama sudani sa mo tanya, kenapa kau blocked sa? apapun, terima kasih sebab unblock balik. (: bacalah luahan hati sa ni, sebab kalo cakap secara berdepan -- pekat Sabahan sa nanti kau endapaham. don't worry rumete, sa langsung teda simpan rasa dengan kau. selamat bercuti~ kirimsalam dengan jenny kita <3 lebiu. insha'Allah jumpa sem depan kay?"

sahabatmu,
Nur Fatin Nazeha binti Khairuddin

Friday, November 7, 2014

sado? sado.

Bismillah.

5 | November | 2014 -- Institut Bahasa, Kolumpo [ LALU ]
Majlis Makan Malam Perdana 2014 (MMMP), acara tahunan yang sentiasa dinanti (really?) dan merupakan kali-2 hadirnya diri. kalau tahun lalu gua pakai baju kurung putih, tudung pink dan kasut hijau; itupun sebelum, semasa dan selepas memang ah kena komen itu ini oleh the girls sebab fesyen disastaa gila kahkahkah, tahun ini gua pakai baju pink+kelabu, skirt pink, tudung pink & high heels peach (untuk kali ke-2 pakai heels dalam hidup lol).

oh. perasan kaa?! im not really into color pink and im using it a lot. padahal gua lebih amat sungguh sangat suka dengan kaler kuning, tapinya boleh dibilang dengan jari benda berwarna kuning yang gua miliki.

ceritanya, MMMP tahun ini yang dihiasi dengan suasana, perhiasan, proops, persembahan, muzikal yang ceria -- cukup mengundang rasa sedih, pedih dan sakit di dalam hati. sebabnya, tahun ini adalah tahun terakhir buat seniors sem 8 berdinner bersama. kalau tahun sebelum ini (2013), kehilangan hanya terasa sedikit jaa, tapi kali ini sangat sangat sangat terasa weh. ): kerana rapatnya, menyebabkan sukar untuk hati betul betul terima kenyataan ini.

~ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya
~namun cebisan kenangan kita
~sentiasa bermain di bayangan mata
~detik waktu yang berlaluuuuuuu
~menjadi memori kau dan aku

but hey hati? kemon la, hati kena sado beb.
di setiap pertemuan, pasti tiba jua perpisahan. semoga sepanjang masa masa emas kita bersama -- Allah redha. insha'Allah

buat insan teristimewa, kakak senior yang PERTAMA gua kenali ;  Nur Nisreen Azhani a.k.a kak Nisrin sayangs --
akan sentiasa tersemat kemas dalam ingatan detik 24 Jun 2013, 7.15 am sewaktu dalam perjalanan ke Institut Bahasa untuk pendaftaran minggu pengurusan pelajar, kakak orang pertama senior IB yang menghantar mesej 'selamat datang'. setelah seminggu lebih di IB baru gua berpeluang berjumpa face-to-face di surau at-Taqwa, IB. sweet pula ingat balik ekekek.
hang out pertama kali apabila kita ke Broga dan malam sebelum kejadian stay bilik kakak sebab plan untuk jalan sebelum subuh. walau jasad tidak selalu dating berdua, ketahuila kita sentiasa bersama di dalam doa.
"I lebiu kak Nisrin, to the max lillahi ta'ala..."

insan kedua yang serius buat jatuh chenta pandang pertama ; Siti Aini Ahmad a.k.a kak Aini comels --
kak naqibah yang banyak mendidik di dalam mahupun luar bulatan gembira. menerima lebih dan kurangnya gua. tapi perkara yang paling menyentuh hati, beliau menerima gua untuk siapa diri gua.

tidak kuminta perpisahan ini,
andai itu takdir yang Maha Esa,
semoga pertemuan yang singkat ini;
mempertemukan lagi kami di dunia abadi -- untuk selamanya

fatin sayang semuaa! kerana Allah SWT ;'3

air mata pasti akan mengalir, tapi tiada niat diri untuk menghalang langkah kaki itu yang bakal meneruskan dakwah di luar sana pula -- pasti lebih mencabar, banyak dugaan serta ujian. semoga anda kekal sado! insha'Allah.
jangan lupa doakan kami sama --

iklan ;
pada suatu hari, sewaktu gua sedang busy mengambil gambars classmates gua ternampak bayang laju melintasi belakang gua yang sewaktu itu ke arah gua pastu patah balik menjauh. kalau sahaja gua ada mata di belakang kepala kan? ekekek
selepas itu tiba giliran gua untuk mengambil gambar acah acah comels (tapi te te da bah hahahaha), menghampiri semula bayang laju tadi.
gua dengar dengan jelas bayang bayang tersebut berkata; "saya mahu ambil gambar dengan dia" --
gua pandang kiri, kanan, belakang dan barulah angkat muka tengok si bayang bayang.

"err?"

oh rupanya 'dia' yang dimaksudkan itu ada la gua. ekekek
oh itu la dia orang yang gua selalu tengok dari JAUHHHHH sahaja
oh betapa malunya gua bila terkantoii
oh tanam muka dalam dalam lepastu

=___=" jauhkan la kami daripada mainan setan. fuhh~ Nauzubillah min zalik

10/11 FPM
13/11 PKK
17/11 PKB
18/11 FDF
21-25/11 last progs w kesayangan
21,26/11 & 1/12 apt.
2/12 Sabah
may Allah ease everything, inshaAllah!

well, enjoy learning!

Sunday, October 26, 2014

Love’s reports I :

Bismillah.

Day 1 – 21st of October, 2014 (Tuesday)
Lapangan Terbang Antarabangsa KK Terminal 2.
Perkenalan pertama dengan rasminya kepada abah mak secara berdepan mengenai insan bernama yuu comels. (eceh kemain ayat). Alhamdulillah, respon positif dan turut diselit nasihat membina buat diri dan kalian di sana serta di mana jua. Sebelum itu, sebagai mukadimah aku telah menjadikan biskut sedap yang dibawa dari jauh sebagai subjek. Mmmdapp! (serius sedap)
Betapa aku cuba bertahan dengan soalan yang diajukan abah secara bertubi itu. Ini antara soalan yang aku masih ingat;
Macam mana kamu kenal? Macam mana mereka kenal? Siapa add siapa? Kenapa dia add? Sejak bila kamu berkawan? Siapa kawan siapa? Sampai lah ke ayat konklusi abah sewaktu itu – sentiasa berwaspada dengan laman sosial. Dupp! Aku sewaktu itu terasa macam... ya Allah. Banding my bro dengan aku yang aktif berhabbo ini, aku kira aku lagi dalam keadaan ‘bahaya’ kerana terdedah dengan keterbukaan laman sesiel. Ehe. But thanks to Allah, my sisters from Fratellanza is someone i could rely on to. And i also believe that, kay yuu is a lovable person. Insha’Allah


Day 2 – 22nd of October, 2014 (Wednesday)
Happy Deepavali’s Day!
Hari ini kitaorang cuci dewan. Ya, cuci lantai dan kerusi dengan sabun wangi. Telah menjadi tradisi keluarga ini apabila menggunakan Dewan Tenghilan untuk acara majlis besar setiap ruang yang akan digunakan pasti akan dicuci bersih. Sebabnya kita juga yang akan guna benda tersebut kan dan siapa mahu menghidangkan sesuatu yang tidak bersih kepada orang lain? Walaupun nampak bersih, bila kita sendiri bersihkan baru terasa keyakinan bersihnya benda benda itu ehe. Separuh hari kami hari ini dihabiskan di Dewan Tenghilan untuk acara sabtu (25 Oktober | 1 Muharram) nanti.
aku rasa aku insan yang kepenatan sebab bermain dengan anak buah, pastu bawa mereka makan (wajibla aku join sekali ehe), & tolong lap dan cuci bangku yang dicuci. Salute dengan somi kak sepupu, pak ngah, abah, didi, ad, wan & etc sebab mereka berjaya menghabiskan cucian dan susunan 400 buah bangku. Fuh!
Sampai ke rumah agak lewat juga la dengan segala bau bauan. Selesai mandi, tinggal mak abah kat ruang tamu. Jadi, hari ini peluang yang ada aku jadikan kad raya sebagai subjek. Btw, cantik gila kad raya tu, kreatif lagi. Dengan muka eksaited seorang reporter aku ajukan kad tersebut kepada mak. Rupanya kad tersebut sudah wujud sejak Eid Fitr yang lalu! (kenapaaa i baru tauuu). Aku bagitau la kad tersebut kawan kepada abang yang bagi.
“oh ini dari si Yuu Esahal. Esahal tu bapa dia? Macam ada abang dia kawan dengan abah di fb kalau tidak silap. Nama bapa dia Esahal juga.”
Oh ya, hari ini aku terfikir, ada baiknya abam burungman dan kay yuu sediakan skema jawapan macam mana sesi perkenalan kau orang. Sebabnya agak complicated juga la untuk fahamkan kepada orang yang jarang mendengar istilah blogger ini. Gulp. Yang aku ini? Hai kami berkenalan di Habbo. Kahkahkah *tekup muka dengan bantal*. Eh tak tak kami berkenalan dalam game. Hm LOL


