Monday, June 9, 2014

sesi TEROBEK hati kuning

Bismillah.

hari ini gua hanya ingin mengimbas beberapa peristiwa yang telah berlaku ke atas penulis. jadi mohon tabahkan diri sebabnya segala imbasan ini adalah secara spontan, tidak mengikut kronologi dan mengikut mood penulis yang sederhana sahaja ketika ini.

entah ini cubaan ke berapa gua untuk menaip tanpa melibatkan emosi yang melampau. hari sebelum semalam gua ada terdetik untuk berkongsi muntah kuning ini. & semalam gua telah siap sedia dengan jari di atas keyboard untuk mencurahkan pelbagai idea gilos. kerana gua dengan berlagaknya buka banyak tabs untuk mengaplikasikan skill multi-taskings sambil berbelog, berhabbo, bertwitter, beryutiub, apa yang gua dapat hanyalah draf kosong, & emosi gua melambung secara mendadak sehingga gua tidur awal semalam.

imbasan...

beberapa hari lalu, tak sampai seminggu (ketika aku menulis warkah ini) :
mak masuk ke bilikku. ketika itu aku sedang membaca novel ILUSANITI oleh adib zaini untuk round kedua haritu. pergh! memang takda kerja kahkahkah.
macam biasa, sesi kasih-sayang ibu dan the only daughter puns bermula. part yang serius buat aku ingin terkelu tersimpul lidah tersenyum sengets apabila mak tiba-tiba bertanya mengenai khalis (bukan nama sebenar). iyalah, mana pernah seumur hidupku mak tanya tentang seorang lelaki siap dengan nama yang dihafal sekali. kalau 'kawan lelaki' tanpa nama, tu biasalah. mukadimah mak bermula dengan wassep terakhir yang mak hantar kepada beliau, mak kata sehingga hari itu masih tiada balasan. mak turut bertanya adakah khalis ada menghubungiku? aku jawab kami hanya stay-in-contact melalui group wassep Fratellanza.

--borak borak ketawa updates cerita sepanjang ketiadaanku di Sabah borak lagi borak--
"mak, minat dengan suka itu samakah?"
"kenapa? kau suka khalis?"
"mak doakanlah"
ayat selepas apa yang aku ungkapkan itu, ketika ini & saat ini, aku amat yakin mak hanya bergurau. sebab aku tahu harapan mak kepada seorang anak kesayangannya ini. aku minta maaf andai apa yang aku kongsi dengan beberapa insan mengenai pendapatku sebelum ini berkaitan perkara tersebut agak...mengguris hati. aku pun tidak tahu adakah aku bercerita dalam nada gurau, gembira atau sedih ketika itu? jangan risau, ketika ini aku masih waras.
sebelum mak keluar dari bilikku, mak sempat bertanya. "dia pernah bagitahu mak dia tentang apa yang dia wassep mak?." zupp. aku terjeda seketika. aku terdiam beberapa detik. ya, aku pernah tanya soalan ini, & sampai sekarang aku sendiri tidak tahu jawapannya. ada atau tiada, yang penting aku jawab kepada mak, "fatin pun tidak tahu mak." baiklah. begitulah imbasan serba serbi yang gua ingat. sangat ingat. anyway, keep me update mak! ehe

SEMALAM | 09.06.2014
gua main habbo menggunakan laptop merah ini buat pertama kalinya sejak menjejakkan kaki ke Sabah. kahkahkah! perancangan awal hanya nak update belog sebab gua suka menaip menggunakan laptop ini. kerana hilang fokus, benda lain gua layan dalam masa sama. oh yeah, gua siap twt mengenai friendzoned.
mengenai 'friendzoned', jujur gua cakap sama lu...sejak masuk IB semua orang gua 'friendzoned'kan. lebih-lebih classmates gua yang putra itu. jadi, perlu gua explain lagi? sehansem sechantek semenawan manapun, gua pegang dengan janji gua. not from my IB. ceh poyo gila.
hah pasal habbo, gua masuk kem dan dalam tu ada ami & intan. cilakers sungguh gua rasa bila sesi tukar pendapat, buka cerita hati & etcs antara boixiao & ..:MaRiAnA:. diulas oleh si pemerhati tegar ini. siapa lagi kalau bukan ami @hillbilly. aku rasa dia ini tahap observe tinggi gila sikit daripada gua. aku memula borak kosong dengan brader tu, pastu entahapa dia merepek kerepek beberapa minit baru gua perasan. rupanya dia tengah fokus kat hujung skrin. aku mengecil, mengecil dan semakin mengecil dalam kem tu. cis! sorry not sorry, aku upah xiera suruh ubah topik. kehkehkeh walaupun dia tak berjaya ubah topik, at least dia berjaya buat chats tu naik atas dengan cepat. sampai budak ami tu cakap susah nak scrolls chat history >;)

