Thursday, November 27, 2014

bicara;

Bismillah.

bicara hati yang tersimpan kemas, sejak mula lagi --
andai sahaja punya peluang untuk meluah bebas, aku rasa ini kata hati yang sentiasa berulang sejak mula lagi. entah laa. mungkin kerana hati sudah berharap, masih berharap dan akan terus berharap akan suatu itu.

jujur dengan bicara kali ini --
doaku masih sama.
hanya ada satu nama itu, dan itu la.
ayat klise seperti; jika jumpa yang lebih baik, pilih la dia; bukan suatu seruan yang akan aku ikut. tidak akan sama sekali.

tapi --
kembali la kepada fitrah bertuhan; berharap tanpa doa entah di mana berkatnya. berdoa tanpa usaha entah di mana hasilnya.

& untuk semua rasa yang KAU hadirkan ya Allah, semoga tidak sia sia

may Allah bless always.

Thursday, November 20, 2014

Dear rumete,

Bismillah.

20 novembarain 2014 | 27 Muharram 1436Hijrah

Dear rumete,
terima kasih --
untuk setahun lebih kita bersama.
mungkin, angan-angan aku untuk memiliki rumete yang kekal sepanjang lima tahun di sini --
biarlah aku simpan tepi, dan bina angan-angan baharu pula.

kita bermula dengan insha'Allah (dengan izin ALLAH) & akhirinya dengan insha'Allah jua (dengan izin ALLAH), bukan begitu?

Alhamdulillah. segala rasa yang hadir ini, aku serah pada DIA yang maha memberi rasa, yang memegang hati hati manusia. tidak termampu aku membalas segala waktu berharga bersama kau -- dear rumete.
kita tidak selalu lepak sama, tidak selalu boleh borak aku-kau (sebab aku pun masih cuba untuk catch-up apa yang kau bicarakan tiap kali ada peluang berborak panjang), tidak selalu boleh gurau senda gaya alien aku (sebab aku tahu kau macam mana) & bermacam lagi laa.
TAPI,
itu bukan alasan untuk aku tidak menghargai kau --
sebab kau la rumete pertama aku (first time kot stay hostel ehe), kau la insan yang sebenarnya banyak kongsi momen 'PERTAMA KALI' aku sepanjang setahun lebih bergelar guru pelatih di bumi IB ini.
moga moga ALLAH membalas segalanya lebih dari apa yang selayaknya.
TERIMA KASIH dear rumete (:

sayang kau, sentiasa. & sejujurnya,
aku akan merindui kau yang kejutkan tiap kali subuh dengan hanya sentuh bahu aku, merindui kau yang rajin untuk hias dan kemas meja study, merindui... untuk segala hal terindah.
"lemah aku semua kau tahu & kuat aku ada bahagian kau", ('^___^')

Dear rumete,
aku minta maaf atas segala silap salah diri sepanjang kita berumete, berclassmate, berukhuwah.
aku tahu banyak tutur kata, laku gaya, pandangan mata, tindak cara, & semualaa -- telah menggores hati kau. aku minta maaf. tolong, jangan berhenti untuk tegur aku secara direct, hati-ke-hati. tolong, minta tolong sangat -- jangan bertapis dengan aku sebab aku sangat lambat pick-up bab bab hati ini.
mohon maaf untuk segala benda yang kita kongsi sama, benda yang aku terambil, terpinjam, termakan, terminum dan banyak lagi TER.

kau rumete aku yang terbaik aku pernah ada, walaupun aku tidak pernah memiliki rumete sebelum ini.

for that dear rumete,
i have learnt so many things just being your roomate.
may our ukhuwwah keep blossoms with ALLAH's blessings.
i love you, lillahita'ala.
my roomate, my sister, my friend, my classmate (:

fi hifzillah & may Allah bless always, insha'Allah

PPISMP 1-2 2013 ~ PISMP 1 2014

p.s.; "lama sudani sa mo tanya, kenapa kau blocked sa? apapun, terima kasih sebab unblock balik. (: bacalah luahan hati sa ni, sebab kalo cakap secara berdepan -- pekat Sabahan sa nanti kau endapaham. don't worry rumete, sa langsung teda simpan rasa dengan kau. selamat bercuti~ kirimsalam dengan jenny kita <3 lebiu. insha'Allah jumpa sem depan kay?"

sahabatmu,
Nur Fatin Nazeha binti Khairuddin

Friday, November 7, 2014

sado? sado.

Bismillah.