Day 3 – 23rd of October, 2014 (Thursday)
Seharian yang langsung tidak produktif di rumah (aku, ad & adek). Jadi hari ini ceritanya, aku telah menjadikan gambar aku dan kay yuu sebagai subjek. Sambil membentangkan laporan aktiviti aku sepanjang di IB, aku sisipkan juga laporan chenta ini.
“mak, fatin ada bagitau kay yuu si nodin tu gumuks”
“haha apalah dia bilang?”
“kalau lelaki, gumuks itu comels. Kalau perempuan, pendek itu comels. Dia rendah dari fatin.”
“haha.”
Maka masuklah ke nasihat mak. (nasihat yang aku rasa sangat kena kepada diri sendiri juga);
“mak sudah bagitau dia tu untuk fikir habis dulu tentang pelajaran. Jangan bagi harapan dengan perempuan dulu sebab nanti dia (tuju kepada perempuan) kecewa. Kalau ada jodoh, adalah tu.”
Alhamdulillah. Thanks for the advice mak. So here i am. Aku tidak akan berhenti mendoakan yang terbaik untuk kalian. Semoga jodoh ada untuk abam burungman dan kay yuu, dan semoga kalian tidak putus asa dalam perjalanan hidup ini. I have done my part, not the best tho but i did what i said. Kita merancang, dan yang terbaik itu tetap daripada Allah SWT jua. Jadi aku sebagai reporter chenta ingin mengatakan –
Letak segala pengharapan dan minta la sungguh-sungguh daripada Pemilik segala chenta dan Pemegang hati kita. Kita buat part kita sebaiknya, insha’Allah ada balasan yang lebih baik lagi suatu hari nanti. Jangan lupa, untuk segala janji kata – akhiri dengan insha’Allah, may Allah wills it, dengan izin Allah SWT. Fatin minta maaf andai sepanjang perkenalan kita, segala mesej yang disend, & macammacam lagi telah memberi kesan negatif di hati kay yuu dan kau.


Hadir Chenta

Untuk hadir sebuah kisah chenta
Tanpa diundang ia hadir menyapa lembut di dada
Segala rasa terasa indah belaka
Kadang lupa mana ilusi mahupun nyata
Namun hari ini,
Perhalusi hadirnya chenta
Simpan dia dengan erat
Di dalam doa sentiasa.
Suatu hari,
Pasti akan tiba jua – insha’Allah


Day 4 – 24th of October, 2014 (Friday)
Happy New Year! 1436Hijrah fellas. It’s 1 Muharram 1436H.
Hari ini seharian kami sekeluarga meluangkan masa di luar rumah untuk mengurus segala hal dunia. Untuk kesempatan yang ada, aku menjadikan perancangan kay yuu untuk bercuti di Sabah sebagai subjek. Mungkin kerana cuaca yang agak panas dan bermacam plan yang mak sedang fikirkan (time ini dalam kereta dengan tingkap terbuka tanpa aircond), maka makluman aku bahawa tahun hadapan kemungkinan besar kay yuu dan ibunya akan bercuti ke Sabah tinggal sekadar makluman. Krik krik krik
Lewat petang tadi menerima panggilan abam bahawa si macho pecah tayar kanan, tapi alhamdulillah semua selamat & sudah setel. Hajat untuk menceritakan pengalamanku bersama kay yuu kepada abam terbatal dek kerana masa yang sangat la tidak mengizinkan. Moga-moga esok dan lusa ada kesempatan buatku untuk melaporkan pembentangan chenta ini. Haha! Siapa suruh jatuh chenta, see? Aku jatuh chenta dengan orang yang sama. >:)
Masya’Allah pantasnya masa berlalu... & sungguhla pedih di hati ini makin menjadi-jadi pula. Sabarlah. Sabarlah duhai hati yang sentiasa merindu. 12.47am – nites chenta!


Day 5 – 25th of October, 2014 (Saturday)
Alhamdulillah. Selesai majlis resepsi kak sepupu & somi. Tema : pink, popel, hijau~
Hari ini, aku hanya sempat memohon daripada kak sepupu; sepupu pompuan agar diluang masa mereka untuk mendoakan moga ada chenta dan terus mekar chenta antara abam burungman & kay yuu (pergh sejak bila aku jadi kaki report yang gigih ini). Rancangla, rancang baik-baik – jangan lupa serah pada DIA, Perancang terHEBAT di seluruh alam. Insha’Allah


Day 6 – 26th of October, 2014 (Sunday)
Bagaimana pantasnya enam hari aku di Sabah, begitu pantasnya segala ruang masa untuk aku melaporkan cerita chenta ini kepada mak abah. Aku tahu aku hanya secebis daripada cerita chenta ini, kerana aku juga ingin chenta bersemi mekar – secebis tugasku moga moga ada tanda buat semua. Insha’Allah
Saat perjalanan masuk untuk berlepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur;
“mak, teda mahu cakap apa apa dengan kay yuu?”
“teda”
“napa? Mak enda suka ka?”
“suka bah. Tapi mak mahu anggap diorang biasa-biasa dulu. Jangan bagi harapan”
~terbang meninggalkan chenta hati seketika~
Ringkas sahaja catatan cerita chenta ini. Maaf la aku tidak pandai bercerita. Ini pun selepas enter delete backspace baru terhasil satu cerita lengkap selama enam hari di Sabah. Ya, aku pulang dengan harapan, dan kembali ke kolumpo dengan harapan mak abah sentiasa. Moga aku terus celik dan tidak tinggi diri walau di mana tanah Tuhan ini aku pijak. Aku bukan doktor chenta. Malah jauh sangat untuk mendefinisikan chenta. Tapi aku tahu betapa ‘harapan’ itu sangat indah. Kita akan pegang umpama sebuah janji. Janji kan wajib ditunaikan? Moga-moga harapan yang diberi, sanggup juga la dilaksanakan. Cepat atau lambat, itu bukan urusan kita – sediakan diri sebaik mungkin kerana Allah akan bagi jalan bagi mereka yang sudah bersedia. Ya, bersedia itu bukan melalui rasa rasa, tapi melalui apa yang kita sedang hadapi sekarang.
“bila nikah?”
“insha’Allah, tahun depan (:” (tahun bila, entahla ehe)
Sekian,
Mohon maaf andai ada bahasa yang tidak difahami, info tersalah sampai & taip, jalan cerita yang berselirat & etc.
Terima kasih kerana sudi menjadi watak dalam cerita chenta nfnfhai.
Buat kau,
Semoga cerita ini menjadi jawapan untuk banyak persoalan, makluman untuk banyak masa diam, & panduan untuk kau jua. Jangan putus harapan untuk jalan chenta ini.


p/s: day 5 & day 6 telah ditulis di KLIA2 (fuhh)

Well, enjoy learning!

Tuesday, October 14, 2014

details

Bismillah.

details -- perincian.

ya, aku mengaku bab fesyen aku manusia yang paling serabut terutama baju yang melibatkan warna sebab aku kurang gemar match-matching dari atas bawah ni. tutup aurat, penuhi syarat. insha'Allah aku selesa. jadi bukan bab fesyen yang ingin aku kaitkan dengan details.

lebih kepada -- anda yang kurang prihatin (sambil pandang cermin muka)
entah la. sampai sekarang serius cakap aku masih terasa hati. sangat. dalam. pendam.
aku tidak benci 'anda' yang kurang prihatin, tapi sangat benci dan masih marah sehingga kini dengan 'sikap' kurang prihatin tersebut. grr
semuanya bermula apabila 'anda' telah menaip/ menulis nama aku sesuka hati sepertinya main teka-teka sahaja 'anda' buat begitu. mungkin, kalau anda sudi bertanya terus dengan aku sebab sebelum itu anda memang ada menghubungi aku -- aku tidak terkesan sakit begini sekali.
ada sebab aku pentingkan details. terutamanya bab nama orang ini. umpamanya, kalau silap menulis alamat, maka sampai la ke alamat orang lain. ceh (dengan izin Allah jua)

&
kalau pun anda anda marahkan aku yang tidak turut serta bersama anda pada waktu itu, setidaknya -- bagitau la bah ):

setahun setengah bersama -- aku percaya anda belum tahu ejaan nama aku yang sebenar.
aku tidak akan kisah kalau anda taip/ tulis nama aku macamtu jika kertas tu nanti anda akan keroyok dan buang ke dalam tong sampah... tidak keshas langsung beb

nampak semacam perkara remeh kan?
cuba bayangkan -- kau sepatutnya menjadi johan tetapi disebabkan kawan kau terbubuh 'meor' di hadapan nama kau padahal nama kau khalis sahaja dan apabila emmsii mengumumkan nama si johan -- kau tidak layak. sebab nama kau dieja salah. padahal kau sahaja nama seperti itu. ahh

quite complicated, but hey -- sebabtu namanya 'details' !

