Thursday, June 19, 2014

myreview ;

Bismillah.

ada apa dengan novelis HLOVATE? hate-love?
dulu aku seorang kaki novel yang hanya baca genre jiwang-karat-tidak-ingat-dunia. pertama kali mengenali novelis HLOVATE ini sewaktu form 3, daripada seorang kazen yang sama kaki novel -- bezanya dia baca semua genre dengan adil dan saksama. kalau sebelum ini aku sekadar selak dan baca, tapi sekarang sukanya aku dengan karya beliau apabila buat aku berfikir. umpamanya aku turut mengembara ke serata dunia yang dia ceritakan (ceh). titik mula tersebut bila aku baca novel kelima beliau; VERSUS. && mula dari itu la genre jiwang terasa asing sebagai bacaan diri ini.

benda yang aku suka mengenai novelis yang misteri ini (sehingga kini identiti novelis langsung tidak dikenali even jantina pun dia enda reveal -- respect!) adalah tema yang dia bawa. semua novel dia at the end cakap pasal 'hijrah'. mungkin ini satu sebab besar kukuh konkrit mengapa aku rasa 'ngam' dengan karya-karya beliau. dengan bahasa dan olahan yang kena dengan jiwa, peh. terasa aura penulis hidup tiap masa.

novel terbaharu beliau ; ANTHEM (2013) -- terasa macam... penulis menceritakan benda yang aku tak akan cerita kepada orang lain & benda yang aku tengah tuju ini. yeps, macam baca kisah sendiri tapi dari sudut dan perencah berbeza.

ini hanya la yellow'sthoughts. tak akan sama dengan korang punya jendela mata hati akal yang mencerna. ehe
hlovate's fans

hari ini 19hb Jun.
esok 20hb Jun -- Ana sengets & kembarnya Ani punya birthday.
21hb Jun -- my rumate nurheedayahb pula turns to 19th.
22hb Jun, aku akan kembali ke bumi IB -- meninggalkan bayang-bayang aku yang manja & selalu homesick bersama keluarga chenta hati kesayangan hamba.
23hb Jun, bermulanya sesi baharu kami 20adiksberadiks & 22kanak-kanak riangs ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Jun 2014. insha'Allah -- 4 tahun sesi memanusiakan diri sendiri untuk memanusiakan anak sendiri (eh).
jadi 24hb Jun 2014, akan genap la setahun gelaran sebagai pelajar di IB terchenta. cakap pasal anniversary, terus aku teringat lirik lagu oleh senior tahun lalu (abg Apex la ni) :
bangun... bangun...
bangun seniorku...
mari kita, kita pergi kuliah! hoii

..setahun lalu sewaktu minggu pengurusan pelajar baharu, kami si freshie yang jahil dan suci (kononnya sewaktu itu) dengan semangatnya telah menyanyikan lagu tersebut. tepat pukul 7 pagi terpacak di luar kolej kediaman. kahkahkah! bila habis orientasi & setelah habis program persediaan ini, bila fikir balik patut la pun ada sahutan dari tingkat atas & siap ada complain junior buat bising-di-pagi-buta. ekekeke

jadi kita mengharapkan yang baik-baik sahaja. doa yang baik-baik sahaja. macam biasa la, memang diri akan tersangat teramat sungguh sibuk selepas ini. habbo jangan cakap la, bak kata ibu nabs aku itu tempat meroyan dia. aku? taktau & tak janji untuk online atau tidak. lagipun bulan yang dinanti iaitu Ramadhan sedang menghampiri. moga-moga sempat merasai tarbiyah di bulan Ramadhan lagi.

"you can't control your emotion, but you can still control your action."

renung-renungkan, kerana bicara hati lebih mengetahui. (:

selamat kembali ke aipiji sayangs sayangs sekalian!
ihya' Ramadhan.

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...