Sunday, February 9, 2014

Februari ini;

Bismillah.

9 Februari 2014 | Ahad

*pandang reminder dekat dinding*

Tarikh hantar esaimens : 17, 20 Mac. Sekaligus. 8 semuanya.

Procrastination is the thief of time!
Sungguh lemah diri ini apabila penyakit malas perlahan-lahan membunuh sel sel rajin yang kuseru tiap hari, tiap doa pada-MU.

Aktiviti padat, bukan alasan.
Kepenatan amat, bukan alasan.

Ayuh diriku, pacuh semangat mu, kau tidak akan rugi sedetik pun untuk merasa kelelahan itu ini untuk melangsamkan segala tugasan yang diberi, sebelum tarikh penghantaran, sebelum cuti suka-suki.
Yang penting dan utama semestinya NIAT. Semoga niat membawaku ke jalan yang diRedhai-NYA. Bak kata akak senior, “mulakan dengan tawakkal, akhiri dengan tawakkal dik”. Jadi apa lagi? Kita tengok pada usaha, bukan hasilnnya. Kalau mulapun tidak, apa usaha yang kau ingin bentangkan? Apa usaha yang ingin dinilai?

Nah muntah kuning untuk diri sendiri.. sedar-sedar nanti, 21 Mac sudah.

Ah, penangan lagu roomate yang dimainkan tiap pagi ..boleh gua terhafal sat lagi.
Doa Seorang Kekasih nyanyian Inteam. Pergh, tiap kali dengar tu la gerenti gua tacing dalam hati. Ha-ha-ha ketawa sebijik-sebijik satu kali sama diri. Tu la denied lagi tentang rasa sendiri. Tapi apakan daya, upayaku hanya pada doa. Doa doa dan mohon doa. (: segalanya indah pada waktunya, inshaAllah.

Yukk! Fokus kembali.

Stop. Work now!

Semoga Allah Redha!


Well, enjoy learning.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...