Sunday, June 29, 2014

aku?

Bismillah.

Ahlan wasahlan Ramadhan. semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, insha'Allah.

pertama sekali, tahniah buat diri kerana kekal cekal menjalani minggu orientasi PISMP ambilan Jun 2014. pergh! kemain penats rasa mental dan fizikal (nampak sangat enda prepare benda ini sebelum balik aibi) apabila lepas balik ke aibi terchenta dengan susun barang dari stor, pagi esoknya mula orientasi yang sepatutnya dua hari... rasa macam oncall sampai jumaatnya & sambung lagi rabu ini. insha'Allah lepas terawih. ok enough merunguts. aku?

aku tahu benda ini bukan apa sangat. tahu faham...tapi aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang sebenar, aku yang menurut perintah. (sheksha saia--mencabar kesabaran yang tipis ini haishh)
apalah sangat yang aku sumbangkan dibandingkan dengan rakan lain yang cutinya disingkatkan, mereka yang pegang amanah lebih berat, & dia yang memegang part ketua. ya, kerana amanah aku masih bertahan.

Allah kan ada (:

aku sebenarnya baru sedar ni hah. terasa seperti baru celik setelah setahun berada di sini. kata adab belajar kita kena hormat guru, tapi aku kenalkah siapa para pensyarah aku ini? walaupun mereka tidak mengajar aku? silap silap masuk lif sama, sebab nampak muda terus anggap senior kakak abang. haha! kalau ikut pengalaman yang muka 'mature' sikit terus aku panggil encik puan padahal senior jak pun. see? this is a big problem. pelajar tidak mengenali cikgunya. jadinya, aku menerima tugasan ini dengan rela hati dengan satu harapan, semoga di akhir nanti aku kenal 136 orang pensyarah-pensyarahku. yang telah bersara, bakal bersara dan freshie-senior year. insha'Allah. moga  Allah redha.

alhamdulillah, pada 24 Jun 2014 yang lalu kami telah menerima seorang rakan kelas baharu -- kak Atika Zain (2Julai1991). maka dengan rasminya adik-beradiks kami telah bertambah 11orang puteri & 10orang putera. kehadiran kak Tika merupakan satu hadiah kepada kami semua. serius cakap, first time jumpa orang yang dari boleh melihat lalu Allah uji dia -- sekarang jari dan telinga dia sahaja menjadi mata. pasti ada hikmah Allah rencanakan semua ini. benda ini membuatkan kami rakan sekelas untuk lebih menghargai setiap nikmat yang dipinjamkan. bila bila masa Allah boleh ambil. kun fayakun. maka jadilah tanpa mampu dihalang. melalui pemerhatian aku -- via cermin mata ini aku melihat kak Tika seorang yang cepat hafal. hari pertama beliau di aras kami, sekali tunjuk ke tandas, biliknya, tempat cuci kain...dengan aibi yang banyak tangga gila ini, esoknya dia boleh buat semua benda tersebut sendiri. kecuali part turun-naik lif, turun-naik tangga la. penyakit beliau mula menyerang mata seratus peratus ketika berumur 20tahun...insha'Allah 2 Julai ini genapla kak Tika 23tahun. jom sama sama doakan kesembuhan, kemudahan & kebaikan buat kak Tika, rakan-rakan yang lain juga.

aku? entahla. adakah aku terlalu penat? terlalu berfikir? sudah dua hari aku mimpi benda sama. dalam mimpi tersebut aku tulis "we love you" kat kertas, tapi dalam kod braille. ahaks, pastu bagi kepada kak Tika.

fuhh~ tarik nafaassss. jadi bahan uji kaji ini kenala high material punya kualiti kan? bah niqolilahhh!
tajdid niat setiap masa tu yellow. lillahi ta'aala.

banyak benda berlaku yang telah kemas tersimpan dalam diari hidup. semoga hari ini lebih baik dari semalam & hari esok lebih baik dari hari ini.

seperti pesanan atas pesanan kak naqibah aku; "kepedulian adalah prasyarat keimanan." nah, mahu jadi baik janganla sorang-sorang. ajak rakan rakan lain. seperti kata kata ohsem anon ini pula; "apa apa yang membawa ke syurga itu CINTA namanya." jadi...dalam masa membina MUSLIM dalam diri, jangan dilupa dia yang di sisi. rumete, classmate, groupmate, kawan lama...etc. May Allah ease our good deeds, insha'Allah

maafla. aku agak unstable sikit bila menulis ini. sepatutnya keluar muntah kuning, ini tercampur rasa macam muntah rainbow pun ada. harap sesiapa yang sudi baca ini fahamla.