*lap air mata.
"berapa kali kau berlaku tidak adil dengan orang lain sedangkan kau mahu sangat orang adil dan saksama -- SENTIASA ke atas diri kau..." padahal kau perlu rasa 'prihatin' itu sahaja untuk benda-benda 'details' seperti ini --> Nur Fatin Nazeha binti Khairuddin

well, enjoy learning!

Monday, October 6, 2014

sumaiyyah

Bismillah.

10Zulhijjah 1435H | 5 Oktober 2014 | Ahad
Eid Adha ebelibadi !

Alhamdulillah, nikmat tidak dapat bersama keluarga di Sabah telah diganti dengan nikmatnya berukhuwah dengan berpuluh ahli keluarga yang turut sama tidak balik berhari raya qurban kali ini. keluarga MARSIS. marka siswa siswi Sabah. terasa sangat jadi backpacker pastu ikut program on the spot kali ini. xD
dari KTM keyelsentral ke nilai makan masa sejam, dari KTM nilai ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin, Banting, Selangor ambil masa sejam juga.
& sungguhla, sebelum ni aku pernah tanya dengan rumete kenapa agaknya golongan anak yatim antara yang paling banyak disebut di dalam quran?
betapa beruntungnya mereka pabila kecil-kecil sudah bergelar yatim -- seperti baginda Rasulullah SAW. lagi ohsems bila inesennya mereka dalam keadaan tersebut, tetapi tetap kuat dan mampu berdikari lebih dari diri ini. moga ada ganjaran hebat buat umi, abi dan anak-anaknya yang bersama mengurus anak-anak syurga tersebut, insha'Allah.

ada apa dengan sumaiyyah? ya, dia hanya seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. comel. tenang, (kalah teknik ketenangan aku weh). kerana kisah yang berlaku tersebutla, buat aku ingin membaca kembali sirah di sebalik nama yang hebat tersebut.

mungkin benda yang aku tulis ni kecil sahaja, tapi tu laa. it's really touch my heart. eceh
sewaktu kami kami ini menumpang kegembiraan anak-anak yatim di sebuah rumah yang tersergam gah indah dalam selangor juga -- tiba la sesi untuk anak yatim tersebut iaitu sesi-soaljawab-betul-dapat-hamper.
sewaktu acara tersebut berlangsung, si comel sumaiyyah sedang makan sate bersama kami tiga sepupu di suatu sudut tersembunyi. & aku perasan, matanya bersinar semangat untuk menjawab soalan yang diajukan walaupun dia tidak tahu! tiba la pula ke hamper terakhir... si penyoal telah bertanya siapakah nama makcik (isteri kepada tuan rumah) yang berdiri di sebelahnya... apa lagi, budak budak ini semuanya jawab tak tahu (sebab memang tidak ada sesi suai kenal pun). tahu kah anda apa yang si sumaiyyah ini telah buat sewaktu abang abang kakak kakaknya bising menjawab 'taktahu' ?
dia pergi ke makcik tersebut -- "makcik, siapa nama?" dan wanita tersebut pun membisik namanya kepada sumaiyyah. si kecil tersebut pun dapat la hamper (finally! they noticed her ehehe).

sungguh, ada beza orang yang hebat bercakap dengan yang buat kerja. entah, mana satu rasanya diri aku, kau, dia dalam situasi tersebut?

doa aku, semoga kau menjadi wanita solehah, seindah namamu sayang. yang pasti, ini bukan kali terakhir walaupun first time ikut benda macamni -- insha'Allah. perasaan bersama mereka sangat sangat berbeza. kau dapat adiks, kakak, abang yang segala emosinya kau kongsi. gembira, sayu, eksaited dia tu, macam overdose tapi tu la -- tidak sama macam kawan kawan atau dengan adik beradik sepupu anakbuah sendiri.
paling penting, for everything i had been given/ borrowed : i THANKS ALLAH -- Alhamdulillah

lepasni aku nak cuba ke rumah orang-orang tua pula la. selagi kaki berdaya merantau, moga banyak pengalaman bermanfaat dapat dikumpul lagi lagi dan lagi. hah anda bila lagi?

semoga Allah redha. Salam eid adha.

well, enjoy learning!

Saturday, September 27, 2014

Fasasatu

Bismillah.

Alhamdulillah,
selesai Bina Insan Guru ( Beeee Aiiii Jiiiii ) Fasa SATU Ambilan Jun 2014 bersama PISMP Semester 1A, 1B dan PPLD PERMATA bertempat di kem kokurikulum IPTAA, Kuala Lipis, Pahang.
perjalanan dari IB mengambil masa 5jam dengan satu perhentian di rnr ke tempat kejadian. Alhamdulillah, 22orang gegerls & 23orang jejaka selamat pergi--balik.

hari pertama : hitam
pakai baju batch yang berkaler hitam dan sungguhlah kami orang orang yang berbau harum. ehe ini barulah camping bro! gua rasa dapat belasah tido time kat dalam bas ja & khemah tu memang tempat letak beg camping n stuffs only. peh. best part iz, dengan segala penatnya minda dan fizikal tersebutla kitaorang dapat juga fikir nak buat tugu manusia cemana serta siapkan bendera kumpulan -- Bestari, is hot to go!

hari kedua : merah
kembara ke Hutan Lipur Terenggun. perjalanan untuk ini aku kira tidak sejauh yang pernah aku ikut dahulu, tapi yang bestnya -- teamwork sebatch. mula, tengah & akhir sentiasa buat counting. 1 - 45 : CUKUP TUAN! again, i didnt have the chance to see or touch any lintah! haish

malam kebudayaan hari kedua : biru
dimulakan dengan berBBQ time. ya Allah sedap sangat sebab hasil tangan orang orang yang ikhlas bekerja. salute! semua ambil part daripada perhiasan pentas persembahan ke bahagian makan makan. selesai dinner BBQ, maka bermula la malam kebudayaan iolls weolls -- dengan tema : andai aku seorang guru
dimulakan dengan kumpulan berani, citra, bestari (gua punya group), cekal, perwira, & transformasi. memula tu agak mencabar otak juga nak cerna dengan tahan mata macam apa entah. habis buat persembahan kumpulan pehh mata jangan cakap bro, sambil ketawa senyum tengok persembahan pun gua sempat terlelap dan bermimpi untuk beberapa saat.
hah part paling mencabar bila, dah masuk khemah dan ready packing barang nak balik, tetiba wisel berbunyi tiga kali. apalagi, run run run. so it was our malam burung hantu ke kuburan la kononnya. kahkahkah padahal semua dilepaskan bersendirian dalam campsite juga pastu berdekat dengan geng lain. buktinya? gua dengar mereka mereka ini berbisik tanya kedudukan masing-masing. ihiks. yang penting duduk sahaja gua, terus lelap ayam. zZzz
dan hari tersebut genapla 48jam gua tak tido. time goreng ikan pun gua boleh terlena sambil berdiri, tu tandanya betapa parah kepenatan sejak hari pertama, pergi jungle trek, etcs.

hari ketiga : kuning yellow
dalam penat penat cemtu pun semangat gua tetap berada di aras tinggi sebabnya i saw yellow everywhere bebeh! rasa macam mau senyummm seja ni ehe. part seksa apa lagi, sesi dengar ucapan perasmian jemputan blablabla. bosan gila plus memang takleh tahan rabaknya mata.
habis majlis, turunkan khemah, punggah barang ke bas, naik bas -- selama 3jam lelap dalam bas -- rnr : makan -- lelap lagi 2jam -- sampai IB, masuk bilik, letak beg, pengsan, bangun dan melihat matahari, punggah barang dari bas, bincang makanan lebih nak buatpa, dinner bersama kakak PPLD PERMATA, dan here i am. blogging cause i can't sleep walaupun mengantuks tahap apa entah.

jadi,
bersama coretan bebelan gua di atas maka gua sertakan beberapa keping gambar sebagai makanan engkorang. salam hitam, merah, biru, kuning. oh ya, camping kitaorang sepatutnya berlangsung selama 4hari3malam tetapi dipendekkan menjadi 23hb - 25hb sept sahaja, sehari baki akan diganti pada hari lain -- water confindent apaentah.











