Wednesday, December 16, 2015

last part of 2015

Bismillah.

pertama & selamanya, Alhamdulillah untuk nikmat-Nya yang sentiasa mengalir tanpa had waktu.

tigaratusnamplohlimahari dalam tahun duaribulimablas masehi hampir menghabiskan kiraannya.

dualima novemba lalu fratellanza telah masuk angka duwa. & aku telah puns bergelar guru pelatih selama duwa poin lima tahun, inshaaALLAH ada lagi duwa poin lima tahun untuk dilalui bersama adik-beradiks anak manja ummi abah. batchmates pismp ambilan jun 2014.

beberapa hari lalu aku telah membaca sebuah-duabuah belog. ya, setahun tidak lama beb. untuk tahun ini sahaja, aku hanya mampu mengucap syukur atas segala rencana ALLAH yang langsung tiada cacatnya. aku merancang dengan cita-cita, tapi perancangan ALLAH ternyata lagi ohsems kerana Dia merancang dengan penuh Chenta. have faith, dear--self!

masih lagi kuingat dalam awal tahun ini sahaja, kemanjaan-overload-yang-diternak dalam diri ini tersangat laa mengada bah. antaranya betapa aku tidak bersyukur mendapat pensyarah yang kaya ilmunya, tapi Alhamdulillah. akhirnya terbuka jua hati ini sebesar-besarnya walaupun serius cakap... aku menangis sakit hati, endamau, kuciwa, sedih, macammacam lagi yang negatif memula. tapi tengoklah, kita berjaya mengharunginya kan gais? apalagimau dirisau. all iz well, Allah ada. Allah ada ^__^

duadua jun duaribulimablas-- masuknya nanamates dalam diari hidup ini. beberapa minggu kemudian barulah bertemu titik poin mesra dengan duwa manusia yang kuanggap rumetes jua-- faisyasyamels & piya rapunzel. seterusnya hadek hadek putri yang endala rapat sangat tapi boleh masuk dengan gaya aliens aku. terima kasih kesaiyangans kerana sudi memanggil nfnfhai dengan nama fhai. :D tahukah anda bahawa gelaran fhai mulai digunakan oleh kawan maya selepas itu merebak ke adik-beradiks anak manja ummi abah. terharu jua la ada orang sanggup panggil fhai kahkakakah. tapi jangan lupa pula, nama sebenar fhai ialah Nur Fatin Nazeha~ nfn for short.

aku takpandai sangats bab bicara ni. sedang dalam proses develop skills bercerita. seorang nfnfhai masih lagi kaku dalam nada, syoksendiri apabila memuntahkan katakata, & masih pro gelakkan lawak yang dibuatsendiri. & buat insan insan terpilih, bersedialah berhadapan nfnfhai yang sentiasa poyo, annoying, unexpected, gilos kuning, kuat makan, kaki tidur, aliens etc. >:)

please, jangan pernah putus asa, berfikir duatiga kali, malumalu pusak, takut itu ini, ragu ragu dan sewaktu dengannya apabila kau ternampak salahnya aku, silapnya aku, egonya aku-- kerana aku hanyalah manusia biasa yang masih lagi bertatih mencari erti diri menuju DIA. ya, aku lagi senang ditegur direct--face2face-- inshaaALLAH dengan cara begitu aku lebih cepat pick-up.

heh.
banyak pula muntah kuning tanpa kronologi ni. hiks
kurang tujuhblas hari lagi sebelum jasad kembali ke kolumpo bagi menempuh semester pat tahun duwa. pejam celik-- nanti bangun di kolumpo sudah tu. (jika masih diizin Tuhan, inshaaALLAH)

harapan aku-- semoga hati terus sado & ingatlah...
the biggest lie you tell yourself
everyday is that you have more time

--
puisi rasa hati
oleh: nfnfhai

kasih,
izin aku pergi meninggalkan kisah kita,
melepaskan segala janji yang dikota tanpa nada.

kasih,
semoga kautahu tiada dendam mahupun benci,
tiada kasih lain mahupun berubah hati,
cuma aku mahu kita sifar dengan rasa hati,
yang boleh di nanti-kemudiankan segalanya ini.

kalau nanti masih ada kasih,
semoga sampai lamaranmu di alamat yang betul,
kalaupun aku tahu--
bukanlah aku yang kaupilih lagi.

kubekukan rasa hati ini,
demi sebuah kasih yang lagi suci.

terimakasihkerana sudi hadir dalam diari hidup nfndinjj. maaf, mmk.

--

inshaaALLAH--
3.1.2016 bki-kul
4.1.2016 sem4 tahun2
10.1.2016 happeh +1 kullowyening
31.1.2016 happeh +1 ostajah

KOT 2016, hoki, #keepfit #havefaith #keepgumuks

well, enjoy learning!

#seploh hari chenta

Bismillah.

5 disember 2015 | sabtu
Flight bki 10:45am, sampai keyel dalam satulebih. Alhamdulillah. Disebabkan hakak ongots bagitau dia maybe akan balik IB pada hari isnin, so gua pun mengambil keputusan untuk lepak dengan bayang-bayang sendiri di keyelsentral. Part lawaknya, gua singgah lunch & dinner di sebuah restoran pastu hiruplah sekali air minuman bergas tersebut pastu entah cemana bila letak ja gelas kertas itu di atas meja terus terbanglah air tumpah ke bawah meja & ais mendarat di kerusi kosong depan gua. Yang gua tau selepas kejadian tersebut gua terus makan dengan maha sopan & ayunya sampai licin enda tengok kiri kanan. Serius malu beb, tapi gua buat muka poker-face semacam menghayati hidangan seja. Kahkahkah
Ini pengalaman pertama kali stay kkaa saturang. Alhamdulillah. Gua dapat tido lena walaupun lebih angka doblas baru mata lelap sepenuhnya. (itupun lepas kacau orang lain hiks)

bki - kul

dating dengan ais C':

ber hi hi hi hi saturang dalam hati

6 disember 2015 | ahad
Ahad yang...kriks. satu benda yang buat gua nda selesa sangats adalah ketiadaan air! masyaAllahurabbi mau buang air puns macam terpaksa kumpul pastu baru lunas satukali. Jadinya gua telah menyelesaikan segala hajat yang memerlukan air dengan jumlah yang banyak di tandas kkdri. Maka berpacaranlah gua dengan tangga seratus. Hari ini part yang menyentuh hati koning gua bilamana gua keluar makan di pasar mid & makan saturang di tempat yang gua selalu kunjungi bersama geng gumuks gua. Perut lapar & makanan sedap nda berapa terasa di lidah... seriusli, satu persatu memori diulang tayang tiap suapan makanan. Tinggal lagi gua perlu menitiskan air mata & lap guna sapu tangan baru la nampak dramatik cikeds. Hiks. Tapi gua kan macho, jadi gua puns sesatlah di kedai alatan sukan untuk beberapa jam.
Seperti semalam, gua tido apabila mata betul betul penats kira jam berpusing atas syiling. zZz. Dalam masa sama berharap sangat sis ongots balik esok!

