Saturday, September 27, 2014

Fasasatu

Bismillah.

Alhamdulillah,
selesai Bina Insan Guru ( Beeee Aiiii Jiiiii ) Fasa SATU Ambilan Jun 2014 bersama PISMP Semester 1A, 1B dan PPLD PERMATA bertempat di kem kokurikulum IPTAA, Kuala Lipis, Pahang.
perjalanan dari IB mengambil masa 5jam dengan satu perhentian di rnr ke tempat kejadian. Alhamdulillah, 22orang gegerls & 23orang jejaka selamat pergi--balik.

hari pertama : hitam
pakai baju batch yang berkaler hitam dan sungguhlah kami orang orang yang berbau harum. ehe ini barulah camping bro! gua rasa dapat belasah tido time kat dalam bas ja & khemah tu memang tempat letak beg camping n stuffs only. peh. best part iz, dengan segala penatnya minda dan fizikal tersebutla kitaorang dapat juga fikir nak buat tugu manusia cemana serta siapkan bendera kumpulan -- Bestari, is hot to go!

hari kedua : merah
kembara ke Hutan Lipur Terenggun. perjalanan untuk ini aku kira tidak sejauh yang pernah aku ikut dahulu, tapi yang bestnya -- teamwork sebatch. mula, tengah & akhir sentiasa buat counting. 1 - 45 : CUKUP TUAN! again, i didnt have the chance to see or touch any lintah! haish

malam kebudayaan hari kedua : biru
dimulakan dengan berBBQ time. ya Allah sedap sangat sebab hasil tangan orang orang yang ikhlas bekerja. salute! semua ambil part daripada perhiasan pentas persembahan ke bahagian makan makan. selesai dinner BBQ, maka bermula la malam kebudayaan iolls weolls -- dengan tema : andai aku seorang guru
dimulakan dengan kumpulan berani, citra, bestari (gua punya group), cekal, perwira, & transformasi. memula tu agak mencabar otak juga nak cerna dengan tahan mata macam apa entah. habis buat persembahan kumpulan pehh mata jangan cakap bro, sambil ketawa senyum tengok persembahan pun gua sempat terlelap dan bermimpi untuk beberapa saat.
hah part paling mencabar bila, dah masuk khemah dan ready packing barang nak balik, tetiba wisel berbunyi tiga kali. apalagi, run run run. so it was our malam burung hantu ke kuburan la kononnya. kahkahkah padahal semua dilepaskan bersendirian dalam campsite juga pastu berdekat dengan geng lain. buktinya? gua dengar mereka mereka ini berbisik tanya kedudukan masing-masing. ihiks. yang penting duduk sahaja gua, terus lelap ayam. zZzz
dan hari tersebut genapla 48jam gua tak tido. time goreng ikan pun gua boleh terlena sambil berdiri, tu tandanya betapa parah kepenatan sejak hari pertama, pergi jungle trek, etcs.

hari ketiga : kuning yellow
dalam penat penat cemtu pun semangat gua tetap berada di aras tinggi sebabnya i saw yellow everywhere bebeh! rasa macam mau senyummm seja ni ehe. part seksa apa lagi, sesi dengar ucapan perasmian jemputan blablabla. bosan gila plus memang takleh tahan rabaknya mata.
habis majlis, turunkan khemah, punggah barang ke bas, naik bas -- selama 3jam lelap dalam bas -- rnr : makan -- lelap lagi 2jam -- sampai IB, masuk bilik, letak beg, pengsan, bangun dan melihat matahari, punggah barang dari bas, bincang makanan lebih nak buatpa, dinner bersama kakak PPLD PERMATA, dan here i am. blogging cause i can't sleep walaupun mengantuks tahap apa entah.

jadi,
bersama coretan bebelan gua di atas maka gua sertakan beberapa keping gambar sebagai makanan engkorang. salam hitam, merah, biru, kuning. oh ya, camping kitaorang sepatutnya berlangsung selama 4hari3malam tetapi dipendekkan menjadi 23hb - 25hb sept sahaja, sehari baki akan diganti pada hari lain -- water confindent apaentah.











"ohsems macam manapun idea ohsems kau tu, orang paling ohsems adalah dia bangun daripada keriuhan memberi blablabla dan buat idea dia menjadi nyata dan ohsems" :D

the best camping ever! and more to come! insha'Allah

thanks TUANs, groupmates Bestari, mates khemah, mate sebangku selama 5jam dalam bas pergi balik, batchmates, kakak PERMATA sekalian. loves y'all to the max, may Allah bless.
special dedication to pusat koku IPTAA, pemandu arah ke Hutan Lipur Lenggun, para jurulatih, pokok hijau, langit cerah, pemandu bas IB & IB terchenta.

well, enjoy learning!

1st of zulhijjah 1435H | 27 September 2014 : zZz

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...