Sunday, June 29, 2014

aku?

Bismillah.

Ahlan wasahlan Ramadhan. semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, insha'Allah.

pertama sekali, tahniah buat diri kerana kekal cekal menjalani minggu orientasi PISMP ambilan Jun 2014. pergh! kemain penats rasa mental dan fizikal (nampak sangat enda prepare benda ini sebelum balik aibi) apabila lepas balik ke aibi terchenta dengan susun barang dari stor, pagi esoknya mula orientasi yang sepatutnya dua hari... rasa macam oncall sampai jumaatnya & sambung lagi rabu ini. insha'Allah lepas terawih. ok enough merunguts. aku?

aku tahu benda ini bukan apa sangat. tahu faham...tapi aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang sebenar, aku yang menurut perintah. (sheksha saia--mencabar kesabaran yang tipis ini haishh)
apalah sangat yang aku sumbangkan dibandingkan dengan rakan lain yang cutinya disingkatkan, mereka yang pegang amanah lebih berat, & dia yang memegang part ketua. ya, kerana amanah aku masih bertahan.

Allah kan ada (:

aku sebenarnya baru sedar ni hah. terasa seperti baru celik setelah setahun berada di sini. kata adab belajar kita kena hormat guru, tapi aku kenalkah siapa para pensyarah aku ini? walaupun mereka tidak mengajar aku? silap silap masuk lif sama, sebab nampak muda terus anggap senior kakak abang. haha! kalau ikut pengalaman yang muka 'mature' sikit terus aku panggil encik puan padahal senior jak pun. see? this is a big problem. pelajar tidak mengenali cikgunya. jadinya, aku menerima tugasan ini dengan rela hati dengan satu harapan, semoga di akhir nanti aku kenal 136 orang pensyarah-pensyarahku. yang telah bersara, bakal bersara dan freshie-senior year. insha'Allah. moga  Allah redha.

alhamdulillah, pada 24 Jun 2014 yang lalu kami telah menerima seorang rakan kelas baharu -- kak Atika Zain (2Julai1991). maka dengan rasminya adik-beradiks kami telah bertambah 11orang puteri & 10orang putera. kehadiran kak Tika merupakan satu hadiah kepada kami semua. serius cakap, first time jumpa orang yang dari boleh melihat lalu Allah uji dia -- sekarang jari dan telinga dia sahaja menjadi mata. pasti ada hikmah Allah rencanakan semua ini. benda ini membuatkan kami rakan sekelas untuk lebih menghargai setiap nikmat yang dipinjamkan. bila bila masa Allah boleh ambil. kun fayakun. maka jadilah tanpa mampu dihalang. melalui pemerhatian aku -- via cermin mata ini aku melihat kak Tika seorang yang cepat hafal. hari pertama beliau di aras kami, sekali tunjuk ke tandas, biliknya, tempat cuci kain...dengan aibi yang banyak tangga gila ini, esoknya dia boleh buat semua benda tersebut sendiri. kecuali part turun-naik lif, turun-naik tangga la. penyakit beliau mula menyerang mata seratus peratus ketika berumur 20tahun...insha'Allah 2 Julai ini genapla kak Tika 23tahun. jom sama sama doakan kesembuhan, kemudahan & kebaikan buat kak Tika, rakan-rakan yang lain juga.

aku? entahla. adakah aku terlalu penat? terlalu berfikir? sudah dua hari aku mimpi benda sama. dalam mimpi tersebut aku tulis "we love you" kat kertas, tapi dalam kod braille. ahaks, pastu bagi kepada kak Tika.

fuhh~ tarik nafaassss. jadi bahan uji kaji ini kenala high material punya kualiti kan? bah niqolilahhh!
tajdid niat setiap masa tu yellow. lillahi ta'aala.

banyak benda berlaku yang telah kemas tersimpan dalam diari hidup. semoga hari ini lebih baik dari semalam & hari esok lebih baik dari hari ini.

seperti pesanan atas pesanan kak naqibah aku; "kepedulian adalah prasyarat keimanan." nah, mahu jadi baik janganla sorang-sorang. ajak rakan rakan lain. seperti kata kata ohsem anon ini pula; "apa apa yang membawa ke syurga itu CINTA namanya." jadi...dalam masa membina MUSLIM dalam diri, jangan dilupa dia yang di sisi. rumete, classmate, groupmate, kawan lama...etc. May Allah ease our good deeds, insha'Allah

maafla. aku agak unstable sikit bila menulis ini. sepatutnya keluar muntah kuning, ini tercampur rasa macam muntah rainbow pun ada. harap sesiapa yang sudi baca ini fahamla.

Alhamdulillah, aku kuat di sini -- kerana Allah kan ada (: chillax sudah.
tahun ini ambilan aibi aku banyak juga la, dalam seratus lebih -- bandingkan tahun lalu empat puluh dua sahaja. mohon doa yang baik baik sahaja, especially in this Ramadhan Kareem~

~to you,
fi hifzillah always, insha'Allah. welcome to sem 4, soon.

Alhamdulillah, for everything. (:

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...