puns bolehs~

7 disember 2015 | isnin
First latihan intensif untuk aurora team. Makanya gua telah menjejak tangga seratus pada detik 7:35am & singgah sebentar di tandas kkdri. Lepastu tengok padang ib masih kosong, jadi gua pun pergilah ko-op untuk mengisi perut yang nda pernah kenyang. Tunggu punya tunggu, sempat lagi cabut rumput & bercakap dengan labah-labah maka muncullah teammates yang pertama kali gua jompa. our kapten-- along & orec. Cool gila dengan hakak hakak ini. Macam biasalah recalls balik basic for hockey. Lagipun hakak hakak ini sudah setahun nda main hoki sebab busy mengajar (graduated jun 2015). Best part iz, diorang nda luki ilmu walaupun skills mantap gila. Sebagaimana gua ini jenis yang kena tunjuk cara, begitulah mereka memahamkan gua sefaham-fahamnya. Maceh hakak! Latihan tammat masuk angka seploh lebih pagi & kamipun brunch di amjal. Lepas makan gua ambil kunci untuk dua bilik & mereka puns check-in. petang itu barulah tiba hakak hanis dari penang (asal gombak) & hakak fasya-the-manager dari shah alam.
Along ajak keluar makan lepas isyak, jadi mencarilah member aurora mau bagitau tentang plan tersebut. Tetiba perasan, eh orec takda? Cari punya cari, rupanya dia tertidur dalam bilik tv. Pergh! Berani siot sorang-sorang. Malamtu gua jadi superjunior & telah berkenalan dengan mereka-- along, orec, hanis & fasya. Oh yeah, sis ongot tiba di hostel dalam doblas lebih a.m. semasa gua baru sahaja meletakkan kepala atas bantal. Syukur nda tercabut jantung cara sis ongot suruh buka pintu (yang penting dia nda ketuk...ciss).

bercakap dengan labah-labah

berkebun, menebas, buat batas

8 disember 2015 | selasa
Macam biasa, latihan bermula 8 am. Harini semacam chaos juga la memula sebab... entahlah? Dalam kepala gua masatu tengah bercanggah arahan antara kapten dengan sorang member. Tapi lantaklah. Yang penting gua enjoy mencabut rumput serta berkebun. So weolls stop dalam angka seblas lebih &brunch di amjal. Balik hostel, dengar bunyi air. Nehehehe! Alhamdulillah~ selesai bersihkan diri, rehat jap untuk latihan petang nanti dalam angka tiga pm. Disebabkan hujan & padang basah, weolls buat latihan di b3 parking kereta ja. Dalam angka lima lebih juga habis membuat batas. Kalau mau berpeluh banyak & cepat, pegilah di parking sana...gerenti dapat.
Selepas isyak geng yang stay hostel-- along, orec, hanis, fasya, ongot & gua puns ke keyelsentral untuk dinner & bonding time. Geng hadek hadek kalah lawan geng hakaks. Balik hostel tepat angka seblas, ready untuk modop~ zZz. Oh ya, time ni bobby datang bilik minta makanan. Sis ongot masakkan dia telur dadar sedap weh gua puns terliuq... tapi bobby nda habiskan! Ciss.

hijau I

hijau II

it's raining outside, so do my heart

9 disember 2015 | rabu
Latihan mula 8 am. Masih mencari keserasian. Connection. Love. Trust. Respect. Harini mau dekat angka doblas jugalah stop & brunch di amjal (lagi). Mungkin sebab penats sangat, maka memasing sepakat petang ni takdak latihan. Selepas bergolek beberapa puluh kali dalam bilik sis ongot, kami puns bangunlah di petang yang cerah. “mau kopi?” nahh kann... soalan yang jawapannya sentiasa ‘ya’ daripada gua kalau orang tanya mau kopi? Mau teh? masyaAllah... arigato gozaimas sis ongot! Terbhaikk la kopi kaww! <3
Malamtu kami dinner without hanis sebab dia pegi ngedate dengan adik di pasar mid. So keluarlah along, orec, adel, ongot & fasya ke... entah-apa-nama untuk dinner. First time ber-boat noddle. Nyummeh jugalah. Balik hostel, pastu packing sikit sebab esoknya mau pegi penang sudah. Malamtu bobby kaco gua! Ciss...mentang-mentanglah dia tau sis ongot ndasuka tempat dia kotor dengan bulu, terus dia pegi himpit mau tido sama. Pastu pandai pula kasi bangun jam 5 am. Terima kasihlah bobby sebab kau lah beg gua banyak bulu. Nasib comels.

it's a nice day for HOCKEY!

cabut rumput~

ihiks

10 disember 2015 | khamis
Along, fasya & adel gerak dulu pegi ambil jersi dalam tujuhlebih. Orec, ongot & gua gerak dalam angka lapanlebih pegi keyelsentral sebab sis ongot mau tukar flight ke 15hb. Maka bertemulah kami di rnr sg.buloh. bekpes dulu pastu bermulalah konvoi kami selama empatjam  doblasminit ke ipg tengku bainun dengan satu perhentian. Pertama kali bertentang mata dengan hakak wani yang steady sakk. Petang tu rehat sat pastu barulah keluar untuk dinner di de pauh garden. Rasanya gua sudah betul betul jatoh chenta dengan nasi goreng tomyam sebab setakat ini kalo mau rasa makanan pertama daripada mana mana restoran gua mesti order itu. Apabolehbuat... selagi belum berubah hati, gua akan makan sejalah. Balik hostel, bermulalah tido berkualiti gua dalam angka seblas lebih.

ahoy!
my family for-- 8days

11 disember 2015 | jomaat
Macam biasa latihan tetap jalan pada angka 8 am. Pertama kali team aurora lengkap. Walaupun masih mencari keserasian yang semestinya ndadapat dibina dalam masa sehari, gua tetap yakin weolls could made it! Yakin! Latihan tammat dalam angka seblas am. Selepas bersiap, brunch di suatu tempat yang dekat sahaja dengan ipg. Well, memandangkan haritu hari jomaat maka nasi adalah percuma. :3 harga sama jak macam di amjal kalau tambah harga nasi puns. Alhamdulillah! Memandangkan malam nanti manager kena dengar taklimat di usm, penang maka kami puns keluar sejalah sampai malam. Apalagi, bonding time di queensbay mall.
Along, wani & fasya pegi usm. Orec, hanis, jue, adel, ongot & gua stayback a lil bit more untuk beli makanans, minuman untuk esok. Sebelum balik ipg singgah sat di suatu gerai untuk ber-char-keow-teow. Mmdapp bolehlah. Belum boleh lawan yang gua pernah makan sebelumni pada tahun 2013 (beraya dengan kazen ja masa ppismp huhuhu). Balik hostel, modop awwal sebab esok 2 games pada 2pm.

hijau I

hijau II

hijau III

ke pulau ke kita

queensbay tempat orang orang kaya lehlahh...