em aku tahu salah aku post twt tak tuju sesiapa, macam twt twt kau itu. aku terasa kau terasa. keshah pula kan? haish pebenda lahai. aku tak marah tentang apa kau buat semalam. just put the blame on me and shut up could you? instead of "demm" on me, tanya elok-elok sudahlah. aku kawan kau, aku minat kau...so? masih tidak boleh buka topik yang kau boleh share dengan orang lain itu dengan aku?
oh yeah, sepanjang si ami mengulas mengulang apa yang korang borakkan, aku afk. mengelak untuk mengubah rasa aman hendak menaip sewaktu itu. but yeah, its a fail. thanks to you, ami ada idea baharu untuk kenakan aku kelak. =..= boixiao, ana, ami, intan. why la korang online semalam. *why la gua online semalam??!!*

kahkahkah. harap engkorang baca part atas ini dengan nada sempoi. gua tak marah. rileks sudah. begitulah sedikit ketidakpuasan hati gua yang lenyap bila gua tidur.

imbas imbas imbas...
gua ada satu power yang gua tidak tahu mana datangnya. the power of BELIEVE. keyakinan gua adalah maha mega bila kepercayaan gua semuanya gua serah pada DIA. pernah terjadi, gua sendiri hampir putus asa tetapi berbekalkan keyakinan itulah...gua kekal chillax, bersahaja & cool kononnya la. kadang kadang dalam suasana panik bersama adikberadiks pompuan gua, segala kepanikan tersebut terpantul jauh daripada gua. gua harap, power ini kekal & mampu menenangkan orang orang yang melekat dekat dengan gua. i can't help much. sorry!

lawan bagi power gua ini adalah, gua sucks dalam bab memujuk. serius cakap, untuk hanya senyum ketika orang tersebut memerlukan senyuman agar dia terpujuk pun gua tak pandai. its like the bad side of me is controlling. ceh! pendek kata, hampir semua situasi memujuk yang gua wujud dalamnya gagal seratas peratas. walaupun ketika ini gua dalam proses menguasai skil memujuk, banyak masa gua tetap putus asa. haish why la? padahal kalau mahu minta pujuk ada ja rasa 'mahu'. bila mahu memujuk tiada pula 'rasa' itu. bukankah memberi lebih baik daripada menerima? part of me that need to be fix, a.s.a.p.

hari ini, 11 Sya'aban 1435H. ada lagi 13hari para guru pelatih akan bercuti. oh ada yang bertugas untuk #KonvoIPGM 2014 di IB. selamat, selamat & selamat buat semua. salam imtihan juga buat para pejuang sekalian yang sedang dan akan bertempur di medan periksa medan dunia medan jihad, semoga memperoleh kejayaan!

gua hanyalah secebis daripada memori kalian yang mengenali gua zahirnya. gua memohon maaf andai segala yang gua kongsi sebelum ini di mana mana platform, telah memberi tanda hitam pahit dan tidak menyenangkan. banyak lagi sisi cela gua yang Allah S.W.T. sembunyikan. that, i know.
gua ada satu tagline yang gua pegang sejak awal lagi. single & not available. rasa rasa kalau gua hanya main main dengan tagline tersebut apa jadi agaknya ketika ini? nah endapayah jawab.
biarlah engkorang tahu, bilamana kita telah mensasarkan target---semua impian usaha cita-cita akan menjurus kepada itu. lepaskan segalanya kepada DIA, kita usaha part kita memasing dahulu. gua percaya, tiada yang sia-sia keranaNYA dengan izin Allah S.W.T. jua.

perlukah kau risau selama mana aku bertahan? aku tidak sekejam novel fixi dan drama meleis yang entahapa flip cerita realiti jadi kartun. usah letak percaya kepada diriku. percaya DIA. DIA tempat segala-galanya. chill

p.s.: setelah warkah ini gua publish, semua rasa enda sedap semalam turut hilang. tahniah, trimas---sudi baca. salam cuti sekolah yang tinggal seminggu lagi Malaysia! ehe

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...