Wednesday, December 16, 2015

#seploh hari chenta

Bismillah.

5 disember 2015 | sabtu
Flight bki 10:45am, sampai keyel dalam satulebih. Alhamdulillah. Disebabkan hakak ongots bagitau dia maybe akan balik IB pada hari isnin, so gua pun mengambil keputusan untuk lepak dengan bayang-bayang sendiri di keyelsentral. Part lawaknya, gua singgah lunch & dinner di sebuah restoran pastu hiruplah sekali air minuman bergas tersebut pastu entah cemana bila letak ja gelas kertas itu di atas meja terus terbanglah air tumpah ke bawah meja & ais mendarat di kerusi kosong depan gua. Yang gua tau selepas kejadian tersebut gua terus makan dengan maha sopan & ayunya sampai licin enda tengok kiri kanan. Serius malu beb, tapi gua buat muka poker-face semacam menghayati hidangan seja. Kahkahkah
Ini pengalaman pertama kali stay kkaa saturang. Alhamdulillah. Gua dapat tido lena walaupun lebih angka doblas baru mata lelap sepenuhnya. (itupun lepas kacau orang lain hiks)

bki - kul

dating dengan ais C':

ber hi hi hi hi saturang dalam hati

6 disember 2015 | ahad
Ahad yang...kriks. satu benda yang buat gua nda selesa sangats adalah ketiadaan air! masyaAllahurabbi mau buang air puns macam terpaksa kumpul pastu baru lunas satukali. Jadinya gua telah menyelesaikan segala hajat yang memerlukan air dengan jumlah yang banyak di tandas kkdri. Maka berpacaranlah gua dengan tangga seratus. Hari ini part yang menyentuh hati koning gua bilamana gua keluar makan di pasar mid & makan saturang di tempat yang gua selalu kunjungi bersama geng gumuks gua. Perut lapar & makanan sedap nda berapa terasa di lidah... seriusli, satu persatu memori diulang tayang tiap suapan makanan. Tinggal lagi gua perlu menitiskan air mata & lap guna sapu tangan baru la nampak dramatik cikeds. Hiks. Tapi gua kan macho, jadi gua puns sesatlah di kedai alatan sukan untuk beberapa jam.
Seperti semalam, gua tido apabila mata betul betul penats kira jam berpusing atas syiling. zZz. Dalam masa sama berharap sangat sis ongots balik esok!

puns bolehs~

7 disember 2015 | isnin
First latihan intensif untuk aurora team. Makanya gua telah menjejak tangga seratus pada detik 7:35am & singgah sebentar di tandas kkdri. Lepastu tengok padang ib masih kosong, jadi gua pun pergilah ko-op untuk mengisi perut yang nda pernah kenyang. Tunggu punya tunggu, sempat lagi cabut rumput & bercakap dengan labah-labah maka muncullah teammates yang pertama kali gua jompa. our kapten-- along & orec. Cool gila dengan hakak hakak ini. Macam biasalah recalls balik basic for hockey. Lagipun hakak hakak ini sudah setahun nda main hoki sebab busy mengajar (graduated jun 2015). Best part iz, diorang nda luki ilmu walaupun skills mantap gila. Sebagaimana gua ini jenis yang kena tunjuk cara, begitulah mereka memahamkan gua sefaham-fahamnya. Maceh hakak! Latihan tammat masuk angka seploh lebih pagi & kamipun brunch di amjal. Lepas makan gua ambil kunci untuk dua bilik & mereka puns check-in. petang itu barulah tiba hakak hanis dari penang (asal gombak) & hakak fasya-the-manager dari shah alam.
Along ajak keluar makan lepas isyak, jadi mencarilah member aurora mau bagitau tentang plan tersebut. Tetiba perasan, eh orec takda? Cari punya cari, rupanya dia tertidur dalam bilik tv. Pergh! Berani siot sorang-sorang. Malamtu gua jadi superjunior & telah berkenalan dengan mereka-- along, orec, hanis & fasya. Oh yeah, sis ongot tiba di hostel dalam doblas lebih a.m. semasa gua baru sahaja meletakkan kepala atas bantal. Syukur nda tercabut jantung cara sis ongot suruh buka pintu (yang penting dia nda ketuk...ciss).