12 disember 2015 | sabtu
Today iz de day yo!!1111
Walaupun terpaksa terima hakikat awal awal kena lawan team pemain negara. Apapun bak kata kapten-- “have fun. Enjoy!”. So pagi itu along, orec, ongot, fasya & gua gerak awal sebabnya jam seploh nanti ada taklimat terakhir dengan manager. Sampai, lawat booths, pegi taklimat & bekpes di subaidah sementara tunggu member lain tiba. First game agak mengejut jugalah sebab belum puns sempat buat warming-up team kitaorang kena panggil sebab team manatah tak jadi. Second game lagi lah...diawalkan juga. masyaAllahuRabbi...serius... nda puas main. Macam yang baru mau pakai kasut bah terus kena suruh berlari ni. Syukurlah kami sampai awal di tempat kejadian... apapun, good job girls! Walaupun kalah dengan ohsemsnya...hiks
Bagi mengubat rasa kuciwaa sebab nda puas berpanas, berpeluh, dengan adrenalin masih banyak lagi dalam badan, so weolls puns pergilah menghitamkan kulit di pantai-entah-apa-nama. Pasirnya nda se-best di pd, tapi apapun gua henjoiii. Oh yeah air lautnya UWEKKKK masin jo WEKKK. Selesai salin baju semua blah blah tu, maka kembalilah kami ke pangkal jalan. Dinner di BM best tomyam. Hhaha macam besa mestilah nasi goreng tomyam & teh ais <3. Kesian wani time ni sampai seja keretanya di parking terus kereta mati ndatau apa masalah. Disebabkan jue akan balik malamni juga, maka orec, jue & gua puns balik la duluan dihantar oleh along & hanis. Pergh! Seram jugaklah kami berdua jak di hostel tuu. Lepas mandi, masuklah bilik memasing. Time tu jugalah macam macam bunyi. Gua apalagi dalam kepala ready mau pegi bilik orec sudah & berharap orec bukak pintu. Tengok luar-- & orec bersedia menerima gua. Ihiks. Part semacam lawak buat gua bila orec tetiba cakap-- “fatin karaokelah.” halemak kak. Gua memang penyumbang lagu paling berjaya puns hee... tapi disebabkan memasing ngantuks, maka orec lelap dahulu & mata gua bertahan mau tunggu diorang pulang juga. Alhamdulillah, semua selamat sampai walaupun kereta wani terpaksa ditinggalkan. Masuk bilik, tido~

yuuuu esssss emmmm

passion for HOCKEY~ oh mai bae <3

42nd pesta hoki usm 2015 -- aurora team

13 disember 2015 | ahad
Pagi yang... kriks. Hantar wani depan pintu masuk, pastu brunch di kedai kenduri (nickname dak dak ipg sana). Boleh tahanlah makanansnya. “harini nak jalan ke mana?” “lepas makan fikir.” Selepas makan, maka tiba-tiba muncul idea-- jom pegi cameron highlands. Yang lain-- jom! Maka balik hostel, kemas barang, check-out & bermulalah konvoi kami ke brinchang, cameron highlands.
Bapaklahh jalan ke sana ya Allah... memang tawakkal habis jalan ke sana waktu malam & hujan lagi. Bak kata orec, “cameron highlands ni best tapi aku lupa pulak jalan dia macamni...” & sis ongot tambah-- “kalau mau pegi cameron highlands baik fikir seplohribu kali dulu.” Kahkahkah & gua hanya mampu berharap ada pintu doraemon seja masatu. Mencabar betul jalannya. Respect la sama driver! Aurolong, auronis, aurorec, aurodel, aurocile, aurosya & aurofhai puns sampai ke tempat kejadian dalam jam sembilan lebih pm. Dinner di pasar, makan stroberi cicah coklat & mencari tempat menginap. Menggunakan skills-entah-apa-hakak-hakak-itu maka kami mendapat apartment mewah dengan harga rm200. Pergh! Ada tiga bilik queen-size & single, 2 bilik air... siap ada dapur, ruang makan, beranda, ruang tamu lagi. Masuk tandas, cuci muka... beku... ugh! Punya main sejukkk. Bergulung dalam selimut. Brrrrr

bolehlahhh...

memula malas guna jari, leceh

akhirnya, tetap leceh


14 disember 2015 | isnin
#neverforget.
Di suatu pagi yang indah. Alhamdulillah.
Gua & orec telah masuk ke bilik along, ongot & fasya untuk suruh mereka bersedia. Memasing masih liat bangun, apalagi macam macamlah dibuatnya. & akhirnya semua bangun! Yeayy. Ongot duluan keluar bilik dengan tuala & dalam kepala gua masatu memang cakap yang ongot mau pegi mandi. Pastu nampak hanis jalan laju limpas pintu bilik. Tetiba bunyi kaca pecah yang agak panjang jugalah. Bila takdak bunyi sudah maka along, orec, fasya & gua puns bangun berlari keluar bilik. Cermin apa pecah? Fikirkan cermin besar depan ruang tamu yang jatuh... rupanya pintu slide tercabut pastu terlanggar hujung beranda itu yang bunyi panjang gila...
Well, pintu pecah boleh bayar, tangan luka semoga Allah beri kesembuhan sepenuhnya sis! Gua puns ndatau mau bagi reaksi apa. Terkejut, blurr, hairan, takut, risau... yang masih dirasa sampai sekarang-- LAWAK. Astaghfirullah. masyaAllah. AllahuRabbi. XD biar de aurora sejalah tau apa yang jadi ahh. Speedy recovery! Oh yeah, sebagai denda kami kena bayar rm200. Hmm kira macam save bajet gila juga la sebab bayaran penuh apartment tersebut sepatutnya rm350, sama jak macam tambah rm50 jak. Hihihi

Memula sekembalinya along, adel & orec daripada berurusan dengan pihak apartment (kasi balik kunci & mengaku TERpecahkan pintu slide), mereka buat muka ketat. “kita kena bayar rm1k." along masatu masuk petronas mau withdraw. Gua dalam hati antara cuak & ndapercaya. Iyalahkan takkanlah diorang kena lepas macamtu seja, bolehlah kami melarikan diri tanpa bayar. Lagipuns ndalogik sebab manada perjanjian hitam-putih. Krik krik krik untuk seketika, along tetiba cakap-- “apapun kita g cari makan dulu...” jeng jeng jeng. Bagi gua kalo mau prank ini part spoil sebabnya makan untuk menggembirakan (bagi gua lah ^__^v). masatu gua tau sudah takdak masalah apa aihh. Lepas bekpes barulah adel bagitau, owner bukan taupuns harga sebenar slide tersebut, & slide itu memang murah puns kalo nda manakan pecah macam kena ribut seja jo!

ayat paling win pagi itu-- "ngaku jelah kita terPECAHkan slide ini daripada takbagitau apa apa atau menipu. nanti satu penipuan akan jadi penipuan yang lain pula. nak jawab apa kat akhirat nanti."

