Monday, October 6, 2014

sumaiyyah

Bismillah.

10Zulhijjah 1435H | 5 Oktober 2014 | Ahad
Eid Adha ebelibadi !

Alhamdulillah, nikmat tidak dapat bersama keluarga di Sabah telah diganti dengan nikmatnya berukhuwah dengan berpuluh ahli keluarga yang turut sama tidak balik berhari raya qurban kali ini. keluarga MARSIS. marka siswa siswi Sabah. terasa sangat jadi backpacker pastu ikut program on the spot kali ini. xD
dari KTM keyelsentral ke nilai makan masa sejam, dari KTM nilai ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin, Banting, Selangor ambil masa sejam juga.
& sungguhla, sebelum ni aku pernah tanya dengan rumete kenapa agaknya golongan anak yatim antara yang paling banyak disebut di dalam quran?
betapa beruntungnya mereka pabila kecil-kecil sudah bergelar yatim -- seperti baginda Rasulullah SAW. lagi ohsems bila inesennya mereka dalam keadaan tersebut, tetapi tetap kuat dan mampu berdikari lebih dari diri ini. moga ada ganjaran hebat buat umi, abi dan anak-anaknya yang bersama mengurus anak-anak syurga tersebut, insha'Allah.

ada apa dengan sumaiyyah? ya, dia hanya seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. comel. tenang, (kalah teknik ketenangan aku weh). kerana kisah yang berlaku tersebutla, buat aku ingin membaca kembali sirah di sebalik nama yang hebat tersebut.

mungkin benda yang aku tulis ni kecil sahaja, tapi tu laa. it's really touch my heart. eceh
sewaktu kami kami ini menumpang kegembiraan anak-anak yatim di sebuah rumah yang tersergam gah indah dalam selangor juga -- tiba la sesi untuk anak yatim tersebut iaitu sesi-soaljawab-betul-dapat-hamper.
sewaktu acara tersebut berlangsung, si comel sumaiyyah sedang makan sate bersama kami tiga sepupu di suatu sudut tersembunyi. & aku perasan, matanya bersinar semangat untuk menjawab soalan yang diajukan walaupun dia tidak tahu! tiba la pula ke hamper terakhir... si penyoal telah bertanya siapakah nama makcik (isteri kepada tuan rumah) yang berdiri di sebelahnya... apa lagi, budak budak ini semuanya jawab tak tahu (sebab memang tidak ada sesi suai kenal pun). tahu kah anda apa yang si sumaiyyah ini telah buat sewaktu abang abang kakak kakaknya bising menjawab 'taktahu' ?
dia pergi ke makcik tersebut -- "makcik, siapa nama?" dan wanita tersebut pun membisik namanya kepada sumaiyyah. si kecil tersebut pun dapat la hamper (finally! they noticed her ehehe).

sungguh, ada beza orang yang hebat bercakap dengan yang buat kerja. entah, mana satu rasanya diri aku, kau, dia dalam situasi tersebut?

doa aku, semoga kau menjadi wanita solehah, seindah namamu sayang. yang pasti, ini bukan kali terakhir walaupun first time ikut benda macamni -- insha'Allah. perasaan bersama mereka sangat sangat berbeza. kau dapat adiks, kakak, abang yang segala emosinya kau kongsi. gembira, sayu, eksaited dia tu, macam overdose tapi tu la -- tidak sama macam kawan kawan atau dengan adik beradik sepupu anakbuah sendiri.
paling penting, for everything i had been given/ borrowed : i THANKS ALLAH -- Alhamdulillah

lepasni aku nak cuba ke rumah orang-orang tua pula la. selagi kaki berdaya merantau, moga banyak pengalaman bermanfaat dapat dikumpul lagi lagi dan lagi. hah anda bila lagi?

semoga Allah redha. Salam eid adha.

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...