Alhamdulillah, aku kuat di sini -- kerana Allah kan ada (: chillax sudah.
tahun ini ambilan aibi aku banyak juga la, dalam seratus lebih -- bandingkan tahun lalu empat puluh dua sahaja. mohon doa yang baik baik sahaja, especially in this Ramadhan Kareem~

~to you,
fi hifzillah always, insha'Allah. welcome to sem 4, soon.

Alhamdulillah, for everything. (:

well, enjoy learning!

Thursday, June 19, 2014

myreview ;

Bismillah.

ada apa dengan novelis HLOVATE? hate-love?
dulu aku seorang kaki novel yang hanya baca genre jiwang-karat-tidak-ingat-dunia. pertama kali mengenali novelis HLOVATE ini sewaktu form 3, daripada seorang kazen yang sama kaki novel -- bezanya dia baca semua genre dengan adil dan saksama. kalau sebelum ini aku sekadar selak dan baca, tapi sekarang sukanya aku dengan karya beliau apabila buat aku berfikir. umpamanya aku turut mengembara ke serata dunia yang dia ceritakan (ceh). titik mula tersebut bila aku baca novel kelima beliau; VERSUS. && mula dari itu la genre jiwang terasa asing sebagai bacaan diri ini.

benda yang aku suka mengenai novelis yang misteri ini (sehingga kini identiti novelis langsung tidak dikenali even jantina pun dia enda reveal -- respect!) adalah tema yang dia bawa. semua novel dia at the end cakap pasal 'hijrah'. mungkin ini satu sebab besar kukuh konkrit mengapa aku rasa 'ngam' dengan karya-karya beliau. dengan bahasa dan olahan yang kena dengan jiwa, peh. terasa aura penulis hidup tiap masa.

novel terbaharu beliau ; ANTHEM (2013) -- terasa macam... penulis menceritakan benda yang aku tak akan cerita kepada orang lain & benda yang aku tengah tuju ini. yeps, macam baca kisah sendiri tapi dari sudut dan perencah berbeza.

ini hanya la yellow'sthoughts. tak akan sama dengan korang punya jendela mata hati akal yang mencerna. ehe
hlovate's fans

hari ini 19hb Jun.
esok 20hb Jun -- Ana sengets & kembarnya Ani punya birthday.
21hb Jun -- my rumate nurheedayahb pula turns to 19th.
22hb Jun, aku akan kembali ke bumi IB -- meninggalkan bayang-bayang aku yang manja & selalu homesick bersama keluarga chenta hati kesayangan hamba.
23hb Jun, bermulanya sesi baharu kami 20adiksberadiks & 22kanak-kanak riangs ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Jun 2014. insha'Allah -- 4 tahun sesi memanusiakan diri sendiri untuk memanusiakan anak sendiri (eh).
jadi 24hb Jun 2014, akan genap la setahun gelaran sebagai pelajar di IB terchenta. cakap pasal anniversary, terus aku teringat lirik lagu oleh senior tahun lalu (abg Apex la ni) :
bangun... bangun...
bangun seniorku...
mari kita, kita pergi kuliah! hoii

..setahun lalu sewaktu minggu pengurusan pelajar baharu, kami si freshie yang jahil dan suci (kononnya sewaktu itu) dengan semangatnya telah menyanyikan lagu tersebut. tepat pukul 7 pagi terpacak di luar kolej kediaman. kahkahkah! bila habis orientasi & setelah habis program persediaan ini, bila fikir balik patut la pun ada sahutan dari tingkat atas & siap ada complain junior buat bising-di-pagi-buta. ekekeke

jadi kita mengharapkan yang baik-baik sahaja. doa yang baik-baik sahaja. macam biasa la, memang diri akan tersangat teramat sungguh sibuk selepas ini. habbo jangan cakap la, bak kata ibu nabs aku itu tempat meroyan dia. aku? taktau & tak janji untuk online atau tidak. lagipun bulan yang dinanti iaitu Ramadhan sedang menghampiri. moga-moga sempat merasai tarbiyah di bulan Ramadhan lagi.

"you can't control your emotion, but you can still control your action."

renung-renungkan, kerana bicara hati lebih mengetahui. (:

selamat kembali ke aipiji sayangs sayangs sekalian!
ihya' Ramadhan.

well, enjoy learning!

Thursday, June 12, 2014

kertas

Bismillah.

tajuk -- kertas apakah? hah kertas kosong yang hamba ingin lakarkan.

perkara ini terlintas tiba-tiba, entah sejak bila. mungkin baru beberapa detik lalu.
suatu hari kecoh seketika mengenai status hamba di dalam grup wassep kelas. pencetusnya biarlah diri hamba sahaja yang tahu.