On the way pulang ke kota metropolitan, singgah sat di pasar pastu pegi lavender cameron highlands. Berabis bergambars, berhenti di rnr tapah. Gua, adel, ongot folo kereta orec. Hanis & fasya folo kereta along. Maka kembalilah memasing ke tempat asal.
Gua dihantar direct ke airport. Flight kul 8:45pm. Sampai 11:20pm. Sampai rumah 12++am. Supper. & lena dalam satu am.

dilanggar angin bayu a.k.a. gajah

koning I

koning II
"awak tengoklah daun ini, itulah perasaan saya terhadap awak..." C':

koning III
"awak, rumah kita nanti atas pokok macam ini boleh kan?" C':

well, we made it. lol

---------- TAMMAT 2, 048 patah perkataan ----------

Terima kasih seinfiniti buat member aurora team. Semoga kita ditemukan lagi oleh Allah di lain waktu kehidupan. Inshaa ALLAH panjang umur, murah rezeki, tahun depan join lagi as Che'gu Suka Suki pula? Inshaa ALLAH, untuk segalanya. Alhamdulillah, seploh hari gua yang penuh chenta. Ampun maaf silap salah, terima kasih atas segalanya. Sekian sahaja travelog gua dengan bahasa aliens kaler koning. Maceh sudi baca, hiks!

inilah lemaks gua. hari ini masuk day-26 gua pura pura ndarindu dengan mereka. ouch!


Well, enjoy learning!

Sunday, November 8, 2015

it's november, again

Bismillah.
Praise be to Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

03112015 | 21Muharram1437 | selasarianzx

novemba. tahun kedua bersama fratellanza, anak anak manja ummi abah, di hostel yang sama, with le annoying rumetes (wewenmuks &syiqinmuks). Alhamdulillah. ^^
(nanamates sejenis rumete yang suwwits, endaboleh masuk list annoying ;3)

bittaufiq wannajah fil imtihan, bagi anda anda yang sedang dan akan bertempur di medan lawan donia. semoga segala apa yang terbaik, menjadi milik kita semua. insya-Allah. tadi pergi teman syasyamels ke klinik pergigian bangsar. timing hujan kena betul sebabnya sesampainya sahaja kami di kawasan terbuka maka hujan pun turun mencurah-curah. Alhamdulillah. dan wajiblah basah kuyup kan. kesian syasyamels kesejukan. gua enda apa, gua kan macho. (ihiks poyo melebih)

di kala syasyamels bertemu dengan doktornya, gua duduk seorang dalam keadaan tejukkk juga la. masatu juga la fikiran menerawang, mengembara mengimbas masa lampau-- haish padahal buku depan muka. fenomena melayan perasaan ini memang kuat kalau kesejukan dan sunyi~~
sebabtula salah satu faktor gua suka melepak di mana-mana selain seorang diri dan seringkali gua tertangkap sedang kacau manusia lain sebab gua tengok dunia mereka tidak sama dengan dunia gua. jadi gua downgrade-kan dahulu dunia mereka barulah gua melangkah masuk dengan ceria, dan paling penting ANNOYINGnya. ihiks

pehh banyak gila membebel.

1 done, 3 more to go. saja kasi kurang karat menaip. atau mungkin escape from my own silence-make-up-world.

--

08112015 | 26Muharram1437 | ahaddahpulak

Alhamdulillah. one more paper to go, 10days gap to it beb. fuhh~

"denial is actually admitting. isn't?" walaupun yang luar itu tidak terlihat, yang dalam-- Tuhan seja yang tahu :3

entah la. semenjak mendengar khabaran daripada kembaq kaklong satu & kaklong dua, ada satu entiti yang cuba gua nafikan. sepertinya gua tidak pernah move on. atau lebih tepat lagi, term 'move on' itu hanya la ilusi mengaburi telinga sendiri dan insan-insan di sekeliling gua. entah laaa... geng.

or maybe... move on is really the scariest thing, aitesss. (tuju diri sendiri)

em... motif?

argh! entah la.
moga rasa yang hadir itu-- benar la rasa yang Tuhan kurniakan. jauh la kiranya daripada bisikan mainan tipu daya setan dan donia seisinya.

k. banyak membebels suda ni. semoga, hati terus sado--nfnfhai.
selamat ber--cuti seeeeekejap sebelum balik Sabah! ^^

16.11-- final linguistik
18.11-- simulasi main kawin2
2?.11-- Sabah with loves

5.12-14.12-- hoki usm
3.1-- sem 4

insya-Allah-- for everything!

well, enjoy learning!

Friday, October 2, 2015

#pause

Bismillah.

izinkan gua memuntahkan sedikit rasa hati ini. sejujurly, dalam minggu ini entah berapa kali terlalu ingin gua meluah dengan insan yang gua chenta-- rumetes. nanamates, syasyamels, rapunzel, minion popel & msgruu. semalam, saat diajak menonton cerita bujangans, sudah gua rangka apa yang ingin dikongsi. tapi itu laa... hanya tersadai di hujung lidah.

entah laa.

untuk entah pertama atau keberapa kali sudah-- yang pastinya ini first time gua perasan yang gua tengah... stress-tahap-endatau-apa-yang-dirisendiri-rasa. kalau sebelum ini boleh saja gua menghadapi semuanya dengan tenang jiwa, tidak untuk masuknya minggu ini. kalau la kamurang sedar, gua menggunakan teknik defense-self most all the time.

masuk hari ini-- sudah empatlima kali diam gua adalah diam yang ingin berbicara. sakit sendiri jadinya.

entah laa.

...&& di penghujung kesimpulan atas ketidakpastiannya rasa yang hadir dan peluang meluah yang tidak tercapai ini, gua ingin kalian tahu wahai chenta hati gua--
bantu gua untuk move on dengan dirisendiri. tolong ya?

mungkin saja situasi gua sama dengan syasyamels. mungkin. mungkin saja gua sedang keliru. mungkin. tapi untuk segala tidak pastinya esok kita, izinkan gua untuk tidak memberi harapan... menjadi harapan... menunggu harapan kau & aku-- benarbenar menjadi kita. untuk segala esoknya kita--
inshaaALLAH.

sekali lagi, izinkan insan yang bukan sesiapapun ini untuk mengundur diri di medan chenta buatan kita. untuk masa masa yang berlalu, kalau dilihat bukan selalu pun berhubung. cuma... ada suatu entiti yang mengikat hati gua agar setia dengan sesuatu. entah laa... terasa tidak layaknya diri sedangkan Chenta Dia belum pun gua selami sepenuhnya.

entah laa.

gua ingin sifar daripada rasa rasa yang sebenarnya boleh saja di-nanti kemudian-kan ini sehingga MASA benar benar mengizinkan. ya, ini keputusan gua. kau tahu atau tidak, kau baca atau tidak. ini muktamad. terima kasih sahabat. semoga hari kau, lebih baik daripada hari ini.

sekian,
jujurly NurFatinNazehaKhairuddin

Tuesday, September 22, 2015

#selesai

Bismillah.

