Wednesday, December 7, 2016

#penghujung2016

Bismillah.

pertama & selamanya hanya kepada ALLAH S.W.T, Tuhan Semesta Alam jua kupanjatkan rasa syukur atas segala curahan idea picisan & kudrat upaya untuk satu hari lagi peluang untuk bernafas di atas nama Chenta. Alhamdulillah 'ala kulli hal

duwaribunamblas, sedikit hari lagi bakal melabuhkan tirainya. sebelum terlewat, ingin aku mengucapkan pibedey belog. sudah hampir 6 tahun bersama (setelah banyak post yang dideleted, didraf, dipost). semoga terus menjadi ruang untuk idea picisan, rasa hati dan muntah kuning berlegar di dalamnya. hiks

post kali ini aku tujukan khas buat suatu bayang yang menjadi 'highlight' hati ini sejak pertama kali melihat bayang tersebut di suatu senja 2013. (ekceli nda ingat puns bila, tapi tentunya di atTaqwa). bermulalah suatu 'gila' seorang nfnfhai yang dapat mengesan bentuk bayang itu walaupun tidak diangkat muka untuk bersua. & setakat ini, tekaanku semuanya tepat. bayang = dia.

dalam beberapa minggu lagi aku mungkin 'dilupakan' dengan segala rasa-rasa ini, atau entah sampai bila untuk segala kegilaan ciptaanku akan setia bersama. moga-moga kembali waras, dengan berita indah hendaknya. insya-ALLAH

kepada: pemilik bayang itu a.k.a dia

jujurly sejak pertama kali bersua muka, ada sesuatu yang membuatkan aku mencipta benteng dengan mewujudkan 'bayang' tersebut dalam silibus kehidupanku. tahun itu, 2013. bermula kembara diri di bumi tarbiyyah. dia adalah suatu watak yang sering aku tertukar dengan seorang senior. 2014 barulah aku dengan rela hatinya mengiyakan-- dia adalah bayang, dia bukan senior itu. lol

hendak dijadikan cerita, aku mengenali namanya melalui carta organs surau. malangnya, muka dia tidak sama dengan bayang yang sering kali melimpasi bayangku. di carta tersebut, wajahnya lebih mirip dengan senior itu. haish syukurlah fasa berperang dengan diri sendiri untuk mengkompomkan nama pemilik bayang tersebut sudah berlalu. lucu pula bila diingat kembali.

seterusnya, kisah pertama tentang dia yang termuntah di dalam belog ini sudah duwa tahun berlalu--
Tentang Dia Part Last

kisah terbaru juga tentang dia, beberapa bulan lalu--
Sedetik Beku

.
.
entah mahu dilabel dalam kategori apa segala muntah kuning ini. terlalu aliens sebenarnya buat diri ini sehingga saat ini & sewaktu jari masih menaip setiap aksara ini.

terlalu jelas suatu peristiwa di hari itu. dia dengan beberapa seniors terlalu asyik bergurau like bros tanpa sedar gurauan itu sebenarnya too-loud-for-me-weh-im-here-bruhs! hanya mampu pandang ke tepi seperti teda apa-apa yang berlaku. malunya time tu hanya Tuhan seja yang tahu. =__=" kalau gurau biasa jak ndapalah... ini siap mention nama aku dengan loud & clear lagi.

& hari terakhir menginap di ib sebelum cek out untuk cuti sem-- dijadikan cerita bayang itu juga berada di tempat yang sama denganku. tujuan yang sama: balik.

"kau di mana?"

"Tepi lrt.."

maka... sedang mata memandang ke arah stesen lrt, kelihatan bayang tersebut sedang duduk seorang diri sambil makan auntie's anne. (sempat tersenyum sendiri melihat situasi tersebut sebab terlalu rare di mata ini lol). aku berhenti berhadapan dengannya sambil konon melihat henpon, beberapa detik kemudian dia mengangkat muka & terus ke mesin membeli token. aku? swap kad & pulanglah kami ke tujuan sama.

last seen depan mata-- 03122016.

hm. terlalu banyak sebenarnya suara beku yang hanya mampu dipendam dalam hati. sehingga kini aku sendiri tidak tahu ke mana akhirnya semua ini. adakah benar sekadar rasa yang hanya aku rasai atau... entah? mulai tahun hadapan... bayang itu, hanyalah kenangan buatku.

