Saturday, January 11, 2014

Januari ini (:

Bismillah.

5 Januari 2014 | Ahad | 6pm

Syukur Alhamdulillah, atas segala kesempatan yang dimiliki di hari berbahagia ini.
Ke shopping mall sesudah zuhur, balik sesudah asar. Alhamdulillah, berpeluang meluangkan masa berusrah bersama kakak-kakak seniors terchenta bersama adik-beradik gegerls PPISMP Sem 2 walau penat masih bersisa ketika itu (:
Kak Nisrin, Kak Aini, Kak Mira, Kak Nuha, Kak Dila, Kak Nazra – Sem 7, tahun terakhir mereka di IB!
Kak Aisyah dan Kak Nisa yang comels, dan sahabat-sahabatku yang disayangi kerana Allah SWT. Semoga tautan hati ini berkekalan buat selamanya.
“Hati manusia Allah yang pegang”
“Kalau ada hati yang berubah, jujurlah. Kalau kau mahu pergi puns bolehs. Aku? mhm”
“et ceteras”

9.30pm | BP308
Perjumpaan kasih sayang bersama Kak Zahra pula. Alhamdulillah, dalam terasa sangat penat dan mengantuk tapi Allah masih mengizinkan kami adik-beradik muslimah PPISMP Sem 2 berkumpul bersama bagi melunas rindu! Ya la, sebulan lebih terpisah jasad eheh. Perkongsian hati-ke-hati mengenai azzam baharu & pengalaman sewaktu bercuti sahaja.

*maaf sekali lagi sahabat, ketika SE k530i aku berdering kami sedang berada di bulatan gembira ..dan amat tidak manis bagi diriku, apatah lagi dirimu kalau ruang suci antara kita tercemar. Maaf kerana membuatmu risau. Maaf sahabat.
Sungguh aku bersyukur kerana takdir Allah, kerana kasihnya DIA kepada kita; inshaa Allah hubungan ini masih terjaga, terhindar daripada sekecil hingga sebesar-besar ruang untuk membusukkan rasa cinta ini dengan noda maksiat. Semoga Allah redha.
Izinkan diriku berehat sebentar daripada lelah yang kucipta sendiri. Bukan bermaksud ingin melibatkan kau sama, tidak sahabat. Tidak sanggup rasanya untuk membuatmu sakit atas tindakan diriku.

6 Januari 2014 | Selasa

Bermula sesi kuliah di semester dua! Alhamdulillah, sungguh bertuah terasa kerana subjek major; tiga kursus kali ini dipegang oleh tiga orang pensyarah yang hebat sekali. Semoga semangat juang dalam diri ini tetap teguh dan bertambah lagi bersama mereka, inshaa Allah!
Perhimpunan pagi; 8am-9am, kelas Dr. Sabri; 9.30am-11.30, kelas Pn. Raja; 11.30am-1.30pm & kelas Pn. Hapsah; 2.30pm-4.30pm
Fuhh~
Selingan seketika, memetik kata-kata seorang pensyarah di dalam kelas sebentar tadi, aku sentap sendiri. Astaghfirullah! Maafkan aku sahabat.
“benda yang nampak kecil kepada kita, mungkin amat besar kepada mereka” ..ya, konsepnya untuk murid di sekolah. Tapi, aku terdetik untuk berfikir kembali mengenai makna di sebalik ayat tersebut. Sungguh, rasa bersalah bersarang di hati ini. Tapi siapa aku sahabat? Aku tidak layak untuk dijadikan harap. Walau sesungguhnya aku lebih-lebih lagi mengharapkan kau.

In the name of Allah, I have placed my trust in Allah. Inshaa Allah

7 Januari 2014 | Selasa

Pagiku kosong~ kosong~ kosong~ berpagi-pagian 8am-11am tanpa pensyarah; semestinya dua kelas harus diganti selepas ini. Alhamdulillah, kesempatan diambil dengan refresh balik bagi yang tahu & memperkenalkan kepada yang lainnya mengenai huruf-huruf jawi (sesi saya-kau-kita-semua)~ Dr. Sabri// abah kata inshaaAllah masuk bulan Februari kitaorang akan masuk bab jawi. Jadinya, kena pulun lani bab rumi secepat dan sefahamnya. (: moga dipermudahkan-NYA.
Alhamdulillah. Hasrat tersimpan, akhirnya dapat diluahkan. Mulanya menghadapi sedikit masalah sebab Note-LIFE tanpa sim aku buat hal, terlalu tenat agaknya. Ihiks
Terima kasih sahabat ((:

8 Januari 2014 | Rabu

Kuliah bersama pn. Hapsah~ Morfologi Bahasa Melayu giteuww. Hah kelas beliau memang awesome la dari awal hingga akhir. Sebabnya beliau seorang yang mesra pelajar, dengan pengalaman mengajar budak form5, semua benda yang diteka tepat dan kena belaka. Hee
Sekali lagi, satu kuliah kena ganti di hari lain. Statistik asas. Apalagi, ambil peluang bersarapan dan bergegas untuk Pendidikan Islam/Moral pula tengah harinya. Ya Allah, mengantuk sangat..syukurla ustazah hanya bagitau proforma dan kupas sikit bab ringan. 3jam kot.