"...ada tunang."

well, hamba cool sahaja ketika itu (kononnyalaasangat).
hamba tidak menyangka bahawa perkara tersebut berlarutan sehingga ada plan nakal yang dirancang, untuk semester depan (ohIjazahsudahpulakan). hamba akui, plan tersebut yang pada mulanya nampak sangat bijak -- terasa sungguh SS kalau di-go-on nanti (alhamdulillah, cuti ini membuatkan diriku berfikir lebih waras). jadinya, hamba ingin mengingatkan makhluk yang sering dilupakan ini (tuju diri hamba yang lemah), tolong please jangan don't buat do semua benda tersebut all those things yang pada hamba pada saat ini, sangat sangat sangat tidak wajar. hamba ULANG : SS tahudak?

lagipun, soal masa depan yang hamba harapkan -- masih kabur. eventhou it seems real in my dua.

please remind me of this post. #

'kay.

next is, trimas to cantiks & boixiao. whatever happened when im not around -- harap buat fikiran kusut terlerai, emosi tak stabil okei, tanda tanya tanpa jawapan terjawab, keliru menggunung dapat pendapat et ceteras. you guys just deserved it. si pemberi mahupun penerima. i admit, i memang tak waras kalau ada chance untuk share dengan u mengenai benda yang u shared with the others. sebab 'rasa' tersebut ada. mungkin.

soal perlu perbincangan tu, akan tiba juga saatnya. & yakin waktu tersebut akan diketahui juga mana satu alternatif yang lebih afdhal.

rasanya sampai di sini dahulu cerita hati yang perlu dikongsi. esok esok kalau ada, ada la tu.

~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning
~iklan kaler kuning

DEDIKASI buatmu sahabat :
semusim kita bersama, moga-moga kita kekal beriringan hingga ke Jannah-Nya. terima kasih semua.

ibunab a.k.a Zainab. : seorang kakak yang protective. bahasanya bisa tembus mana-mana hati yang dahagakan 'words of wisdom' dengan indah sekali. -11 Dec

abam abira a.k.a Aviraa : seorang kakak yang penyayang. apa sahaja yang termampu dia layan penuh kasih. -11 May

meyors a.k.a BOIXIAO : seorang sahabat yang gemuk. gemuk dengan rasa hati, gemuk dengan idea & keinginan serta gemuknya sabar yang semoga terus berlemak--obes - 17 May

wans sayam a.k.a cantiks : seorang sahabat yang gagah. perkasanya dia dalam setiap perkara dengan melontar segala rasa tanpa tapis kedua. kalau itu mahunya, itulah. tetapi usah dicanang rasa hatinya, sebab dia tetap wanita biasa - 19 May

ana sengets a.k.a .:MaRiAnA:.. : seorang sahabat yang tabah. banyak ceritanya mengenai kembara jiwa yang gembira, sedih, bahagia & derita. tapi akhirnya dia menang dengan senyuman di wajah buat semua - 20 June

hana a.k.a -Hanaa : seorang sahabat yang aku belum mengenal lebih kerana sekali bertemu itu, adalah yang pertama & harap bukan yang terakhir. aku perlu banyak masa dengan dia, dalam masa singkat ini agar tautan hati benar-benar terpaut - 26 June

akii a.k.a Akimoto-chan : seorang sahabat yang tenang. membuatkan diriku tenang apabila pertama kali mendengar setiap bait kata, pandangan mata, gerak laku & hatinya adalah pusaka segala kebaikan abadi - 18 Sept

lalats sayam a.k.a :.ShaLaLa96.: : seorang sahabat yang aku belum kenal sifatnya tetapi terlebih dahulu jatuh cinta dengannya. terasa dialah adik yang ingin aku megahkan kepada semua. sudinya dia menjadi tempat meluah bermacam kerenah diriku. sungguh aku insan yang bahagia ketika pertama kali berjabat tangan - 29 Nov

& mereka yang suatu hari jika diizinkan ingin aku bertemu mata -- agar aku tahu kau yang di maya hanyalah pantulan bayang yang tersasar sedikit cahaya hingga kabur bentuknya.
nuwins a.k.a floresb : si pencinta kucing - 20 Dec
nuwuls a.k.a Mrs.daisymylove : si macho yang menyokong menyu - 8 June

may Allah Bless us always, insha'Allah.