"ohsems macam manapun idea ohsems kau tu, orang paling ohsems adalah dia bangun daripada keriuhan memberi blablabla dan buat idea dia menjadi nyata dan ohsems" :D

the best camping ever! and more to come! insha'Allah

thanks TUANs, groupmates Bestari, mates khemah, mate sebangku selama 5jam dalam bas pergi balik, batchmates, kakak PERMATA sekalian. loves y'all to the max, may Allah bless.
special dedication to pusat koku IPTAA, pemandu arah ke Hutan Lipur Lenggun, para jurulatih, pokok hijau, langit cerah, pemandu bas IB & IB terchenta.

well, enjoy learning!

1st of zulhijjah 1435H | 27 September 2014 : zZz

Wednesday, September 17, 2014

hati II ;

Bismillah.

pertama sekali trimas yang tidak terbalas kecuali dengan doa jua buat fingerabymader saia yang saia sahyang lillah. moga ada balasan yang baik daripada Allah buatmu bunab. trimas

kedua, alhamdulillah.


Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be
Que Sera, Sera


buat kau yang ada hati -- gembira la
positif la, senyum la, kuat la, maju la, teruskan la
semua perkara berlaku bersama hikmah.
kalau ini jalan untuk tarbiyyah - Nya,
maka raikan la dengan hati yang lapang
insha'Allah, everything is gonna be owkayh dear self.

mungkin semalam aku menaip dengan awan awan mendung atas kepala,
tapi hari ini aku sedar -- aku ada pilihan untuk terus meratapi atau go on.

jadi dengan lafaz Bismillah,
aku pilih untuk melangkah maju -- if that things made you happy, fhai iz happier. done

ada banyak benda lain lagi perlu difikir daripada keshahs benda remeh begini. kenapa remeh ? sebab saiz 8/40 kasut aku ini tidak akan sekali kau muat kalaupun kau sudi pakai.

atas segala negatifnya aku, aku minta maaf;
mulai saat terpostnya post ini -- aku janji
tidak akan sekali aku keshahs hal tersebut
cukup kau hormat aku -- aku hormat kau, mungkin itu//ini lebih baik sahabat.

 *telan pil bahagia*


"kalau bunab, bunab malas nak cara je" 

yeah, rasa 'terkesan' tu tetap ada tapi insha'Allah seketika cuma. kau kena yakin ja,
kau salah -- mintak maaf
kau betul -- diam sudah


"gud luck"


biar kita overdose dengan chenta Allah,
hidup la kerana Tuhanmu
jangan jadi yang sia sia.

:3 "sebab impian aku adalah impian mak, abah, abang aga, ad, & adek" (fhai, 2014)

well, enjoy learning!

hati ;

apa kata hati ;

aku takut untuk menjadi seorang penghukum yang menghukum salahnya dia untuk perkara yang sudah.
aku takut menjadi seorang yang menyimpan rasa benci dan dendam di dalam hati.
aku takut untuk segala benda negatif -- menjadi aku.

walaupun sejujurnya, aku pernah menjadi aku yang aku takut -- itu dahulu

untuk segala benda yang sudah, sedang dan akan terjadi -- aku minta maaf

kerana aku juga insan yang punya hati
aku tidak akan tahan untuk berpura-pura macho begini.
sampai masa, segala rasa kuat yang aku pamerkan
hanya tinggal sisa rasa sahaja.

entah. entahlah.
sampai sekarang aku tertanya-tanya, apa salah aku sahabat?
banyak kali aku terasa dengan tingkah spontanmu
banyak kali aku cuba untuk tidak melukaimu
&& aku tahu banyak waktu tersebut masih tidak mampu untuk meneutralkan kembali segala.

ah, mungkin aku yang salah tafsir? mungkin...

kalau boleh tanya satu benda -- & aku tahu jawapannya nanti pasti menambah luka di hati; (mungkin)
aku mahu tanya
kenapa kau 'blocked' aku daripada -- ig, fb, twt, & mungkin blog ?
padahal sewaktu mula-mula masuk di bumi IB ini dulu
segala akses untuk ke laman sosial kau -- aku boleh
& tiba tiba aku disekat.
ya, hanya aku seorang ?

aku tidak akan terasa hati begini andai ada penjelasan terhadap apa yang kau buat.

terpulang kepada kau untuk jelaskan atau biar sahaja.

sebab ...sehingga kini aku masih percaya dan yakin yang kau hanya TER-click BLOCK @nfndinjj, nfnfhai, Fatinazeha Dinjj & nazkfa-nfn

aku betul-betul minta maaf, sahabat. ):
semoga hari esok matahari akan bersinar kembali.

"saya suka semua post dia sebab dia seorang yang banyak memberi inspirasi kepada saya -- sebab dia adalah roomate pertama yang saya miliki", kata budak yang pertama kali duduk hostel

malu bertanya sesat jalan, tapi aku?
tidak bertanya sampai sudah penuh persoalan

titik noktah bertindih NfN Fhai

Monday, September 15, 2014

kotak inspirasi I :

Bismillah.

..kerana kotak inspirasi I : ini telah terhasil sejak beberapa bulan lalu dengan penuh RASA yang wujud di sudut kuning hati gua -- selamat menatap & mengambil sedikit inspirasi (kalau la ada kan?)


 "bila hujan turun, ..."


 "you're my rainbow -- sengets" &&


 "to you, yang jauh di sana tapi lekat di hati"


 --end of semester 1 : Jun - Nov 2013's folder lama


 "boleh jadi -- Fatin // Fhai"
~know your HEROES
~yellow much


 "kalau dengan main air ja pun boleh buat kanak-kanak tersenyum, why not kita bagi anak kita main air? kita join sekali laa. ehe" --
dialog antara aku & bayang-bayang hitam


 "walau donia ini black&white di mata awa, awa jangan risao -- hati awa tu ada guna juga"
no matter what happened, -- kalau takda kata meluah rasa, masih ada doa untuk, err doa la.
"dua', don't ever forget bout it"


 "terbhang tunduk" -- fynnjamal


 "yellow -- kuning"
entah la, asal nampak kaler koning ja mesti semangat dia lain matcham.
dari down, boleh sangat amat bermotivasi. ehe


 "bila nak kawen?"
"tahun hadapan, insha'Allah" (:
tahun bila, entah la


 "enche' boipren"
sejak masuk IB ni la gua rasa boleh partnership dengan panda,
paling lama untuk lima hari in-a-row,
hari ke enam gerenti tido mati


 "the colors of life"
antara kau keshah atau tak dengan semua benda yang jadi di sekeliling
-- up to you beb
jangan salah pilih jalan sudah


 "sebab kasihsayang tu bukan letak depan mata, tapi dalam hati"
tu sebab ada masa kena show off juga yang kita sebenarnya sayang ke orang tu -- semestinya yang boleh disayang la eh


 le gelprens, yang jumpa maya -- bersatu nyata. eceh kemain ayat
lebiu all lillah


 "hakunamatata -- no worries"
sebab fratellanza maksudnya keluarga
hah keluarga habbo


 setiap hari diri ini dekat dengan yang satu -- pasti :
mati itu pasti, hidup insha'Allah


 found me being just random. random me.


 tipu kalau si macho ini tidak pernah homesick.
rekod paling cool -- call mak abah setiap hari dalam seminggu :3


 "sebab aku percaya setiap orang tu kreatif, tinggal tunggu masa untuk muntahkan idea ja"


"kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?"

sekian, gambar dari folder -- sepanjang zaman

first of all -- khas buat gelpren aku : che wan nur farhana wan abdul latif
aku doakan, semoga semua benda baik jadi milik kau. a happy ending, soon -- insha'Allah

second after all (ada meh istilah ni? ehe) --
apa kau rasa melalui fasa fasa seperti biasa?
aku cuba tanya soalan ni ke diri aku, setiap hari.
sampai sudah, aku terpaksa juga untuk letak percaya dengan kata-kata kau. "jangan fikir negatif", alhamdulillah, up until now i never once did -- create a negative thought.

kalau boleh, ada satu bab dalam kisah ini yang aku nak skip. which is, the moment you told me that you did read your mum's -- my -- err. serius rasa mau benam muka saat tu juga. ceh, naseb aku ni bukan jenis dramatik gila. blushing? ni la masalah kulit hitam, senang sangat dikesan bila rona berubah. pfft!

hah rasa macam sudah terkandas daripada tajuk besar tu.

last but not least, i wish you nothing but the best.
may Allah bless always.

i miss me so much. thankyou.

maka dengan ini, diumumkan telah masuk ke fasa minggu seterusnya yang akan amat sungguh sibuk dengan dunia. semoga segalanya dipermudahkan. insha'Allah. mohon tembakan doa daripada kalian yang sempat membaca post ini.

well, enjoy learning!