bercakap dengan labah-labah

berkebun, menebas, buat batas

8 disember 2015 | selasa
Macam biasa, latihan bermula 8 am. Harini semacam chaos juga la memula sebab... entahlah? Dalam kepala gua masatu tengah bercanggah arahan antara kapten dengan sorang member. Tapi lantaklah. Yang penting gua enjoy mencabut rumput serta berkebun. So weolls stop dalam angka seblas lebih &brunch di amjal. Balik hostel, dengar bunyi air. Nehehehe! Alhamdulillah~ selesai bersihkan diri, rehat jap untuk latihan petang nanti dalam angka tiga pm. Disebabkan hujan & padang basah, weolls buat latihan di b3 parking kereta ja. Dalam angka lima lebih juga habis membuat batas. Kalau mau berpeluh banyak & cepat, pegilah di parking sana...gerenti dapat.
Selepas isyak geng yang stay hostel-- along, orec, hanis, fasya, ongot & gua puns ke keyelsentral untuk dinner & bonding time. Geng hadek hadek kalah lawan geng hakaks. Balik hostel tepat angka seblas, ready untuk modop~ zZz. Oh ya, time ni bobby datang bilik minta makanan. Sis ongot masakkan dia telur dadar sedap weh gua puns terliuq... tapi bobby nda habiskan! Ciss.

hijau I

hijau II

it's raining outside, so do my heart

9 disember 2015 | rabu
Latihan mula 8 am. Masih mencari keserasian. Connection. Love. Trust. Respect. Harini mau dekat angka doblas jugalah stop & brunch di amjal (lagi). Mungkin sebab penats sangat, maka memasing sepakat petang ni takdak latihan. Selepas bergolek beberapa puluh kali dalam bilik sis ongot, kami puns bangunlah di petang yang cerah. “mau kopi?” nahh kann... soalan yang jawapannya sentiasa ‘ya’ daripada gua kalau orang tanya mau kopi? Mau teh? masyaAllah... arigato gozaimas sis ongot! Terbhaikk la kopi kaww! <3
Malamtu kami dinner without hanis sebab dia pegi ngedate dengan adik di pasar mid. So keluarlah along, orec, adel, ongot & fasya ke... entah-apa-nama untuk dinner. First time ber-boat noddle. Nyummeh jugalah. Balik hostel, pastu packing sikit sebab esoknya mau pegi penang sudah. Malamtu bobby kaco gua! Ciss...mentang-mentanglah dia tau sis ongot ndasuka tempat dia kotor dengan bulu, terus dia pegi himpit mau tido sama. Pastu pandai pula kasi bangun jam 5 am. Terima kasihlah bobby sebab kau lah beg gua banyak bulu. Nasib comels.

it's a nice day for HOCKEY!

cabut rumput~

ihiks

10 disember 2015 | khamis
Along, fasya & adel gerak dulu pegi ambil jersi dalam tujuhlebih. Orec, ongot & gua gerak dalam angka lapanlebih pegi keyelsentral sebab sis ongot mau tukar flight ke 15hb. Maka bertemulah kami di rnr sg.buloh. bekpes dulu pastu bermulalah konvoi kami selama empatjam  doblasminit ke ipg tengku bainun dengan satu perhentian. Pertama kali bertentang mata dengan hakak wani yang steady sakk. Petang tu rehat sat pastu barulah keluar untuk dinner di de pauh garden. Rasanya gua sudah betul betul jatoh chenta dengan nasi goreng tomyam sebab setakat ini kalo mau rasa makanan pertama daripada mana mana restoran gua mesti order itu. Apabolehbuat... selagi belum berubah hati, gua akan makan sejalah. Balik hostel, bermulalah tido berkualiti gua dalam angka seblas lebih.

ahoy!
my family for-- 8days

11 disember 2015 | jomaat
Macam biasa latihan tetap jalan pada angka 8 am. Pertama kali team aurora lengkap. Walaupun masih mencari keserasian yang semestinya ndadapat dibina dalam masa sehari, gua tetap yakin weolls could made it! Yakin! Latihan tammat dalam angka seblas am. Selepas bersiap, brunch di suatu tempat yang dekat sahaja dengan ipg. Well, memandangkan haritu hari jomaat maka nasi adalah percuma. :3 harga sama jak macam di amjal kalau tambah harga nasi puns. Alhamdulillah! Memandangkan malam nanti manager kena dengar taklimat di usm, penang maka kami puns keluar sejalah sampai malam. Apalagi, bonding time di queensbay mall.
Along, wani & fasya pegi usm. Orec, hanis, jue, adel, ongot & gua stayback a lil bit more untuk beli makanans, minuman untuk esok. Sebelum balik ipg singgah sat di suatu gerai untuk ber-char-keow-teow. Mmdapp bolehlah. Belum boleh lawan yang gua pernah makan sebelumni pada tahun 2013 (beraya dengan kazen ja masa ppismp huhuhu). Balik hostel, modop awwal sebab esok 2 games pada 2pm.

hijau I

hijau II

hijau III

ke pulau ke kita

queensbay tempat orang orang kaya lehlahh...