Alhamdulillah.
seminggu yang amat chaos telah selamat dilalui sebelum mengharungi seminggu ber-PBS fasa tiga pula di Port Dickson, nesmilan. minggu zom...bah, tiga esaimens, events, kuiz & micro-teaching-- Alhamdulillah, moga ada nilaian di mata-Nya. sesudah seminggu itu habis, Allah bagi pula sedikit rasa sakit untuk basmi dosa-dosa yang mungkin gua sendiri enda sedar ter ter dan ter sepanjang minggu tersebut. Alhamdulillah, dua hari terasa melayang-layang. segala rasa rindu yang menimbun dalam satu masa, keinginan mau makan itu ini yang memang teda di sini, rasa mau dimanja disaiyangs semua la bah... terima kasih sahabat atas sudinya melayan kerenah aku sepanjang fasa meraih kembali kekuatan zahir & batin. eceh

14-18 September 2015--
pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama tiga hari di sebuah sekolah rendah di PD. sehari cuti kerana jerebu & sehari lagi sebab Hari Malaysia. dua hari berturut-turut ambil relief class-- sedikit waktu itu lah yang banyak memberi gua erti. macam biasa, kelemahan gua adalah kawalan kelas. uhuks. konfiden dan lontaran suara gua masih di level rendah. inshaaALLAH antara benda yang sentiasa ada dalam lists untuk dinaik taraf kelak.

19-20 September 2015--
Alhamdulillah. Barakallahufikum, buat kekasih hati kami, kak Aini yang telah selamat diijab kabul pada 6 Zulhijjah | 20 Sept lalu.

dan kini, seminggu bercuti. tenang-tenang la kudrat seketika, sebelum gear 5 aktif kembali.

kalau bicara kita semuanya kata kata rindu belaka,
baiklah kiranya jika gua berdiam lebih sahaja.

entahlah. seminggu sebelum minggu chaos tersebut, serius-- gua sudah mulai rindu akan anda anda semua, terutama kau-- minion popel. & minggu havoc tersebut sengaja tidak diganggu bayangmu pun kerana gua tahu akan keadaan kau ketika itu. haha masing-masing pun curi-curi tidur dan bernafas inikan pula mau gurau gurau manja masa tu kan. endapalah. moga rindu kan kebah juga nanti.

selamat bermicro-teaching, menyiapkan tugasan tambahan, simulasi akta satutujuhpat, tournament hockey etcs to u, olls. may Allah ease, bi iz nillah!

wahai,
semoga kau baik baik sahaja di sana. belum masanya aku merindui kau. biar sahaja kau tahu, kau ikhlas-- aku jujur.

~nfnfhai--
entah laa. detik tiga pagi itu masih utuh bermain ulang di kepala gua. kata-kata "hey ini kali pertama kita keluar bersama! walaupun di ppum seja..." asyik replay bila tiada lagu berbunyi di dalam kepala. apa sakti kau ini sahabat? balik dari meninggalkan bilik selama seminggu haritu, gua menerima berita yang agak pedih juga. pedih kerana gua tiada ketika kau perlukan support (tapi aku tahu kau kuat dan mereka ada untuk kau) & pedih kerana yang terlibat itu antara sahabat gua juga. bertabah laa wahai hati-hati yang diuji oleh ujian kasih saiyangs Dia. ALLAH uji kerana kau bersedia & mampu sahabat.

mohon--
jika salah gua jelas terpamer di mata kalian, tegur. tegurlah gua secepat boleh face-to-face.
kadang gua pun tersasar jua walau cuba sedaya mungkin berjalan di laluan betul. kadang yang betul itupun ternampak salah kalau bukan iman ukurannya. Allahu. Nauzubillah min zalik.

ayuh, berpimpin tangan ke Jalan-Nya (:

nanti nanti drafs gua akan dipublish jua. ini kes banyak idea, malas menaip ni. ihiks

well, enjoy learning!

Friday, July 31, 2015

kotak inspirasi II :

Bismillah.

first & forever -- ALHAMDULILLAH. thankyou Allah.

di bulan terakhir Julai, bersamaan 16Syawal1436H ini --


"i really just want to be warm yellow light that pours over everyone i love"-- conor oberst 

#getfit #headstand #handstand


from virtual to real world. love you all, sistas!
atiox, rabyox, anurmox, wanjenkx, fhaiox.


see you again in december, lavv!
inshaaALLAH <3


gumuks comels. gumuks. gum. muks.
i heart yellow

sometimes silence is the best answer for stupidos questions! ugh


sungguhla perkenalan merupakan proses yang berterusan.
please be my forever purple minion!


#cubatrytest #vscocam


sem ini belajar kritikan sastera.
complicated. yet. beauty.


#goforgoals #nfnfhaiox


for you, nanamates --
fuhh~
yang di atas hanyalah 1% dari albums editted gua. bukan yang terbaik, dan tiada maksud tersirat puns. ihiks

punya la sebelum masuk sem tiga ini gua rasa tekanan emosi dan kecelaruan fikiran memikirkan jenis apakah rumete yang bakal gua bersama sebilik nanti. SubhanAllah. Alhamdulillah.
semoga aku diizin untuk terus bahagia bersama rumete gua ini. lillahitaala.

22jun2015 -- balik dari kuliah, masuk bilik sambil menahan debar sebab tahu hari ini juniors masuk.
jeng jeng jeng~ nampak beg kaler pink, lapis pink dan telekung. kbai
punya tabah setiap hari selama seminggu mereka bangun awal dan tidur lambat. tidak dapat bantu banyak pun. dan semestinya gua cuba untuk tidak spoilkan keadaan kahkahkahkah sebab modul minggu pengurusan pelajar macam hampir sama ja, hopefully yuolls henjoii de moments la eh sebab gerenti benda memori emas tersebut la yang akan dirindui dan menjadi cerita buat hadeks hadeks nanti.

oh ya, rumete gua suka kaler pink. sedikit masa lagi berkaler blok la bilik kami ini dengan kuning dan pinknya.