Tuesday, September 2, 2014

Sembilan

Bismillah.

7 Zulkaedah 1435H | 2 September 2014
Selasa -- pagi buta di tanah IB

puisi nukilan saat ini -- ini sahaja, izinkan la


diam aku
bukan kerana hati tidak mampu merasa lagi;
diam aku
bukan kerana kasih tidak ada untukmu lagi;
diam aku
bukan kerana aku tidak sudi -- di atas segala janji.


sedar tidak sedar, dua minggu ini serius aku suka diam begini. tidak dihebah rasa hati walau dengan teman teman sendiri. aku takut perasaan 'itu' menjajah aku -- entah la. susah mau explain benda complicated macamni. alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencari nilai di setiap perkara. lagi lagi aku ini insan yang mudah terinspirasi.


marah, sedih, gembira, terharu, blurr, rindu, sakit -- macam macam aku rasa dengan tiap satu rasa tersebut jaraknya dekat sahaja. but hey, Allah kan ada? aku masih kuat di sini. akan sentiasa kuat. insha'Allah! all is well


if -- and only if i ever have a chance to say something to you...
fi hifzillah always, insha'Allah
mmk
tiada daya dan kekuatan diri ini, melainkan dengan pertolongan Allah jua.


dan disebabkan itu jua la, aku -- akan menjadi si bosan bila sebut pasal hati. aku bosan dengan soal yang entah angan apa tanpa usaha, aku bosan dengan match-matching aku-dia, aku bosan la pendek kata. ya, aku bukan doktor chenta, jadinya tugas aku selepas ini hanya akan mendengar kau kau dan kau meluah -- nanti nanti aku luah balik dengan makan jogging & tidur. don't worry. i could handle this ehe


aku ingin lepas tangan dalam bab ini. biar definisi chenta aku pelik dan aliens banyak -- yang penting Allah redha. itu. sahaja.


ehem dua minggu lagi, kemon la diri ! semangat !
al-Fatihah buat diri & semua


well, enjoy learning.

Thursday, August 28, 2014

normal? normal

Bismillah

#quick update

(izinkan aku ber'gua' -- kau)

dua minggu sudah berlalu -- &&dua minggu lagi untuk bulan minggu hari jam zombimanusiya panda owl ini AKTIF. tabah la, sabar la, kuat la ;D matchams enda biasa?
bak kata orang kampung sebelah; "no pain no gain bro!"

dua minggu -- yang alhamdulillah. insha'Allah semoga terus istiqamah hendaknya. untuk hati, mata, mulut, telinga dan setiap anggota gua, && anda sekalian diklorox divaksin divacuum oleh pengalaman; semoga Allah terus jaga dengan penuh kasih serta rahmat-NYA.

back to title : normal ka weh? bagi aku normal.
yeah, beberapa jam lalu + hari lepas -- rumete gua telah membuka mata gua (lagi) dan secara tidak langsung gua menemui titik 'normal' gua itu. em

semua bermula apabila partner projek kerja kursus gua untuk semester ini adalah; putera.
masuk ni, sudah dua kali gua berpartner dengan jantina berlainan (satu semester lepas) -- berdua. &&melalui kuasa imbas balik tahap berkarat dengan rumete tu la baru gua sedar, gua tidak 'normal' seperti mereka-mereka yang berdiskusi dengan partner memasing untuk menyiapkan tugasan dengan aman bahagia (la sangat). pagi petang malam.

entah la. tugasan? alhamdulillah -- siap. cuma tu la, gua mintak maap sangard kepada anda berdua; aweng & achik sebab dapat partner dengan orang cemni.

ya jujurly gua mengaku;
tahap 'normal' yang gua sendiri baru sedar tu adalah, gua sangat sungguh amat pemalu sekali dengan putera. grouping dengan budak laki memang best untuk menjana idea yang holistik, dan dalam group wajib la ramai pompuan & laki, lagi lagi kita ni seblas pompuan & seploh laki kan. tapi untuk berpartner tu, gua lagi sanggup dan memang (kalau boleh) mau partner nge tino jak.

ke'calmness' & ke'cool'-an gua semasa bergrouping, tidak sama semasa berpartner. that's all. - fhai (2014)

gua tahu gua akan hadap benda ini lagi lagi dan lagi, jadi kena la ada penambahbaikan kan?
tajdid niat - always
& ingat la pesan abam senior awa tu;
"berassignments bukan alasan untuk berdua - laki puan", p duduk ramai ramai, & jaga la batas awa tu (pesan dekat diri sebab tau awa tu mudah lalai)

so selamat la buat diri sendiri dan anda anda di luar sana.

al-Fatihah

May Allah ease everything:
4.9 ~ PKK
9.9 ~ kuiz elp
10.9 ~ Fonetik
11.9 ~ TITAS
12.9 ~ kuiz pj
19.9 ~ KSSR
23-26.9 ~ BinaInsanGuru @Pahang

well, enjoy learning


Saturday, August 16, 2014

Syawal;

Bismillah.

14 Syawal 1435 H | 10 Ogos 2014

pejam celik pejam celik, enda sedar sudah seminggu rupanya aku di sini setelah dua minggu merasai betapa lemaknya kasih sayang keluarga di Sabah. seminggu yang mengembangkan segala sel otak, menghitamkan lingkaran mata macam panda, aktiviti-aktiviti yang menyelit dan sempat dijoin serta (peh ayat kemain) & bermacam lagi. Alhamdulillah.

selamat memasuki bulan zombie eheh!
---------------------------------------------------------------------------------
Seminggu berPBS : lima hari yang bergula manis -- bersama anak-anak syurga itu. draf
Seminggu bercuti hari raya : Damai - Tenghilan - Telipok - Tuaran - Tamparuli - Sabah & kembali ke IB. draf
Seminggu yang agak krik krik krik sikit, lebih lebih bila saturang dalam bilik. lain matcham jo feeling tido & bangun tanpa 'rasa' kehadiran rumete. Alhamdulillah, beliau selamat berBTN. fuh~ draf

entah berapa kali percubaan untuk aku publish benda ini. sebabnya semua perkara hanya mampu bersuara dalam kepala.

aku dan 20-jantung-hati-PISMP1A bakal memasuki minggu ke-9/18. cepat kan masa berlalu? hari ini sudahpun 20Syawal. sudah berpuasa enamkah?

banyak aku mau muntahkan ni yang benarnya, tapi tidak terkeluar pula. okfhai, make it clear.
aku dah ambil keputusan. aku harap pihak sana faham.

aku ingin keluar daripada zon 'bahaya' yang aku kau kita cipta ini. aku takut sebenarnya.
bila-bila masa mungkin ada yang terkandas terbabas ter lagi la -- dalam semua aspek kecil ke besar yang kita tak sedar pun. nauzubillah. minta dijauhkan.

cukup la aku tahu, kau tahu satu kata itu. sesi suai kenal? sesi aku-kau sihat?
ah macam macam sesi boleh jadi alasan untuk disalurkan rasa yang wujud itu, && dengan keadaan tanpa apa-apa pun jaminan ketika ini, kau mahu terus terusan berada di zon merah tersebut? tidak ka kau takut?

entah la. aku geli aku yang begini. astaghfirullah ala'zim.

aku rasa takda benda sangat la kena bincang pun kan. lagipun apa sangat perancangan yang ada? it is just a dream that live in our duas. lama lagi kot. jauh lagi kot. taktau lagi kot apa ada di hari esok. kot

aku minta maaf. aku dah deleted semua benda yang jujurly aku stalked since mac 2013. editted, prt sc, screenshot, saved -- dah langsai deleted.

izinkan aku anggap kau sekadar kawan habbo.
sampai bila bila.

sincerely,
nfnfhai a.k.a. Fhairuz

"terbang la bebas, kerana hidup ini adalah pencarian diri. semoga kau berjaya."

aku undur diri dari medan penantian zon merah ini. maaf

16 OGOS 2014 | 20 Syawal 1435 | Sabtu
12:12am terima kasih Fratellanza Habbo Skype Facebook.

Sunday, July 13, 2014

kurma

Bismillah.

tajuk yang agak tipikal di bulan seperti ini.
Alhamdulillah, sudah 15 Ramadhan dan kita masih diberi peluang untuk terus beribadah.

jadi kembali dengan tajuk : kurma. ada apa dengannya?
mentang-mentang bersahur, beriftar, bersnack-time, dan baru selesai baca tentang kurma, jadinya ingin sekali hamba mengaitkan kurma ini seperti sahabat hamba.

kurma itu pelbagai. setakat ini hamba baru berpeluang memakan kurma berwarna coklat kering dan hitam basah. entah apa nama spesifiknya. btw rumete hamba suka akan kurma kering -- ekekeke sebagai nota kaki buat diri.