12 disember 2015 | sabtu
Today iz de day yo!!1111
Walaupun terpaksa terima hakikat awal awal kena lawan team pemain negara. Apapun bak kata kapten-- “have fun. Enjoy!”. So pagi itu along, orec, ongot, fasya & gua gerak awal sebabnya jam seploh nanti ada taklimat terakhir dengan manager. Sampai, lawat booths, pegi taklimat & bekpes di subaidah sementara tunggu member lain tiba. First game agak mengejut jugalah sebab belum puns sempat buat warming-up team kitaorang kena panggil sebab team manatah tak jadi. Second game lagi lah...diawalkan juga. masyaAllahuRabbi...serius... nda puas main. Macam yang baru mau pakai kasut bah terus kena suruh berlari ni. Syukurlah kami sampai awal di tempat kejadian... apapun, good job girls! Walaupun kalah dengan ohsemsnya...hiks
Bagi mengubat rasa kuciwaa sebab nda puas berpanas, berpeluh, dengan adrenalin masih banyak lagi dalam badan, so weolls puns pergilah menghitamkan kulit di pantai-entah-apa-nama. Pasirnya nda se-best di pd, tapi apapun gua henjoiii. Oh yeah air lautnya UWEKKKK masin jo WEKKK. Selesai salin baju semua blah blah tu, maka kembalilah kami ke pangkal jalan. Dinner di BM best tomyam. Hhaha macam besa mestilah nasi goreng tomyam & teh ais <3. Kesian wani time ni sampai seja keretanya di parking terus kereta mati ndatau apa masalah. Disebabkan jue akan balik malamni juga, maka orec, jue & gua puns balik la duluan dihantar oleh along & hanis. Pergh! Seram jugaklah kami berdua jak di hostel tuu. Lepas mandi, masuklah bilik memasing. Time tu jugalah macam macam bunyi. Gua apalagi dalam kepala ready mau pegi bilik orec sudah & berharap orec bukak pintu. Tengok luar-- & orec bersedia menerima gua. Ihiks. Part semacam lawak buat gua bila orec tetiba cakap-- “fatin karaokelah.” halemak kak. Gua memang penyumbang lagu paling berjaya puns hee... tapi disebabkan memasing ngantuks, maka orec lelap dahulu & mata gua bertahan mau tunggu diorang pulang juga. Alhamdulillah, semua selamat sampai walaupun kereta wani terpaksa ditinggalkan. Masuk bilik, tido~

yuuuu esssss emmmm

passion for HOCKEY~ oh mai bae <3

42nd pesta hoki usm 2015 -- aurora team

13 disember 2015 | ahad
Pagi yang... kriks. Hantar wani depan pintu masuk, pastu brunch di kedai kenduri (nickname dak dak ipg sana). Boleh tahanlah makanansnya. “harini nak jalan ke mana?” “lepas makan fikir.” Selepas makan, maka tiba-tiba muncul idea-- jom pegi cameron highlands. Yang lain-- jom! Maka balik hostel, kemas barang, check-out & bermulalah konvoi kami ke brinchang, cameron highlands.
Bapaklahh jalan ke sana ya Allah... memang tawakkal habis jalan ke sana waktu malam & hujan lagi. Bak kata orec, “cameron highlands ni best tapi aku lupa pulak jalan dia macamni...” & sis ongot tambah-- “kalau mau pegi cameron highlands baik fikir seplohribu kali dulu.” Kahkahkah & gua hanya mampu berharap ada pintu doraemon seja masatu. Mencabar betul jalannya. Respect la sama driver! Aurolong, auronis, aurorec, aurodel, aurocile, aurosya & aurofhai puns sampai ke tempat kejadian dalam jam sembilan lebih pm. Dinner di pasar, makan stroberi cicah coklat & mencari tempat menginap. Menggunakan skills-entah-apa-hakak-hakak-itu maka kami mendapat apartment mewah dengan harga rm200. Pergh! Ada tiga bilik queen-size & single, 2 bilik air... siap ada dapur, ruang makan, beranda, ruang tamu lagi. Masuk tandas, cuci muka... beku... ugh! Punya main sejukkk. Bergulung dalam selimut. Brrrrr

bolehlahhh...