Ogos sudah mari. semoga kita kita ini yang mampu melihat dengan mata, merasa dengan jiwa, mendengar dengan telinga dan bercakap dengan mulut tahu apa yang perlu dibuat. doa, doala untuk semua. kalau enjin sudah usang, gantila dengan yang baharu. dan jangan sekali kali kau tinggalkan hati kau.

selamat melangkah ke bulan penuh menjadi zom... bah!
esaimens, projeks, pamerans, kursus, tournaments, exams. etc

"QAWIY!" bisik bayang bayangnya setiap hari di depan cermin.

well, enjoy learning!

lebiuu chenta pertama saia -- dayangdayah
forever gelprens -- ainnia adil mers zihah poyo kaktika
myminions -- wenwenminionpopels syiqinmrgruu
mylavv -- nanamates. & syasyarapunzel ;*

ehem. mak saya sudah restu. mak awak pula? abah saya cool.

Thursday, June 18, 2015

#yangtidakterpost

Bismillah.
1st of Ramadhan 1436H | 18 Jun 2015M
berikut merupakan beberapa suarahati yang tersadai di dalam document laptop ini. oleh kerana laptop ini bakal diformat (sekarang sedang proses pemindahan data penting ke hardisk), patik lampirkan beberapa suarahati yang ingin dikongsi tetapi tidak berkesempatan kerana semduayangsangatspadat.
silakan --

2 0 1 4 ;
1st of April, 2014 – Tuesday
Bismillah, i begin with the name of Allah
*fuhhh~
Hari ini, for the first time in my college life; i get the chance to see half of the amazingness of my fellas in the classroom.
Terasa mahu ber’woww’ uhhh ohh wow banyak kali. Pergh, banyak gila bakat terpendam yang dipamerkan ..xD
Most of the time, i didnt realize i was smiling! Patutlaa macam rasa penat ja, padahal jadi camwoman ja pun. Semestinya, banyak part video tu scene dia kabur-kabur dan unstable sebab si perakam ter—ter—dan terr kahkahkah
So heres a dedication for all of you. My inspiration, my laughs, my smiles, my anger, my madness and my everything. To you, my dear comrades!
Panda

Bulan MEI.
Hari ini 8 Mei 2014. Selamat meningkat setahun lagi usia buat abah ;D
Mentor kami yang ohsems! Dr Hj. Md Sabri bin Che Man & pensyarah BMK cik Hamidah Abdul Hamid.
Semoga redha Allah sentiasa memanyungi kita semua.

Bulan JULAI.
Hari ini 10 Julai 2014. 13 Ramadhan 1435H. Semoga Allah redha!
Aku ingin ditarbiyah begini. Moga-moga ini yang terbaik, insha’Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakeel.
Akan kucampak diri ini ke medan dakwah bersama kejahilan diri untuk dibasmi sama,
Akan kuharungi segala derita kerana aku hanyalah insan biasa.

Hari ini 18 Julai 2014. 20 Ramadhan 1435H.
MH2640. our thought are with MH370 & MH17 – innalillah wa innalilahi rajiun.
Di atas awan, menuju ke hometown. Keluarga yang sentiasa dirindui.

Kembali bersama projek kerja kursus semestinya – PBS. May Allah ease.

1dec2014. Isnin, bangsar, kolumpo.
Bismillah.
11.40 am –
Dua hari lalu ketika berhabbo aku sempat membaca satu blog yang menceritakan pengalamannya berbraces dan ya, beliau memakai braces tersebut pada tahun ini juga.
Jadi, di pagi yang indah ini aku telah bersedia untuk dipasangkan base iaitu besi yang akan menyokong tarikan gigi gigi yang tidak tersusun dan letaknya di gigi geraham. Pehh terasa nikmat yang amat apabila getah yang diletak pada gigi geraham untuk membuat gap tersebut dicabut daripada gigi. Terasa ringan seketika gigi ini. Dan sungguhlaa aku bahagia sampai sempat berfikir, eh cepatnya? (aku pesakit terakhir pada hari tersebut bersama doktor pakar wanita)...
Tiba-tiba, entah apa yang berlaku, dan bila aku kembali ke alam nyata(sebenarnya aku terleka dengan cerita doc dan nurse tentang kisah kehidupan antara mereka kahkahkah) telah ada makhluk besi ini menghuni di dalam mulut. I don’t expect this at all cause the doc once said the process of doing my braces is next year!
So, for this two years (insha’ALLAH) – i must take great extra ohsems care of my gigi besi and no more nuts, dodol and chewing gums! ;’) i just ate choc actually rite now lol (writing this on an aeroplane to Kota Kinabalu ihiks), tapi tuu la macam yang bebi bebi bah makan, main cairkan di lidah dulu baru telan.
1 disember di bulan Safar telah menyaksikan aku, selesai apoimen gigi di bangsar, jumpa kazen di masjid jamek dan ambil barang kiriman dan ke keyelsentral. Im looking for coffee smoothea at chatime tapi teda & melangkahla kaki ke teh tarik place, dating bersama bayang sendiri. Paling semangat minum teh tarik ais dan roti canai (walaupun sudah potong kecil kecil tetap endahabis). Pastu pergi ke lrt universiti dan balik ke kg. Sg. Penchala...
Part paling sheksa setakat ini, makan. Aku dah la jenis cepat lapar dan selalu lapar, bila dinner tuu, ya Allah... mahu nangis telan nasi sebab kesan tarikan besi tu terasa sudah. Tapi sebab lapar, terpaksa main telan telan (tidak cukup kunyah 40kali ekekek). Dan semalam aku dinner nasi putih dan telur dadar, mahu dekat sejam baru habis untuk segenggam nasi. Sambil keluar air mata bah kunun makan. Ah~ semoga cepat fasa menyesuaikan diri ini berlalu.
Plan lepas balik kota marudu, mahu minta ajar berus gigi tahap dewa dengan sepupu. (harusla tanya yang berpengalaman kan).
Begitu la serba sedikit cerita semalam. Oh selesai doc tu pasang braces, beliau sempat berkata;
”sepatutnya saya tak pasang hari ini, tapi takpe la.”
Terima kasih doktor gigi, nurse, klinik pergigian bangsar. Panjang umur, ada rezeki jompa lagi pada 3 mac 2015 insha’ALLAH.
Dan selamat menjadi sebahagian aku, besi dan keluarga. Jangan nakal-nakal.
The end