KURMA = SAHABAT lillahi ta'ala

bila kita berkawan kerana ingin mencari redha dan cinta Allah bersama -- insha'Allah perjalanan hari-hari mu akan terasa indah walaupun sepanjang jalan nanti/ ketika ini bermacam jenis duri batubata kaca di mana-mana. melangkahla dengan nama Tuhan-mu. tidak akan kau dibiar seorang diri. *tepuk dada
All is well -- insha'Allah. Allah ada. Allah ada.

dia sahabatku;
segala teguran 'direct' dan menusuk kalbu sentiasa aku nanti.
dan berkali juga teguran on the spot walaupun bukan secara berdepan, bertubi-tubi menembak diriku -- aku bahagia.

kita mungkin tidak selalu bersama, sependapat, sehaluan, sehati dan sejiwa...tapi, di setiap doa dan harapan aku tetap mengharapkan yang sama. aku ingin bersahabat dengan kalian hingga ke syurga-Nya. aku belum selayaknya mengharap syurga abadi. tidak. kau tahu itu sahabatku. pautla tangan yang hina ini bersama.

Terima kasih -- setulus kata dari hati nfndinjj

maaf kerana banyak waktu aku sering melukai hati kalian, tidak menunjukkan riak wajah yang sesuai, selalu membuat kalian salah tafsir akan diri ini. aku insan yang naif. maafkan aku.

hidupla kalian sentiasa dalam doa -- semoga kasih sayang dan rahmat Allah ada untuk kita semua.

ah, kurma itu manis sekali.

p.s.: sentiasa merindui.

well, enjoy learning!
15Ramadhan1435Hijrah | 13Julai2014 | Ahad : IB

Sunday, July 6, 2014

janggal.

Bismillah. dengan nama Allah, kalam ini tercipta.

sejak hari itu, segala-galanya terasa sangat 'janggal' padaku. hanya lakonan kelas bawahan yang terpaksa aku pamerkan. aku tak kuat kawan, lebih-lebih mengetahui hal tersebut. sehingga saat ini, aku masih berharap -- yang kau sebenarnya sekadar terkena 'culture shock'. cukuplah.

aku menangis dalam tidur. aku sedih teramat sangat. & lebih-lebih lagi takut dengan amanah ini. takut andai kami terlewat atau tersalah langkah dalam misi menyelamatkan diri kau.

tahukah mengapa sampai begini sekali kesannya terhadap diriku?
pertamanya, kerana aku mengagumi kau dalam setiap hal kehebatan bakat kemampuan yang kau tanpa malu mempamerkannya. keduanya, kerana kita adalah keluarga yang terikat dengan kalimah لَا إِلٰهَ إِلَّا الله. ketiganya, kerana kau seorang lelaki !

maaf kawan. aku bukan la aku yang dahulu lagi. pandangan aku terhadap kau telah berubah sebanyak 360darjah.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
tiada daya upaya diri ini, melainkan dengan Allah jua.

"kita kena harunginya. ini adalah ujian buat dia dan kita semua."


):

Sunday, June 29, 2014

aku?

Bismillah.

Ahlan wasahlan Ramadhan. semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, insha'Allah.

pertama sekali, tahniah buat diri kerana kekal cekal menjalani minggu orientasi PISMP ambilan Jun 2014. pergh! kemain penats rasa mental dan fizikal (nampak sangat enda prepare benda ini sebelum balik aibi) apabila lepas balik ke aibi terchenta dengan susun barang dari stor, pagi esoknya mula orientasi yang sepatutnya dua hari... rasa macam oncall sampai jumaatnya & sambung lagi rabu ini. insha'Allah lepas terawih. ok enough merunguts. aku?

aku tahu benda ini bukan apa sangat. tahu faham...tapi aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang sebenar, aku yang menurut perintah. (sheksha saia--mencabar kesabaran yang tipis ini haishh)
apalah sangat yang aku sumbangkan dibandingkan dengan rakan lain yang cutinya disingkatkan, mereka yang pegang amanah lebih berat, & dia yang memegang part ketua. ya, kerana amanah aku masih bertahan.

Allah kan ada (:

aku sebenarnya baru sedar ni hah. terasa seperti baru celik setelah setahun berada di sini. kata adab belajar kita kena hormat guru, tapi aku kenalkah siapa para pensyarah aku ini? walaupun mereka tidak mengajar aku? silap silap masuk lif sama, sebab nampak muda terus anggap senior kakak abang. haha! kalau ikut pengalaman yang muka 'mature' sikit terus aku panggil encik puan padahal senior jak pun. see? this is a big problem. pelajar tidak mengenali cikgunya. jadinya, aku menerima tugasan ini dengan rela hati dengan satu harapan, semoga di akhir nanti aku kenal 136 orang pensyarah-pensyarahku. yang telah bersara, bakal bersara dan freshie-senior year. insha'Allah. moga  Allah redha.

alhamdulillah, pada 24 Jun 2014 yang lalu kami telah menerima seorang rakan kelas baharu -- kak Atika Zain (2Julai1991). maka dengan rasminya adik-beradiks kami telah bertambah 11orang puteri & 10orang putera. kehadiran kak Tika merupakan satu hadiah kepada kami semua. serius cakap, first time jumpa orang yang dari boleh melihat lalu Allah uji dia -- sekarang jari dan telinga dia sahaja menjadi mata. pasti ada hikmah Allah rencanakan semua ini. benda ini membuatkan kami rakan sekelas untuk lebih menghargai setiap nikmat yang dipinjamkan. bila bila masa Allah boleh ambil. kun fayakun. maka jadilah tanpa mampu dihalang. melalui pemerhatian aku -- via cermin mata ini aku melihat kak Tika seorang yang cepat hafal. hari pertama beliau di aras kami, sekali tunjuk ke tandas, biliknya, tempat cuci kain...dengan aibi yang banyak tangga gila ini, esoknya dia boleh buat semua benda tersebut sendiri. kecuali part turun-naik lif, turun-naik tangga la. penyakit beliau mula menyerang mata seratus peratus ketika berumur 20tahun...insha'Allah 2 Julai ini genapla kak Tika 23tahun. jom sama sama doakan kesembuhan, kemudahan & kebaikan buat kak Tika, rakan-rakan yang lain juga.

aku? entahla. adakah aku terlalu penat? terlalu berfikir? sudah dua hari aku mimpi benda sama. dalam mimpi tersebut aku tulis "we love you" kat kertas, tapi dalam kod braille. ahaks, pastu bagi kepada kak Tika.

fuhh~ tarik nafaassss. jadi bahan uji kaji ini kenala high material punya kualiti kan? bah niqolilahhh!
tajdid niat setiap masa tu yellow. lillahi ta'aala.

banyak benda berlaku yang telah kemas tersimpan dalam diari hidup. semoga hari ini lebih baik dari semalam & hari esok lebih baik dari hari ini.

seperti pesanan atas pesanan kak naqibah aku; "kepedulian adalah prasyarat keimanan." nah, mahu jadi baik janganla sorang-sorang. ajak rakan rakan lain. seperti kata kata ohsem anon ini pula; "apa apa yang membawa ke syurga itu CINTA namanya." jadi...dalam masa membina MUSLIM dalam diri, jangan dilupa dia yang di sisi. rumete, classmate, groupmate, kawan lama...etc. May Allah ease our good deeds, insha'Allah

maafla. aku agak unstable sikit bila menulis ini. sepatutnya keluar muntah kuning, ini tercampur rasa macam muntah rainbow pun ada. harap sesiapa yang sudi baca ini fahamla.

Alhamdulillah, aku kuat di sini -- kerana Allah kan ada (: chillax sudah.
tahun ini ambilan aibi aku banyak juga la, dalam seratus lebih -- bandingkan tahun lalu empat puluh dua sahaja. mohon doa yang baik baik sahaja, especially in this Ramadhan Kareem~

~to you,
fi hifzillah always, insha'Allah. welcome to sem 4, soon.

Alhamdulillah, for everything. (:

well, enjoy learning!