Selamat kembali ke sekolah, selamat mendapat apa yang diimpikan, selamat sepanjang semester, selamat berpraktikal, selamat menghadapi peperiksaan, selamat berWorldCup2014,
--semoga selamat tiba di bulan Ramadhan al-Mubarak.

fhai a.k.a Fhairuz : seorang yang poyo & pemendam. hati-hati, kerana dia punya muntah kuning yang tidak terjangka! --bukan sekadar habbo biasa - 10 Jan

#23 Jun : semester SATU, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan + Bangsar
#21-25 Julai : PBS di SKTBKMS

well, enjoy learning!

Monday, June 9, 2014

sesi TEROBEK hati kuning

Bismillah.

hari ini gua hanya ingin mengimbas beberapa peristiwa yang telah berlaku ke atas penulis. jadi mohon tabahkan diri sebabnya segala imbasan ini adalah secara spontan, tidak mengikut kronologi dan mengikut mood penulis yang sederhana sahaja ketika ini.

entah ini cubaan ke berapa gua untuk menaip tanpa melibatkan emosi yang melampau. hari sebelum semalam gua ada terdetik untuk berkongsi muntah kuning ini. & semalam gua telah siap sedia dengan jari di atas keyboard untuk mencurahkan pelbagai idea gilos. kerana gua dengan berlagaknya buka banyak tabs untuk mengaplikasikan skill multi-taskings sambil berbelog, berhabbo, bertwitter, beryutiub, apa yang gua dapat hanyalah draf kosong, & emosi gua melambung secara mendadak sehingga gua tidur awal semalam.

imbasan...

beberapa hari lalu, tak sampai seminggu (ketika aku menulis warkah ini) :
mak masuk ke bilikku. ketika itu aku sedang membaca novel ILUSANITI oleh adib zaini untuk round kedua haritu. pergh! memang takda kerja kahkahkah.
macam biasa, sesi kasih-sayang ibu dan the only daughter puns bermula. part yang serius buat aku ingin terkelu tersimpul lidah tersenyum sengets apabila mak tiba-tiba bertanya mengenai khalis (bukan nama sebenar). iyalah, mana pernah seumur hidupku mak tanya tentang seorang lelaki siap dengan nama yang dihafal sekali. kalau 'kawan lelaki' tanpa nama, tu biasalah. mukadimah mak bermula dengan wassep terakhir yang mak hantar kepada beliau, mak kata sehingga hari itu masih tiada balasan. mak turut bertanya adakah khalis ada menghubungiku? aku jawab kami hanya stay-in-contact melalui group wassep Fratellanza.

--borak borak ketawa updates cerita sepanjang ketiadaanku di Sabah borak lagi borak--
"mak, minat dengan suka itu samakah?"
"kenapa? kau suka khalis?"
"mak doakanlah"
ayat selepas apa yang aku ungkapkan itu, ketika ini & saat ini, aku amat yakin mak hanya bergurau. sebab aku tahu harapan mak kepada seorang anak kesayangannya ini. aku minta maaf andai apa yang aku kongsi dengan beberapa insan mengenai pendapatku sebelum ini berkaitan perkara tersebut agak...mengguris hati. aku pun tidak tahu adakah aku bercerita dalam nada gurau, gembira atau sedih ketika itu? jangan risau, ketika ini aku masih waras.
sebelum mak keluar dari bilikku, mak sempat bertanya. "dia pernah bagitahu mak dia tentang apa yang dia wassep mak?." zupp. aku terjeda seketika. aku terdiam beberapa detik. ya, aku pernah tanya soalan ini, & sampai sekarang aku sendiri tidak tahu jawapannya. ada atau tiada, yang penting aku jawab kepada mak, "fatin pun tidak tahu mak." baiklah. begitulah imbasan serba serbi yang gua ingat. sangat ingat. anyway, keep me update mak! ehe

SEMALAM | 09.06.2014
gua main habbo menggunakan laptop merah ini buat pertama kalinya sejak menjejakkan kaki ke Sabah. kahkahkah! perancangan awal hanya nak update belog sebab gua suka menaip menggunakan laptop ini. kerana hilang fokus, benda lain gua layan dalam masa sama. oh yeah, gua siap twt mengenai friendzoned.
mengenai 'friendzoned', jujur gua cakap sama lu...sejak masuk IB semua orang gua 'friendzoned'kan. lebih-lebih classmates gua yang putra itu. jadi, perlu gua explain lagi? sehansem sechantek semenawan manapun, gua pegang dengan janji gua. not from my IB. ceh poyo gila.
hah pasal habbo, gua masuk kem dan dalam tu ada ami & intan. cilakers sungguh gua rasa bila sesi tukar pendapat, buka cerita hati & etcs antara boixiao & ..:MaRiAnA:. diulas oleh si pemerhati tegar ini. siapa lagi kalau bukan ami @hillbilly. aku rasa dia ini tahap observe tinggi gila sikit daripada gua. aku memula borak kosong dengan brader tu, pastu entahapa dia merepek kerepek beberapa minit baru gua perasan. rupanya dia tengah fokus kat hujung skrin. aku mengecil, mengecil dan semakin mengecil dalam kem tu. cis! sorry not sorry, aku upah xiera suruh ubah topik. kehkehkeh walaupun dia tak berjaya ubah topik, at least dia berjaya buat chats tu naik atas dengan cepat. sampai budak ami tu cakap susah nak scrolls chat history >;)