5 | November | 2014 -- Institut Bahasa, Kolumpo [ LALU ]
Majlis Makan Malam Perdana 2014 (MMMP), acara tahunan yang sentiasa dinanti (really?) dan merupakan kali-2 hadirnya diri. kalau tahun lalu gua pakai baju kurung putih, tudung pink dan kasut hijau; itupun sebelum, semasa dan selepas memang ah kena komen itu ini oleh the girls sebab fesyen disastaa gila kahkahkah, tahun ini gua pakai baju pink+kelabu, skirt pink, tudung pink & high heels peach (untuk kali ke-2 pakai heels dalam hidup lol).

oh. perasan kaa?! im not really into color pink and im using it a lot. padahal gua lebih amat sungguh sangat suka dengan kaler kuning, tapinya boleh dibilang dengan jari benda berwarna kuning yang gua miliki.

ceritanya, MMMP tahun ini yang dihiasi dengan suasana, perhiasan, proops, persembahan, muzikal yang ceria -- cukup mengundang rasa sedih, pedih dan sakit di dalam hati. sebabnya, tahun ini adalah tahun terakhir buat seniors sem 8 berdinner bersama. kalau tahun sebelum ini (2013), kehilangan hanya terasa sedikit jaa, tapi kali ini sangat sangat sangat terasa weh. ): kerana rapatnya, menyebabkan sukar untuk hati betul betul terima kenyataan ini.

~ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya
~namun cebisan kenangan kita
~sentiasa bermain di bayangan mata
~detik waktu yang berlaluuuuuuu
~menjadi memori kau dan aku

but hey hati? kemon la, hati kena sado beb.
di setiap pertemuan, pasti tiba jua perpisahan. semoga sepanjang masa masa emas kita bersama -- Allah redha. insha'Allah

buat insan teristimewa, kakak senior yang PERTAMA gua kenali ;  Nur Nisreen Azhani a.k.a kak Nisrin sayangs --
akan sentiasa tersemat kemas dalam ingatan detik 24 Jun 2013, 7.15 am sewaktu dalam perjalanan ke Institut Bahasa untuk pendaftaran minggu pengurusan pelajar, kakak orang pertama senior IB yang menghantar mesej 'selamat datang'. setelah seminggu lebih di IB baru gua berpeluang berjumpa face-to-face di surau at-Taqwa, IB. sweet pula ingat balik ekekek.
hang out pertama kali apabila kita ke Broga dan malam sebelum kejadian stay bilik kakak sebab plan untuk jalan sebelum subuh. walau jasad tidak selalu dating berdua, ketahuila kita sentiasa bersama di dalam doa.
"I lebiu kak Nisrin, to the max lillahi ta'ala..."

insan kedua yang serius buat jatuh chenta pandang pertama ; Siti Aini Ahmad a.k.a kak Aini comels --
kak naqibah yang banyak mendidik di dalam mahupun luar bulatan gembira. menerima lebih dan kurangnya gua. tapi perkara yang paling menyentuh hati, beliau menerima gua untuk siapa diri gua.

tidak kuminta perpisahan ini,
andai itu takdir yang Maha Esa,
semoga pertemuan yang singkat ini;
mempertemukan lagi kami di dunia abadi -- untuk selamanya

fatin sayang semuaa! kerana Allah SWT ;'3

air mata pasti akan mengalir, tapi tiada niat diri untuk menghalang langkah kaki itu yang bakal meneruskan dakwah di luar sana pula -- pasti lebih mencabar, banyak dugaan serta ujian. semoga anda kekal sado! insha'Allah.
jangan lupa doakan kami sama --

iklan ;
pada suatu hari, sewaktu gua sedang busy mengambil gambars classmates gua ternampak bayang laju melintasi belakang gua yang sewaktu itu ke arah gua pastu patah balik menjauh. kalau sahaja gua ada mata di belakang kepala kan? ekekek
selepas itu tiba giliran gua untuk mengambil gambar acah acah comels (tapi te te da bah hahahaha), menghampiri semula bayang laju tadi.
gua dengar dengan jelas bayang bayang tersebut berkata; "saya mahu ambil gambar dengan dia" --
gua pandang kiri, kanan, belakang dan barulah angkat muka tengok si bayang bayang.

"err?"

oh rupanya 'dia' yang dimaksudkan itu ada la gua. ekekek
oh itu la dia orang yang gua selalu tengok dari JAUHHHHH sahaja
oh betapa malunya gua bila terkantoii
oh tanam muka dalam dalam lepastu

=___=" jauhkan la kami daripada mainan setan. fuhh~ Nauzubillah min zalik

10/11 FPM
13/11 PKK
17/11 PKB
18/11 FDF
21-25/11 last progs w kesayangan
21,26/11 & 1/12 apt.
2/12 Sabah
may Allah ease everything, inshaAllah!

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...