Tuesday, September 22, 2015

#selesai

Bismillah.

Alhamdulillah.
seminggu yang amat chaos telah selamat dilalui sebelum mengharungi seminggu ber-PBS fasa tiga pula di Port Dickson, nesmilan. minggu zom...bah, tiga esaimens, events, kuiz & micro-teaching-- Alhamdulillah, moga ada nilaian di mata-Nya. sesudah seminggu itu habis, Allah bagi pula sedikit rasa sakit untuk basmi dosa-dosa yang mungkin gua sendiri enda sedar ter ter dan ter sepanjang minggu tersebut. Alhamdulillah, dua hari terasa melayang-layang. segala rasa rindu yang menimbun dalam satu masa, keinginan mau makan itu ini yang memang teda di sini, rasa mau dimanja disaiyangs semua la bah... terima kasih sahabat atas sudinya melayan kerenah aku sepanjang fasa meraih kembali kekuatan zahir & batin. eceh

14-18 September 2015--
pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama tiga hari di sebuah sekolah rendah di PD. sehari cuti kerana jerebu & sehari lagi sebab Hari Malaysia. dua hari berturut-turut ambil relief class-- sedikit waktu itu lah yang banyak memberi gua erti. macam biasa, kelemahan gua adalah kawalan kelas. uhuks. konfiden dan lontaran suara gua masih di level rendah. inshaaALLAH antara benda yang sentiasa ada dalam lists untuk dinaik taraf kelak.

19-20 September 2015--
Alhamdulillah. Barakallahufikum, buat kekasih hati kami, kak Aini yang telah selamat diijab kabul pada 6 Zulhijjah | 20 Sept lalu.

dan kini, seminggu bercuti. tenang-tenang la kudrat seketika, sebelum gear 5 aktif kembali.

kalau bicara kita semuanya kata kata rindu belaka,
baiklah kiranya jika gua berdiam lebih sahaja.

entahlah. seminggu sebelum minggu chaos tersebut, serius-- gua sudah mulai rindu akan anda anda semua, terutama kau-- minion popel. & minggu havoc tersebut sengaja tidak diganggu bayangmu pun kerana gua tahu akan keadaan kau ketika itu. haha masing-masing pun curi-curi tidur dan bernafas inikan pula mau gurau gurau manja masa tu kan. endapalah. moga rindu kan kebah juga nanti.

selamat bermicro-teaching, menyiapkan tugasan tambahan, simulasi akta satutujuhpat, tournament hockey etcs to u, olls. may Allah ease, bi iz nillah!

wahai,
semoga kau baik baik sahaja di sana. belum masanya aku merindui kau. biar sahaja kau tahu, kau ikhlas-- aku jujur.

~nfnfhai--
entah laa. detik tiga pagi itu masih utuh bermain ulang di kepala gua. kata-kata "hey ini kali pertama kita keluar bersama! walaupun di ppum seja..." asyik replay bila tiada lagu berbunyi di dalam kepala. apa sakti kau ini sahabat? balik dari meninggalkan bilik selama seminggu haritu, gua menerima berita yang agak pedih juga. pedih kerana gua tiada ketika kau perlukan support (tapi aku tahu kau kuat dan mereka ada untuk kau) & pedih kerana yang terlibat itu antara sahabat gua juga. bertabah laa wahai hati-hati yang diuji oleh ujian kasih saiyangs Dia. ALLAH uji kerana kau bersedia & mampu sahabat.

mohon--
jika salah gua jelas terpamer di mata kalian, tegur. tegurlah gua secepat boleh face-to-face.
kadang gua pun tersasar jua walau cuba sedaya mungkin berjalan di laluan betul. kadang yang betul itupun ternampak salah kalau bukan iman ukurannya. Allahu. Nauzubillah min zalik.

ayuh, berpimpin tangan ke Jalan-Nya (:

nanti nanti drafs gua akan dipublish jua. ini kes banyak idea, malas menaip ni. ihiks

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...