Sunday, July 13, 2014

kurma

Bismillah.

tajuk yang agak tipikal di bulan seperti ini.
Alhamdulillah, sudah 15 Ramadhan dan kita masih diberi peluang untuk terus beribadah.

jadi kembali dengan tajuk : kurma. ada apa dengannya?
mentang-mentang bersahur, beriftar, bersnack-time, dan baru selesai baca tentang kurma, jadinya ingin sekali hamba mengaitkan kurma ini seperti sahabat hamba.

kurma itu pelbagai. setakat ini hamba baru berpeluang memakan kurma berwarna coklat kering dan hitam basah. entah apa nama spesifiknya. btw rumete hamba suka akan kurma kering -- ekekeke sebagai nota kaki buat diri.

KURMA = SAHABAT lillahi ta'ala

bila kita berkawan kerana ingin mencari redha dan cinta Allah bersama -- insha'Allah perjalanan hari-hari mu akan terasa indah walaupun sepanjang jalan nanti/ ketika ini bermacam jenis duri batubata kaca di mana-mana. melangkahla dengan nama Tuhan-mu. tidak akan kau dibiar seorang diri. *tepuk dada
All is well -- insha'Allah. Allah ada. Allah ada.

dia sahabatku;
segala teguran 'direct' dan menusuk kalbu sentiasa aku nanti.
dan berkali juga teguran on the spot walaupun bukan secara berdepan, bertubi-tubi menembak diriku -- aku bahagia.

kita mungkin tidak selalu bersama, sependapat, sehaluan, sehati dan sejiwa...tapi, di setiap doa dan harapan aku tetap mengharapkan yang sama. aku ingin bersahabat dengan kalian hingga ke syurga-Nya. aku belum selayaknya mengharap syurga abadi. tidak. kau tahu itu sahabatku. pautla tangan yang hina ini bersama.

Terima kasih -- setulus kata dari hati nfndinjj

maaf kerana banyak waktu aku sering melukai hati kalian, tidak menunjukkan riak wajah yang sesuai, selalu membuat kalian salah tafsir akan diri ini. aku insan yang naif. maafkan aku.

hidupla kalian sentiasa dalam doa -- semoga kasih sayang dan rahmat Allah ada untuk kita semua.

ah, kurma itu manis sekali.

p.s.: sentiasa merindui.

well, enjoy learning!
15Ramadhan1435Hijrah | 13Julai2014 | Ahad : IB

Sunday, July 6, 2014

janggal.

Bismillah. dengan nama Allah, kalam ini tercipta.

sejak hari itu, segala-galanya terasa sangat 'janggal' padaku. hanya lakonan kelas bawahan yang terpaksa aku pamerkan. aku tak kuat kawan, lebih-lebih mengetahui hal tersebut. sehingga saat ini, aku masih berharap -- yang kau sebenarnya sekadar terkena 'culture shock'. cukuplah.

aku menangis dalam tidur. aku sedih teramat sangat. & lebih-lebih lagi takut dengan amanah ini. takut andai kami terlewat atau tersalah langkah dalam misi menyelamatkan diri kau.

tahukah mengapa sampai begini sekali kesannya terhadap diriku?
pertamanya, kerana aku mengagumi kau dalam setiap hal kehebatan bakat kemampuan yang kau tanpa malu mempamerkannya. keduanya, kerana kita adalah keluarga yang terikat dengan kalimah لَا إِلٰهَ إِلَّا الله. ketiganya, kerana kau seorang lelaki !

maaf kawan. aku bukan la aku yang dahulu lagi. pandangan aku terhadap kau telah berubah sebanyak 360darjah.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
tiada daya upaya diri ini, melainkan dengan Allah jua.

"kita kena harunginya. ini adalah ujian buat dia dan kita semua."


):
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...