Alhamdulillah, kelasku berjaya menghantar dua orang calon JPP 2014/2015; seorang lelaki dengan rela dan seorang perempuan dengan undian. Moga dipermudahkan! Berita gembira di akhir pilihanraya kampus IB kelak, inshaaAllah amin.
Sesudah Isyak, mesyuarat AJK Surau, AJK KRI & adik-beradik sem 2 pula. Siap tepat angka sebelas.
inshaaAllah, pelbagai program akan dilaksanakan dalam bulan Januari ini. ((: may Allah ease
Alhamdulillah lagi dan lagi, tahniah & takziah buat diriku. Mendapat amanah menjadi penolong ketua aras untuk tahun ini hihoks. Terima kasih kepada kakak senior, entah siapa agaknya dia yang mencalonkan diriku. Mesyuarat kami bertindan dengan perjumpaan aras, huu sedih kejap sebab tidak dapat merasa suasana perlantikan AJK aras dengan kakak-kakak seniors ni lebih-lebih mereka dah la sem 7. Sabarla hati~ mengantuk tahap mega.

9 Januari 2014 | Khamis

8am-9.30am; pn. Raja (Wacana Penulisan), 9.30am-10am; rehat, 10am-10.50am; Ujian Rintis (UKCG) 11am-11.30; tutorial mentor bersama abah, 11.30am-3pm; cik Hamidah (BM kontekstual)
2jam kuliah, sejam tutorial. Fuhh~ sesi pembentangan hah baru perasan slang negeri memasing tu macam mana pekat gila. Syukur alhamdulillah, pensyarah kitaorang kata; biar salah di dalam kelas, jangan ajar salah di luar sana. Nah, jadinya lima kumpulan yang membentang setiap ahlinya ditegur la untuk baiki apa. Hee
Nampaknya pemerhatian membuktikan perkataan ‘ok’ dan ‘so’ selalu mengganggu prestasi kami. Adess hahaha. Lagi satu, kena neutralkan slang pekat ini. Huhh volevaqoloqo

10 Januari 2014 | Jumaat

12.01am. Terima mesej daripada seorang rakan, nun jauh di Sabah. (: terima kasih
Mulanya aku masuk ke bilik kawan, entah gula apa yang aktif di dalam tubuh buat aku semacam hyper sikit bercerita. Pastu entah apa mereka borakkan, aku terus blah masuk bilik sendiri untuk menyiapkan kerja scan-print untuk kegunaan pagi nanti. On habbo kejap, ah good timing betul la disconnected jadi kerja pun boleh selesai cepat dengan fokus kan. Eceh
Beberapa minit kemudian, aku rasa pelik. Ke mana suara-suara yang tadinya galak bercerita? Suasana sunyi tiba-tiba, hanya ada aku, bunyi kipas dan bunyi printer. Aku agak fokus barangkali sebab bila sedar-sedar ja kak long syiqin, wenwen wenti & poyo’ frexcia telah selamat berdiri di tepi dan belakangku. Huargh~ mak! Mereka buli itew! Sambil penderaan tu mereka nyanyi sekali..bajet tough sia. I’m touched. Thanks sahabat-sahabat, kakak & adikku, classmate, groupmate, segala jenis mate. Sayang kamurang bah!
8am-9am; perjumpaan rumah sukan. Pahlawan...juara! (tema warna adalah merah). Hasilnya, jadual latihan adalah selasa & khamis pukul 4.30-6.30 . pheww, habis kelas terus turun latihan. >:] takpa ini cabaran pertamaku! Inikalilah! Kejohanan sukan trek & padang IB akan berlangsung pada 6 Mac, jadi kena la bersedia awal. ihiks
9am-11am; pn. Sabariah Yaakub, asal Perak & lahir pada 12.12 hah

Alhamdulillah, sungguh aku bersyukur ya Allah. Baru minggu pertama, kelas pertama/kedua, jumpa berkali ..ternyata pensyarah-pensyarah ku hebat, sporting, mesra pelajar & paling penting tak bosan ketiduran. Ihiks
Begitu la cerita, ringkasan mungkin mengenai apa yang telah berlaku selama seminggu ini.
Dan betul la kalau kita baik dengan orang, orang pun layan baik kat kita. Jika sebaliknya? Bersabarla..
Jangan jadi seseorang yang membina limit sabarnya sendiri, sebab sabar tiada limitnya. Dari kau seja bah tu.

Sekian, laporan daripada saya
Sengets


Well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...