em aku tahu salah aku post twt tak tuju sesiapa, macam twt twt kau itu. aku terasa kau terasa. keshah pula kan? haish pebenda lahai. aku tak marah tentang apa kau buat semalam. just put the blame on me and shut up could you? instead of "demm" on me, tanya elok-elok sudahlah. aku kawan kau, aku minat kau...so? masih tidak boleh buka topik yang kau boleh share dengan orang lain itu dengan aku?
oh yeah, sepanjang si ami mengulas mengulang apa yang korang borakkan, aku afk. mengelak untuk mengubah rasa aman hendak menaip sewaktu itu. but yeah, its a fail. thanks to you, ami ada idea baharu untuk kenakan aku kelak. =..= boixiao, ana, ami, intan. why la korang online semalam. *why la gua online semalam??!!*

kahkahkah. harap engkorang baca part atas ini dengan nada sempoi. gua tak marah. rileks sudah. begitulah sedikit ketidakpuasan hati gua yang lenyap bila gua tidur.

imbas imbas imbas...
gua ada satu power yang gua tidak tahu mana datangnya. the power of BELIEVE. keyakinan gua adalah maha mega bila kepercayaan gua semuanya gua serah pada DIA. pernah terjadi, gua sendiri hampir putus asa tetapi berbekalkan keyakinan itulah...gua kekal chillax, bersahaja & cool kononnya la. kadang kadang dalam suasana panik bersama adikberadiks pompuan gua, segala kepanikan tersebut terpantul jauh daripada gua. gua harap, power ini kekal & mampu menenangkan orang orang yang melekat dekat dengan gua. i can't help much. sorry!

lawan bagi power gua ini adalah, gua sucks dalam bab memujuk. serius cakap, untuk hanya senyum ketika orang tersebut memerlukan senyuman agar dia terpujuk pun gua tak pandai. its like the bad side of me is controlling. ceh! pendek kata, hampir semua situasi memujuk yang gua wujud dalamnya gagal seratas peratas. walaupun ketika ini gua dalam proses menguasai skil memujuk, banyak masa gua tetap putus asa. haish why la? padahal kalau mahu minta pujuk ada ja rasa 'mahu'. bila mahu memujuk tiada pula 'rasa' itu. bukankah memberi lebih baik daripada menerima? part of me that need to be fix, a.s.a.p.

hari ini, 11 Sya'aban 1435H. ada lagi 13hari para guru pelatih akan bercuti. oh ada yang bertugas untuk #KonvoIPGM 2014 di IB. selamat, selamat & selamat buat semua. salam imtihan juga buat para pejuang sekalian yang sedang dan akan bertempur di medan periksa medan dunia medan jihad, semoga memperoleh kejayaan!

gua hanyalah secebis daripada memori kalian yang mengenali gua zahirnya. gua memohon maaf andai segala yang gua kongsi sebelum ini di mana mana platform, telah memberi tanda hitam pahit dan tidak menyenangkan. banyak lagi sisi cela gua yang Allah S.W.T. sembunyikan. that, i know.
gua ada satu tagline yang gua pegang sejak awal lagi. single & not available. rasa rasa kalau gua hanya main main dengan tagline tersebut apa jadi agaknya ketika ini? nah endapayah jawab.
biarlah engkorang tahu, bilamana kita telah mensasarkan target---semua impian usaha cita-cita akan menjurus kepada itu. lepaskan segalanya kepada DIA, kita usaha part kita memasing dahulu. gua percaya, tiada yang sia-sia keranaNYA dengan izin Allah S.W.T. jua.

perlukah kau risau selama mana aku bertahan? aku tidak sekejam novel fixi dan drama meleis yang entahapa flip cerita realiti jadi kartun. usah letak percaya kepada diriku. percaya DIA. DIA tempat segala-galanya. chill

p.s.: setelah warkah ini gua publish, semua rasa enda sedap semalam turut hilang. tahniah, trimas---sudi baca. salam cuti sekolah yang tinggal seminggu lagi Malaysia! ehe

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...