Sunday, July 6, 2014

janggal.

Bismillah. dengan nama Allah, kalam ini tercipta.

sejak hari itu, segala-galanya terasa sangat 'janggal' padaku. hanya lakonan kelas bawahan yang terpaksa aku pamerkan. aku tak kuat kawan, lebih-lebih mengetahui hal tersebut. sehingga saat ini, aku masih berharap -- yang kau sebenarnya sekadar terkena 'culture shock'. cukuplah.

aku menangis dalam tidur. aku sedih teramat sangat. & lebih-lebih lagi takut dengan amanah ini. takut andai kami terlewat atau tersalah langkah dalam misi menyelamatkan diri kau.

tahukah mengapa sampai begini sekali kesannya terhadap diriku?
pertamanya, kerana aku mengagumi kau dalam setiap hal kehebatan bakat kemampuan yang kau tanpa malu mempamerkannya. keduanya, kerana kita adalah keluarga yang terikat dengan kalimah لَا إِلٰهَ إِلَّا الله. ketiganya, kerana kau seorang lelaki !

maaf kawan. aku bukan la aku yang dahulu lagi. pandangan aku terhadap kau telah berubah sebanyak 360darjah.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
tiada daya upaya diri ini, melainkan dengan Allah jua.

"kita kena harunginya. ini adalah ujian buat dia dan kita semua."


):

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...