Wednesday, December 10, 2014

tanggal sepuluh

Bismillah,

tanggal sepuluh di bulan disember dalam tahun masehi adalah 'alarm clock' kepada diri bahawa tinggal sebulan lagi untuk tanggal sepuluh yang seterusnya.
selepas ini, bukan belasan lagi umur diri, & moga moga jika umur masih dipanjangkan ALLAH --
meningkatnya usia seiring dengan meningkatnya amal. insha'ALLAH.

oh, sudah sembilan hari genap rupanya sekeluarga besi menghuni dalam mulut ini. ah~
kalau sebelum ini aku memang suka berus gigi sebab suka, tapi kali ini sukanya aku berus gigi kerana aku kena menjaga sekeluarga besi ini dengan maha extra super ohsems kerana mereka akan (jangkaan) berada di dalam mulut aku selama dua tahun!

& doktor siap pesan --
tidak boleh makan kekacang, dodol serta chewing gum. gulp! (memang kegemaran kalau ituu wuu T.T)

ehem. takpa laa weh. bersama beberapa nikmat yang aku tidak boleh sudah hadam, aku tambah dalam list benda yang aku kena stop, or reduce it. which is ;
1. kurangkan/hilangkan kegilaan terhadap kaler kuning (T.T paling mencabar setakat ini)
2. kurangkan kafein (segala jenis teh)
3. berdasarkan no.2 maka sekaligus kurangkan pengambilan gula! (ingat, keluarga besi elergik dengan gula)
4. sebagai ganti no.2 & no.3 perbanyakkan minum air putih/ air suam

hah itu la beberapa resolusi untuk part makanan dan warna yang kira 'parah' setakat ini.

dan semestinya, dua puluh dua hari lagi menuju ke dua ribu lima belas ini --
pelbagai perancangan, benda yang difikirkan, perlu ada tindakan. rancang punya havoc tapi kalau buatnya habuk memang takda hasil laa kan?

jadi, dengan lafaz BISMILLAH --

"surah as-Saff : ayat ke 14"

tambahan :
jadikan laa membaca sebagai amalan. bacalah!

well, enjoy learning!

p.s.: 11 disember -- masuknya 22 tahun usia bunab a.k.a Zainab. a.k.a kay raby baex. senah helwa, kullu am wa antum bikhair sis. muach :*
~next is 20 disember -- wins a.k.a floresb a.k.a nurin kamilia
~autopostkbai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...