Thursday, August 28, 2014

normal? normal

Bismillah

#quick update

(izinkan aku ber'gua' -- kau)

dua minggu sudah berlalu -- &&dua minggu lagi untuk bulan minggu hari jam zombimanusiya panda owl ini AKTIF. tabah la, sabar la, kuat la ;D matchams enda biasa?
bak kata orang kampung sebelah; "no pain no gain bro!"

dua minggu -- yang alhamdulillah. insha'Allah semoga terus istiqamah hendaknya. untuk hati, mata, mulut, telinga dan setiap anggota gua, && anda sekalian diklorox divaksin divacuum oleh pengalaman; semoga Allah terus jaga dengan penuh kasih serta rahmat-NYA.

back to title : normal ka weh? bagi aku normal.
yeah, beberapa jam lalu + hari lepas -- rumete gua telah membuka mata gua (lagi) dan secara tidak langsung gua menemui titik 'normal' gua itu. em

semua bermula apabila partner projek kerja kursus gua untuk semester ini adalah; putera.
masuk ni, sudah dua kali gua berpartner dengan jantina berlainan (satu semester lepas) -- berdua. &&melalui kuasa imbas balik tahap berkarat dengan rumete tu la baru gua sedar, gua tidak 'normal' seperti mereka-mereka yang berdiskusi dengan partner memasing untuk menyiapkan tugasan dengan aman bahagia (la sangat). pagi petang malam.

entah la. tugasan? alhamdulillah -- siap. cuma tu la, gua mintak maap sangard kepada anda berdua; aweng & achik sebab dapat partner dengan orang cemni.

ya jujurly gua mengaku;
tahap 'normal' yang gua sendiri baru sedar tu adalah, gua sangat sungguh amat pemalu sekali dengan putera. grouping dengan budak laki memang best untuk menjana idea yang holistik, dan dalam group wajib la ramai pompuan & laki, lagi lagi kita ni seblas pompuan & seploh laki kan. tapi untuk berpartner tu, gua lagi sanggup dan memang (kalau boleh) mau partner nge tino jak.

ke'calmness' & ke'cool'-an gua semasa bergrouping, tidak sama semasa berpartner. that's all. - fhai (2014)

gua tahu gua akan hadap benda ini lagi lagi dan lagi, jadi kena la ada penambahbaikan kan?
tajdid niat - always
& ingat la pesan abam senior awa tu;
"berassignments bukan alasan untuk berdua - laki puan", p duduk ramai ramai, & jaga la batas awa tu (pesan dekat diri sebab tau awa tu mudah lalai)

so selamat la buat diri sendiri dan anda anda di luar sana.

al-Fatihah

May Allah ease everything:
4.9 ~ PKK
9.9 ~ kuiz elp
10.9 ~ Fonetik
11.9 ~ TITAS
12.9 ~ kuiz pj
19.9 ~ KSSR
23-26.9 ~ BinaInsanGuru @Pahang

well, enjoy learning


Saturday, August 16, 2014

Syawal;

Bismillah.

14 Syawal 1435 H | 10 Ogos 2014

pejam celik pejam celik, enda sedar sudah seminggu rupanya aku di sini setelah dua minggu merasai betapa lemaknya kasih sayang keluarga di Sabah. seminggu yang mengembangkan segala sel otak, menghitamkan lingkaran mata macam panda, aktiviti-aktiviti yang menyelit dan sempat dijoin serta (peh ayat kemain) & bermacam lagi. Alhamdulillah.

selamat memasuki bulan zombie eheh!
---------------------------------------------------------------------------------
Seminggu berPBS : lima hari yang bergula manis -- bersama anak-anak syurga itu. draf
Seminggu bercuti hari raya : Damai - Tenghilan - Telipok - Tuaran - Tamparuli - Sabah & kembali ke IB. draf
Seminggu yang agak krik krik krik sikit, lebih lebih bila saturang dalam bilik. lain matcham jo feeling tido & bangun tanpa 'rasa' kehadiran rumete. Alhamdulillah, beliau selamat berBTN. fuh~ draf

entah berapa kali percubaan untuk aku publish benda ini. sebabnya semua perkara hanya mampu bersuara dalam kepala.

aku dan 20-jantung-hati-PISMP1A bakal memasuki minggu ke-9/18. cepat kan masa berlalu? hari ini sudahpun 20Syawal. sudah berpuasa enamkah?

banyak aku mau muntahkan ni yang benarnya, tapi tidak terkeluar pula. okfhai, make it clear.
aku dah ambil keputusan. aku harap pihak sana faham.

aku ingin keluar daripada zon 'bahaya' yang aku kau kita cipta ini. aku takut sebenarnya.
bila-bila masa mungkin ada yang terkandas terbabas ter lagi la -- dalam semua aspek kecil ke besar yang kita tak sedar pun. nauzubillah. minta dijauhkan.

cukup la aku tahu, kau tahu satu kata itu. sesi suai kenal? sesi aku-kau sihat?
ah macam macam sesi boleh jadi alasan untuk disalurkan rasa yang wujud itu, && dengan keadaan tanpa apa-apa pun jaminan ketika ini, kau mahu terus terusan berada di zon merah tersebut? tidak ka kau takut?

entah la. aku geli aku yang begini. astaghfirullah ala'zim.

aku rasa takda benda sangat la kena bincang pun kan. lagipun apa sangat perancangan yang ada? it is just a dream that live in our duas. lama lagi kot. jauh lagi kot. taktau lagi kot apa ada di hari esok. kot

aku minta maaf. aku dah deleted semua benda yang jujurly aku stalked since mac 2013. editted, prt sc, screenshot, saved -- dah langsai deleted.

izinkan aku anggap kau sekadar kawan habbo.
sampai bila bila.

sincerely,
nfnfhai a.k.a. Fhairuz

"terbang la bebas, kerana hidup ini adalah pencarian diri. semoga kau berjaya."

aku undur diri dari medan penantian zon merah ini. maaf

16 OGOS 2014 | 20 Syawal 1435 | Sabtu
12:12am terima kasih Fratellanza Habbo Skype Facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...