2 0 1 5 ;
mac yang datang bersama chenta.
Tanggal 9-11 mac lalu abah telah datang ke kolumpo untuk berkursus di kajang. Bulan mac juga la ramai anak anak abah Dr sabri menyambut hari kelahiran memasing. Berderet pulak tu setiap minggu. Semestinya bahagia untuk dikongsi bukan?
Ah! Sungguhpun begitu, aku tidak mahu berkongsi betapa patheticnya rasa yang hadir dalam hati aku disebabkan beberapa hal yang terjadi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sebulan lalu iaitu di bulan februari, berita bahawa abah akan ke kolumpo telah dikhabarkan kepadaku melalui telefon dan grup wassep famili. Siapa yang tidak eksaited kan? Sepanjang minggu aku selepas menerima perkhabaran tersebut membuatkan aku insan yang paling bahagia ketika itu. Ingin sahaja aku khabarkan ke seluruh alam dan warga ipbms tapi... aku masih waras. Insha’Allah for everything.
Ketibaan abah ke kolumpo menjadikan grup famili agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan gambars abah sepanjang di sini. Hai bertambah lagi la keterujaanku menanti abah. Tapi... dalam berharap tersebut, dengan sakitnya rindu yang tidak kebah, di sudut hatiku – hati aku tetap memujuk sentiasa... jangan terlalu berharap, kelak yang diharap tak dapat, merajuk tidak bertempat.
Benar sekali apa yang pernah terdetik di hatiku, abah tidak dapat melawatku... ah
Ketika itu aku baru selesai maghrib dan ada wassep personal daripada abah. Allah sahaja tahu apa yang hatiku rasakan. Aku mengambil masa tigaploh minit untuk menstabilkan emosi sendiri... ini, tidak aku kongsi kepada sesiapa. Ya, seorang nfnfhai yang dilihat kuat zahirnya, tewas juga dengan emosi pada malam tersebut.
I found myself so much in a pathetic way when it comes to emotion.
Seminggu menjadi zombie membuatkan aku hilang seketika deria merasa hati hati manusia di sekelilingku. Itu pun aku tersedar apabila aku ditanya soalan yang telah menyentapkan keegoan ku sendiri. “fatin, kau dah siap?” ...padahal progress aku sewaktu itu baharu 50-20-70 untuk tiga tugasan yang perlu dihantar. Siapa tidak sentap bilamana kita berada di parameter yang sama dan faham akan semantiknya.
Alhamdulillah, hanya pada Allah aku serahkan segala rasa syukur kerana diberi kekuatan, kesempatan masa, kesihatan dan curahan idea untuk aku menghabiskan juga tugasan yang diberi.

ketika ini classmate yang mengetahui akan wujudnya belog ini hanya dua orang insan yang aku tidak jamin untuk mereka folo-ap pun isi belog ini, melainkan aku yang paksa mereka membacanya. ihiks
disebabkan semester 3, tahun 2 tinggal beberapa hari lagi (inshaaALLAH)--
aku ingin meluahkan juga rasa hati yang terbuku ini. walaupun telah aku suarakan separuhnya di grup minion itu. & aku telah bersiap siaga andai belog ini dijumpai oleh bakal rumete ataupun sudah jadi rumete aku. bacalah, sekadar baca.

lima bulans lamanya untuk menjadi loner di bilik sendiri dan terpaksa berhijrah ke bilik sebelah menjadikan aku agak awkward untuk menyambut junior yang bakal menjadi rumeteku di semester depan. semoga aku tidak tinggi diri, mampu menerima antara satu dengan lain dan paling penting-- merasai wujudnya seorang rumete. bi iz nillah.
bersama terpostnya suarahati yang terpendam ini--
terima kasih buat dua orang insan yang telah membuatku menangis seorang diri, ketawa seperti kanakkanak kecil, melayan nakalnya diri ini serta pelbagai kerenah annoying seorang nfnfhai--
semoga ALLAH memberi kalian kebahagian, kesihatan, kekuatan, dan segala yang baikbaik di hari mendatang.
"sa tau pekatnya Sabahan sa adalah satu hal, apa sa buat lagi satu hal. sa minta maaf untuk semua benda yang tidak terjangka-- tibatiba jak sa buat ah. jangan berhenti menegur sa, dan mengkrik krik krik kan sa!"

buat arasmates--
andai kalian terbaca post ini.
ketahuilah. saya, nfnfhai sangat amat sungguh sekali ; sayang kamu.
please... tegur saya. nasihat saya. sambut dan tarik saya. untuk beriringan ke jalan yang diredhai Dia.

buat batchmates--
walau apapun keputusan yang kita dapat untuk semester dua ini,
TAHNIAH! semoga proceed.

Selamat menjadi pelajar di madrasah Ramadhan ini.
"selamat menempuhi 1 bulan dengan cemerlang, 4 minggu kebahagiaan, 30 hari keberkatan, 720 jam penuh keinsafan, 43200 minit penuh senyuman dan 2592000 saat dilimpahi kasih sayang :)"
#janganlupasujudsyukur
#semogaRamadhankaliinilebihohsemsdaripadasebelumnya

RAMADHAN KAREEM :')


20jun maiAnasengets'20thday
21jun senahHelwahnurheedayahbeesayams
22jun sem3tahun2
23jun newrumete
25jun happeh21stpocoyo
15jul-20jul Sabahbah
21jul-25jul Klang

well, enjoy learning! 

Friday, May 8, 2015

semduwayangchoas

Bismillah.

pertama dan selamanya, Alhamdulillah -- segala puji hanya kepada ALLAH atas segala nikmat yang lima dan semua yang berlaku atas takdir DIA. semoga HIKMAH mampu dilihat oleh mata kabur ini...

mengimbas kembali dua bulan tanpa sebarang post -- sungguh la, kerana MU aku masih mampu berlari ke garisan penamat itu. inshaaALLAH
bak kata seorang classmate ; "memang la kita sem ini... mungkin cuti nanti baru dapat bernafas balik..." ihiks. melewah sungguh kan ayatnya, tapi itu la hakikat yang benar lagi nyata..
inshaaALLAH ada lagi tiga minggu sebelum tirai sem dua ini ditutup...

19, 21, 25, 26 mei ke medan perang
6 - 13 jun ke medan bakti
14 - 21 jun ke medan rindu
22 jun 2015 -- semester tiga, inshaaALLAH

semoga.
ini aku pesan kepada diri setiap hari --
HATI HATI JAGA HATI.

senyum aku, laku aku, cakap aku dan bermacam yang daripada aku secara original --
muga muga tiada jiwa yang tershiksha kerana aku.
andai ada juga, aku mohon maaf. maaf sangat. sungguh tiada niatpun untuk menyakiti sesiapa

sejujurlynya la kan...
aku tidak mudah ter-efek dengan kata-kata kamurang (kecuali yang melibatkan emosi level 6)
TAPI reaksi yang ditunjukkan on-the-spot la yang menjadikan aku si peliks yang terpeliks-sangats

i know my cheeks are goin' to be red (malu la bah pula) -- so what did i do?
i do what i did... senyum-senyum dan cari tempat bersembunyi. ihiks
yang benarnya dalam hati sejalaa cover berabis.