Thursday, June 19, 2014

myreview ;

Bismillah.

ada apa dengan novelis HLOVATE? hate-love?
dulu aku seorang kaki novel yang hanya baca genre jiwang-karat-tidak-ingat-dunia. pertama kali mengenali novelis HLOVATE ini sewaktu form 3, daripada seorang kazen yang sama kaki novel -- bezanya dia baca semua genre dengan adil dan saksama. kalau sebelum ini aku sekadar selak dan baca, tapi sekarang sukanya aku dengan karya beliau apabila buat aku berfikir. umpamanya aku turut mengembara ke serata dunia yang dia ceritakan (ceh). titik mula tersebut bila aku baca novel kelima beliau; VERSUS. && mula dari itu la genre jiwang terasa asing sebagai bacaan diri ini.

benda yang aku suka mengenai novelis yang misteri ini (sehingga kini identiti novelis langsung tidak dikenali even jantina pun dia enda reveal -- respect!) adalah tema yang dia bawa. semua novel dia at the end cakap pasal 'hijrah'. mungkin ini satu sebab besar kukuh konkrit mengapa aku rasa 'ngam' dengan karya-karya beliau. dengan bahasa dan olahan yang kena dengan jiwa, peh. terasa aura penulis hidup tiap masa.

novel terbaharu beliau ; ANTHEM (2013) -- terasa macam... penulis menceritakan benda yang aku tak akan cerita kepada orang lain & benda yang aku tengah tuju ini. yeps, macam baca kisah sendiri tapi dari sudut dan perencah berbeza.

ini hanya la yellow'sthoughts. tak akan sama dengan korang punya jendela mata hati akal yang mencerna. ehe
hlovate's fans

hari ini 19hb Jun.
esok 20hb Jun -- Ana sengets & kembarnya Ani punya birthday.
21hb Jun -- my rumate nurheedayahb pula turns to 19th.
22hb Jun, aku akan kembali ke bumi IB -- meninggalkan bayang-bayang aku yang manja & selalu homesick bersama keluarga chenta hati kesayangan hamba.
23hb Jun, bermulanya sesi baharu kami 20adiksberadiks & 22kanak-kanak riangs ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Jun 2014. insha'Allah -- 4 tahun sesi memanusiakan diri sendiri untuk memanusiakan anak sendiri (eh).
jadi 24hb Jun 2014, akan genap la setahun gelaran sebagai pelajar di IB terchenta. cakap pasal anniversary, terus aku teringat lirik lagu oleh senior tahun lalu (abg Apex la ni) :
bangun... bangun...
bangun seniorku...
mari kita, kita pergi kuliah! hoii

..setahun lalu sewaktu minggu pengurusan pelajar baharu, kami si freshie yang jahil dan suci (kononnya sewaktu itu) dengan semangatnya telah menyanyikan lagu tersebut. tepat pukul 7 pagi terpacak di luar kolej kediaman. kahkahkah! bila habis orientasi & setelah habis program persediaan ini, bila fikir balik patut la pun ada sahutan dari tingkat atas & siap ada complain junior buat bising-di-pagi-buta. ekekeke

jadi kita mengharapkan yang baik-baik sahaja. doa yang baik-baik sahaja. macam biasa la, memang diri akan tersangat teramat sungguh sibuk selepas ini. habbo jangan cakap la, bak kata ibu nabs aku itu tempat meroyan dia. aku? taktau & tak janji untuk online atau tidak. lagipun bulan yang dinanti iaitu Ramadhan sedang menghampiri. moga-moga sempat merasai tarbiyah di bulan Ramadhan lagi.

"you can't control your emotion, but you can still control your action."

renung-renungkan, kerana bicara hati lebih mengetahui. (:

selamat kembali ke aipiji sayangs sayangs sekalian!
ihya' Ramadhan.

well, enjoy learning!

Thursday, June 12, 2014

kertas

Bismillah.

tajuk -- kertas apakah? hah kertas kosong yang hamba ingin lakarkan.

perkara ini terlintas tiba-tiba, entah sejak bila. mungkin baru beberapa detik lalu.
suatu hari kecoh seketika mengenai status hamba di dalam grup wassep kelas. pencetusnya biarlah diri hamba sahaja yang tahu.

"...ada tunang."

well, hamba cool sahaja ketika itu (kononnyalaasangat).
hamba tidak menyangka bahawa perkara tersebut berlarutan sehingga ada plan nakal yang dirancang, untuk semester depan (ohIjazahsudahpulakan). hamba akui, plan tersebut yang pada mulanya nampak sangat bijak -- terasa sungguh SS kalau di-go-on nanti (alhamdulillah, cuti ini membuatkan diriku berfikir lebih waras). jadinya, hamba ingin mengingatkan makhluk yang sering dilupakan ini (tuju diri hamba yang lemah), tolong please jangan don't buat do semua benda tersebut all those things yang pada hamba pada saat ini, sangat sangat sangat tidak wajar. hamba ULANG : SS tahudak?

lagipun, soal masa depan yang hamba harapkan -- masih kabur. eventhou it seems real in my dua.

please remind me of this post. #

'kay.

next is, trimas to cantiks & boixiao. whatever happened when im not around -- harap buat fikiran kusut terlerai, emosi tak stabil okei, tanda tanya tanpa jawapan terjawab, keliru menggunung dapat pendapat et ceteras. you guys just deserved it. si pemberi mahupun penerima. i admit, i memang tak waras kalau ada chance untuk share dengan u mengenai benda yang u shared with the others. sebab 'rasa' tersebut ada. mungkin.

soal perlu perbincangan tu, akan tiba juga saatnya. & yakin waktu tersebut akan diketahui juga mana satu alternatif yang lebih afdhal.

rasanya sampai di sini dahulu cerita hati yang perlu dikongsi. esok esok kalau ada, ada la tu.

~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning

DEDIKASI buatmu sahabat :
semusim kita bersama, moga-moga kita kekal beriringan hingga ke Jannah-Nya. terima kasih semua.

ibunab a.k.a Zainab. : seorang kakak yang protective. bahasanya bisa tembus mana-mana hati yang dahagakan 'words of wisdom' dengan indah sekali. -11 Dec

abam abira a.k.a Aviraa : seorang kakak yang penyayang. apa sahaja yang termampu dia layan penuh kasih. -11 May

meyors a.k.a BOIXIAO : seorang sahabat yang gemuk. gemuk dengan rasa hati, gemuk dengan idea & keinginan serta gemuknya sabar yang semoga terus berlemak--obes - 17 May

wans sayam a.k.a cantiks : seorang sahabat yang gagah. perkasanya dia dalam setiap perkara dengan melontar segala rasa tanpa tapis kedua. kalau itu mahunya, itulah. tetapi usah dicanang rasa hatinya, sebab dia tetap wanita biasa - 19 May

ana sengets a.k.a .:MaRiAnA:.. : seorang sahabat yang tabah. banyak ceritanya mengenai kembara jiwa yang gembira, sedih, bahagia & derita. tapi akhirnya dia menang dengan senyuman di wajah buat semua - 20 June

hana a.k.a -Hanaa : seorang sahabat yang aku belum mengenal lebih kerana sekali bertemu itu, adalah yang pertama & harap bukan yang terakhir. aku perlu banyak masa dengan dia, dalam masa singkat ini agar tautan hati benar-benar terpaut - 26 June

akii a.k.a Akimoto-chan : seorang sahabat yang tenang. membuatkan diriku tenang apabila pertama kali mendengar setiap bait kata, pandangan mata, gerak laku & hatinya adalah pusaka segala kebaikan abadi - 18 Sept

lalats sayam a.k.a :.ShaLaLa96.: : seorang sahabat yang aku belum kenal sifatnya tetapi terlebih dahulu jatuh cinta dengannya. terasa dialah adik yang ingin aku megahkan kepada semua. sudinya dia menjadi tempat meluah bermacam kerenah diriku. sungguh aku insan yang bahagia ketika pertama kali berjabat tangan - 29 Nov

& mereka yang suatu hari jika diizinkan ingin aku bertemu mata -- agar aku tahu kau yang di maya hanyalah pantulan bayang yang tersasar sedikit cahaya hingga kabur bentuknya.
nuwins a.k.a floresb : si pencinta kucing - 20 Dec
nuwuls a.k.a Mrs.daisymylove : si macho yang menyokong menyu - 8 June

may Allah Bless us always, insha'Allah.

Selamat kembali ke sekolah, selamat mendapat apa yang diimpikan, selamat sepanjang semester, selamat berpraktikal, selamat menghadapi peperiksaan, selamat berWorldCup2014,
--semoga selamat tiba di bulan Ramadhan al-Mubarak.

fhai a.k.a Fhairuz : seorang yang poyo & pemendam. hati-hati, kerana dia punya muntah kuning yang tidak terjangka! --bukan sekadar habbo biasa - 10 Jan

#23 Jun : semester SATU, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan + Bangsar
#21-25 Julai : PBS di SKTBKMS

well, enjoy learning!