memula malas guna jari, leceh

akhirnya, tetap leceh


14 disember 2015 | isnin
#neverforget.
Di suatu pagi yang indah. Alhamdulillah.
Gua & orec telah masuk ke bilik along, ongot & fasya untuk suruh mereka bersedia. Memasing masih liat bangun, apalagi macam macamlah dibuatnya. & akhirnya semua bangun! Yeayy. Ongot duluan keluar bilik dengan tuala & dalam kepala gua masatu memang cakap yang ongot mau pegi mandi. Pastu nampak hanis jalan laju limpas pintu bilik. Tetiba bunyi kaca pecah yang agak panjang jugalah. Bila takdak bunyi sudah maka along, orec, fasya & gua puns bangun berlari keluar bilik. Cermin apa pecah? Fikirkan cermin besar depan ruang tamu yang jatuh... rupanya pintu slide tercabut pastu terlanggar hujung beranda itu yang bunyi panjang gila...
Well, pintu pecah boleh bayar, tangan luka semoga Allah beri kesembuhan sepenuhnya sis! Gua puns ndatau mau bagi reaksi apa. Terkejut, blurr, hairan, takut, risau... yang masih dirasa sampai sekarang-- LAWAK. Astaghfirullah. masyaAllah. AllahuRabbi. XD biar de aurora sejalah tau apa yang jadi ahh. Speedy recovery! Oh yeah, sebagai denda kami kena bayar rm200. Hmm kira macam save bajet gila juga la sebab bayaran penuh apartment tersebut sepatutnya rm350, sama jak macam tambah rm50 jak. Hihihi

Memula sekembalinya along, adel & orec daripada berurusan dengan pihak apartment (kasi balik kunci & mengaku TERpecahkan pintu slide), mereka buat muka ketat. “kita kena bayar rm1k." along masatu masuk petronas mau withdraw. Gua dalam hati antara cuak & ndapercaya. Iyalahkan takkanlah diorang kena lepas macamtu seja, bolehlah kami melarikan diri tanpa bayar. Lagipuns ndalogik sebab manada perjanjian hitam-putih. Krik krik krik untuk seketika, along tetiba cakap-- “apapun kita g cari makan dulu...” jeng jeng jeng. Bagi gua kalo mau prank ini part spoil sebabnya makan untuk menggembirakan (bagi gua lah ^__^v). masatu gua tau sudah takdak masalah apa aihh. Lepas bekpes barulah adel bagitau, owner bukan taupuns harga sebenar slide tersebut, & slide itu memang murah puns kalo nda manakan pecah macam kena ribut seja jo!

ayat paling win pagi itu-- "ngaku jelah kita terPECAHkan slide ini daripada takbagitau apa apa atau menipu. nanti satu penipuan akan jadi penipuan yang lain pula. nak jawab apa kat akhirat nanti."

On the way pulang ke kota metropolitan, singgah sat di pasar pastu pegi lavender cameron highlands. Berabis bergambars, berhenti di rnr tapah. Gua, adel, ongot folo kereta orec. Hanis & fasya folo kereta along. Maka kembalilah memasing ke tempat asal.
Gua dihantar direct ke airport. Flight kul 8:45pm. Sampai 11:20pm. Sampai rumah 12++am. Supper. & lena dalam satu am.

dilanggar angin bayu a.k.a. gajah

koning I

koning II
"awak tengoklah daun ini, itulah perasaan saya terhadap awak..." C':

koning III
"awak, rumah kita nanti atas pokok macam ini boleh kan?" C':

well, we made it. lol

---------- TAMMAT 2, 048 patah perkataan ----------

Terima kasih seinfiniti buat member aurora team. Semoga kita ditemukan lagi oleh Allah di lain waktu kehidupan. Inshaa ALLAH panjang umur, murah rezeki, tahun depan join lagi as Che'gu Suka Suki pula? Inshaa ALLAH, untuk segalanya. Alhamdulillah, seploh hari gua yang penuh chenta. Ampun maaf silap salah, terima kasih atas segalanya. Sekian sahaja travelog gua dengan bahasa aliens kaler koning. Maceh sudi baca, hiks!

inilah lemaks gua. hari ini masuk day-26 gua pura pura ndarindu dengan mereka. ouch!


Well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...