jadinya,
semoga rindu yang disimpan sejak masuk sem dua ini (since 10th of Jan) -- sempat untuk dilunaskan dengan penuh kasih sayang rindu chenta buat mak abah aga ad adek dan le biggie familia et lavv Below de Wind || inshaaALLAH ||

buat adik beradiks anak anak abah yang sado dan comels, (jangan lupa tarik nafas baca part ini)
semoga baki tiga tahun lagi ini kita dapat melaluinya BERSAMA dengan ohsems sekali.
semoga kita yang bermula dengan angka sifar akan menjadi ANGKA kuasa berapa sejakaumau apabila tammat kelak.
semoga kita kita yang betul mengaku bersahabat -- kekal sebagai sahabat buat selama-lamanya.
semoga doa aku dan kalian, dimakbulkan oleh-NYA -- cepat mahupun lambat, SEMOGA!
& untuk segala berharapnya kita... inshaaALLAH untuk segalanya. bi idznillah. dengan izin-NYA jua la.

baiklah. cukup la kot laporan yang agak bercelaru ini. ihiks

---

kudedikasikan puisi rasa hati yang terlahir murni secara spontan kepada anda yang sedang membaca atau terbaca belog ini :

PUISI TANPA TAJUK

duhai hati yang punya bicara terkunci
usah kau pendam lagi sendiri
luah segalanya tanpa ragu lagi
kerana DIA sentiasa ada untuk kau berkongsi.

duhai hati
bertabahlah atas segala yang berlaku
semoga semalam menjadi kisah pedoman
dan hari mendatang kau melangkah lebih padu dan utuh
dan jadilah yang terbaik mulai saat ini
kerana duhai hati
kau punya tempat yang lagi tinggi
dengan syarat kau tahu
dengan berlapang dada atas segalanya
dan memandang penuh HIKMAH
dunia ini milik kau dan semoga
akhirat beroleh kejayaan jua.

inshaaALLAH, untuk hari esok yang bukan janji untuk kita bernafas lagi.

sebagai kata kata pesanan buat seorang insan yang terlalu jauh daripada capaian mata kasar dan alam maya, semoga Tuhan memberi apa yang layak buat aku dan kau. hiduplah dalam doa, sentiasa.

nota kaki :
sejak melangkah masuknya mei --
di suatu pagi yang segar sesudah berjoging mengelilingi tasik yuem, & kau membawa balik ranting kayu itu yang kini duduk statik di dalam bilik aku :
sejujurnya aku rasa lain.
entah la? ada kaitan meh dengan ranting? atau aku berhalusinasi sendiri?
aku benci rasa yang hadir ini. dan ya, bukan salah kau atau sesiapa.
entah laa... WHAT HAPPENED TO ME ACTUALLYYYY?! )";
unexplained. unknown. frustrated. etcs idk what to desc. )': )': gosh

--

upcomings :
11mei pameran literasibahasa
study week --
larian guru,
hari guru,
buguru gururu

kbai

well, enjoy learning !

Wednesday, February 11, 2015

bulan kedua

Bismillah.

Alhamdulillah --
hari ini 21 rabiulakhir 1436H | 11 februari 2015

sungguh, banyak sekali cerita yang tidak mampu aku kongsi hatta dalam nada gurau, sengaja, indirect etc seperti selalu yang aku lakukan. dengan keyboard kaler kuning dan rasa mengantuks yang amat tinggi, aku mahu juga menaip di sini (guna hp ja).

kisahnya, aku sebenarnya telah lama mencoba dan coba lagi dan lagi untuk tidak meletak harapan pada benda yang tersangatla tidak pasti kerana sesungguhnya --
mati itu pasti, hidup insha'ALLAH.

dan aku yakin, pasti... kau juga melalui apa yang aku lalui.
*meletak seluruh harapan dan meminta hanya pada ALLAH SWT.*

aku minta maaf. rasa yang hadir, aku langsung tidak tahu untuk meng'explain'nya.
semoga kita termasuk dalam golongan yang Allah sentiasa jaga.

sentiasa muhasabah diri...;
apa khabar iman? apa khabar amal?
sudah baca Quran? sudah berselawat?
apa khabar hubunganmu dengan Tuhan? apa khabar hubunganmu dengan manusia?
[ setiap masa ]

sekali lagi, aku mohon maaf.
takut sekali andai aku tidak mampu memegang janji.
Allahu. izinkan aku terus merasai chenta MU dan chenta hamba MU yang mendekatkan aku kepada MU, ya ALLAH.

~kalaupun aku harus berlari
ketahuilah bahawa yang telah tertulis buat'mu'
tetap akan bersama dengan'mu'
kalaupun bukan di dunia
insha'Allah di Syurga

sekadar nukilan picisan,
maafkan hamba Allah yang HINA ini

11022015 : 1800
not autopost

Saturday, January 24, 2015

hati hati menjaga hati;

Bismillah.

untuk berada di barisan ini, aku mula sedar banyak perkara.

apa fikrah--mu?

*ulang soalan*

apa fikrah mu?

24012015:1555

well, enjoy learning

Wednesday, January 7, 2015

penghabisan cuti sekolah --

Bismillah.

bersama musibah yang datang, seluruh Malaysia terutamanya yang terlibat secara langsung menerima sedikit berita yang melegakan, iaitu penangguhan sesi persekolahan bagi tahun 2015 -- selama seminggu. bukan itu sahaja, pelbagai pihak turut turun padang menyumbang kudrat bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. subhanAllah, semoga Allah sentiasa merahmati mereka dan meluruskan niat semata-mata mencari redha Dia.

"setiap perkara itu berlaku bersama hikmah" --insha'Allah, yakin dengan Dia, perancana terindah buat kita.

*mood 'gua' on*

seperti tahun tahun sudah, gua tidak perasan pun bahawasahnya telah masuk 1.1.2015 & rasa dia tetap sama -- life goes on, Alhamdulillah. for every chance we had.

dengan ter'drag'nya sesi persekolahan, maka ter'drag' juga sesi kuliyyah yang akan bermula pada 12.1.2015 ini. insha'Allah.

planning -- may Allah wills everything. (:
8-9/1 : keningau - nabawan, nikah kazen sebelah abah
10/1 : fly to kolumpo
11/1 : back to ib

untuk beberapa jam sahaja lagi masa kebersamaan dengan keluarga terchenta, moga moga gua tidak homesickos overload much very amat sangat kelak. kahkahkah


 hijau~ senantiasa memberi ketenangan~

 kejernihan airnya~ fuhh
subhanAllah

berada di tengah arus dan percikan air yang sejuk~
kesegaran yang memotivasikan

semoga yang baik baik sahaja sentiasa menjadi milik kita. jika sebaliknya yang berlaku, ingatla bahawa setiap peristiwa bukan sia-sia -- kerana ada hikmah yang indah buat kita yang berfikir.

selamat melangkah ke semester lima.
selamat melangkah ke semester dua.
ikhlaskan niat, lillahi ta'ala
all the best

well, enjoy learning!
07012015 : 1645
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...