Monday, June 9, 2014

sesi TEROBEK hati kuning

Bismillah.

hari ini gua hanya ingin mengimbas beberapa peristiwa yang telah berlaku ke atas penulis. jadi mohon tabahkan diri sebabnya segala imbasan ini adalah secara spontan, tidak mengikut kronologi dan mengikut mood penulis yang sederhana sahaja ketika ini.

entah ini cubaan ke berapa gua untuk menaip tanpa melibatkan emosi yang melampau. hari sebelum semalam gua ada terdetik untuk berkongsi muntah kuning ini. & semalam gua telah siap sedia dengan jari di atas keyboard untuk mencurahkan pelbagai idea gilos. kerana gua dengan berlagaknya buka banyak tabs untuk mengaplikasikan skill multi-taskings sambil berbelog, berhabbo, bertwitter, beryutiub, apa yang gua dapat hanyalah draf kosong, & emosi gua melambung secara mendadak sehingga gua tidur awal semalam.

imbasan...

beberapa hari lalu, tak sampai seminggu (ketika aku menulis warkah ini) :
mak masuk ke bilikku. ketika itu aku sedang membaca novel ILUSANITI oleh adib zaini untuk round kedua haritu. pergh! memang takda kerja kahkahkah.
macam biasa, sesi kasih-sayang ibu dan the only daughter puns bermula. part yang serius buat aku ingin terkelu tersimpul lidah tersenyum sengets apabila mak tiba-tiba bertanya mengenai khalis (bukan nama sebenar). iyalah, mana pernah seumur hidupku mak tanya tentang seorang lelaki siap dengan nama yang dihafal sekali. kalau 'kawan lelaki' tanpa nama, tu biasalah. mukadimah mak bermula dengan wassep terakhir yang mak hantar kepada beliau, mak kata sehingga hari itu masih tiada balasan. mak turut bertanya adakah khalis ada menghubungiku? aku jawab kami hanya stay-in-contact melalui group wassep Fratellanza.

--borak borak ketawa updates cerita sepanjang ketiadaanku di Sabah borak lagi borak--
"mak, minat dengan suka itu samakah?"
"kenapa? kau suka khalis?"
"mak doakanlah"
ayat selepas apa yang aku ungkapkan itu, ketika ini & saat ini, aku amat yakin mak hanya bergurau. sebab aku tahu harapan mak kepada seorang anak kesayangannya ini. aku minta maaf andai apa yang aku kongsi dengan beberapa insan mengenai pendapatku sebelum ini berkaitan perkara tersebut agak...mengguris hati. aku pun tidak tahu adakah aku bercerita dalam nada gurau, gembira atau sedih ketika itu? jangan risau, ketika ini aku masih waras.
sebelum mak keluar dari bilikku, mak sempat bertanya. "dia pernah bagitahu mak dia tentang apa yang dia wassep mak?." zupp. aku terjeda seketika. aku terdiam beberapa detik. ya, aku pernah tanya soalan ini, & sampai sekarang aku sendiri tidak tahu jawapannya. ada atau tiada, yang penting aku jawab kepada mak, "fatin pun tidak tahu mak." baiklah. begitulah imbasan serba serbi yang gua ingat. sangat ingat. anyway, keep me update mak! ehe

SEMALAM | 09.06.2014
gua main habbo menggunakan laptop merah ini buat pertama kalinya sejak menjejakkan kaki ke Sabah. kahkahkah! perancangan awal hanya nak update belog sebab gua suka menaip menggunakan laptop ini. kerana hilang fokus, benda lain gua layan dalam masa sama. oh yeah, gua siap twt mengenai friendzoned.
mengenai 'friendzoned', jujur gua cakap sama lu...sejak masuk IB semua orang gua 'friendzoned'kan. lebih-lebih classmates gua yang putra itu. jadi, perlu gua explain lagi? sehansem sechantek semenawan manapun, gua pegang dengan janji gua. not from my IB. ceh poyo gila.
hah pasal habbo, gua masuk kem dan dalam tu ada ami & intan. cilakers sungguh gua rasa bila sesi tukar pendapat, buka cerita hati & etcs antara boixiao & ..:MaRiAnA:. diulas oleh si pemerhati tegar ini. siapa lagi kalau bukan ami @hillbilly. aku rasa dia ini tahap observe tinggi gila sikit daripada gua. aku memula borak kosong dengan brader tu, pastu entahapa dia merepek kerepek beberapa minit baru gua perasan. rupanya dia tengah fokus kat hujung skrin. aku mengecil, mengecil dan semakin mengecil dalam kem tu. cis! sorry not sorry, aku upah xiera suruh ubah topik. kehkehkeh walaupun dia tak berjaya ubah topik, at least dia berjaya buat chats tu naik atas dengan cepat. sampai budak ami tu cakap susah nak scrolls chat history >;)

em aku tahu salah aku post twt tak tuju sesiapa, macam twt twt kau itu. aku terasa kau terasa. keshah pula kan? haish pebenda lahai. aku tak marah tentang apa kau buat semalam. just put the blame on me and shut up could you? instead of "demm" on me, tanya elok-elok sudahlah. aku kawan kau, aku minat kau...so? masih tidak boleh buka topik yang kau boleh share dengan orang lain itu dengan aku?
oh yeah, sepanjang si ami mengulas mengulang apa yang korang borakkan, aku afk. mengelak untuk mengubah rasa aman hendak menaip sewaktu itu. but yeah, its a fail. thanks to you, ami ada idea baharu untuk kenakan aku kelak. =..= boixiao, ana, ami, intan. why la korang online semalam. *why la gua online semalam??!!*

kahkahkah. harap engkorang baca part atas ini dengan nada sempoi. gua tak marah. rileks sudah. begitulah sedikit ketidakpuasan hati gua yang lenyap bila gua tidur.

imbas imbas imbas...
gua ada satu power yang gua tidak tahu mana datangnya. the power of BELIEVE. keyakinan gua adalah maha mega bila kepercayaan gua semuanya gua serah pada DIA. pernah terjadi, gua sendiri hampir putus asa tetapi berbekalkan keyakinan itulah...gua kekal chillax, bersahaja & cool kononnya la. kadang kadang dalam suasana panik bersama adikberadiks pompuan gua, segala kepanikan tersebut terpantul jauh daripada gua. gua harap, power ini kekal & mampu menenangkan orang orang yang melekat dekat dengan gua. i can't help much. sorry!

lawan bagi power gua ini adalah, gua sucks dalam bab memujuk. serius cakap, untuk hanya senyum ketika orang tersebut memerlukan senyuman agar dia terpujuk pun gua tak pandai. its like the bad side of me is controlling. ceh! pendek kata, hampir semua situasi memujuk yang gua wujud dalamnya gagal seratas peratas. walaupun ketika ini gua dalam proses menguasai skil memujuk, banyak masa gua tetap putus asa. haish why la? padahal kalau mahu minta pujuk ada ja rasa 'mahu'. bila mahu memujuk tiada pula 'rasa' itu. bukankah memberi lebih baik daripada menerima? part of me that need to be fix, a.s.a.p.

hari ini, 11 Sya'aban 1435H. ada lagi 13hari para guru pelatih akan bercuti. oh ada yang bertugas untuk #KonvoIPGM 2014 di IB. selamat, selamat & selamat buat semua. salam imtihan juga buat para pejuang sekalian yang sedang dan akan bertempur di medan periksa medan dunia medan jihad, semoga memperoleh kejayaan!

gua hanyalah secebis daripada memori kalian yang mengenali gua zahirnya. gua memohon maaf andai segala yang gua kongsi sebelum ini di mana mana platform, telah memberi tanda hitam pahit dan tidak menyenangkan. banyak lagi sisi cela gua yang Allah S.W.T. sembunyikan. that, i know.
gua ada satu tagline yang gua pegang sejak awal lagi. single & not available. rasa rasa kalau gua hanya main main dengan tagline tersebut apa jadi agaknya ketika ini? nah endapayah jawab.
biarlah engkorang tahu, bilamana kita telah mensasarkan target---semua impian usaha cita-cita akan menjurus kepada itu. lepaskan segalanya kepada DIA, kita usaha part kita memasing dahulu. gua percaya, tiada yang sia-sia keranaNYA dengan izin Allah S.W.T. jua.

perlukah kau risau selama mana aku bertahan? aku tidak sekejam novel fixi dan drama meleis yang entahapa flip cerita realiti jadi kartun. usah letak percaya kepada diriku. percaya DIA. DIA tempat segala-galanya. chill

p.s.: setelah warkah ini gua publish, semua rasa enda sedap semalam turut hilang. tahniah, trimas---sudi baca. salam cuti sekolah yang tinggal seminggu lagi Malaysia! ehe

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...