wahai pemilik bayang itu,
terima kasih atas segalanya. ada sebab mengapa Tuhan temukan aku dengan kau di tahun 2013 sehinggalah 2016. ampun maaf silap salah.\\

aku rasa terlalu banyak hints yang aku berikan. tapi umpamanya seperti tidak sampai sahaja kepada kau. & untuk segala respons yang kau berikan... sama ada positif, neutral atau negatif... terima kasih. terima kasih. terima kasih.

last but not least, sempat aku menjemput kau hadir ke rumah terbuka aidilfitri di tenghilan. kau tahu? sebelum kau membalas jemputan itu, betapa berharapnya aku bahawa ada bayang kau di sana. tapi endapalah. life goes on. difahami juga kesibukan sewaktu itu. huhuhu

semoga, terus menjadi yang terbaik.
.
.
& semoga... yang terbaik juga buat semua. insya-ALLAH

.
.
sebagai manusia, aku-- chenta-- kau.

well, enjoy learning. (lama tidak guna ayat ini lol)

---
9-13dis: kuching with family
13-17dis: seeboo 2.0
24dis: BTS 2016
29dis: RJP turns 1y.o.!
1jan: back to keyel ):
3jan: tahun 3, sem 2
5jan: new level
10jan: forever-in-lavhs

Sunday, October 30, 2016

Love's reports II :

Bismillah.

pertama dan selamanya, segala puji & rasa syukur hanya kepada Allah S.W.T. Tuhan Semesta Alam, yang memegang semua hati hamba-Nya dan Pemilik Chenta yang Utama.

PERHATIAN
segala perkongsian di dalam belog aliens ini adalah berdasarkan pengalaman, buah fikir & konklusi seorang nfnfhai sebagai orang tengah sahaja. biiznillah

ini sambungan kisah lalu...
Love's reports I :

hari ini, izinkan fhai kongsikan pula rentetan PJJ ordinayu ini. (hmm memang puns adik paling menyibuk kali ah hihuhiks).

19 Jun 2016 :
fhai telah menyebarkan perutusan sulit konvo IPGM bulan Nov kepada kay yuu. kay yuu puns apalagi, reveals pula

"aga kata mau tunang masa dia turun sini untuk konvo". hihiks sempat jugalah gurau saiz jari kan. tungglerr saiz 14 (kot) (jari gumuks) (lariii)

23 ogos 2016 :
misi balik seminggu untuk surprise kali kedua hihihiks. terima kasih kerana sudi bersusah payah habis minyak, air liur, tenaga untuk carikan baju seragam pink kelabu. jujurly kalau cari baju ni fhai memang duluan kalah la. entah, kalau tingu peralatan sukan atau beg sandang tahan lasak boleh laa. pastu sempat pula kay yuu ah, bagitau mau join konvo abam. hee join ja la kak, memang disebarkan kepada akak tentang tarikh tersebut sebab mau akak jumpa famili fhai puns. (usha bakal mak abah mentua kitt)

"mau merisik/ bertunang. tapi belum dibincang"

hah?! waktu dengar pasal hal tersebut maka bertambah la misi balik Sabah kali ini. huhuhu

tapi endasempat puns bagitau mak abah secara direct. cuma minta doa daripada sepupu untuk sama-sama doakan, agar abam aga sendiri bagitau kisah chenta dia tu. (see, memang bah menyibuk sakk kerja si fhai ni ar hahaha)

masa berjalan pantas...

31 ogos 2016 :
"nodin tu sudah cakap ke belum la tu pasal nak datang rumah akak tu..."

opps. a'ah la. ish ish, tau la masani fhai tengah busy dengan praktikum. baru teringat, sebenarnya abam sudah bagitau atau belum? hmm

7 september 2016 :
kak ayun bertemu muka dengan kay yuu. hiks. trimas setingginya to kak ayun sebab sudi ambilkan bungkusan baju yang perlu dibawa balik Sabah. & to kay yuu, trimas sis!

28 september 2016 :
entah topik apa yang dibualkan... tiba-tiba terbuka bab abam suruh cari design cincin. nahh masatu la baru tahu nama nama dan jenis jenis cincin. gigih juga tu meng search. iyala kann, fhai ni memang. hihihihi

10 oktober 2016 :
masani ada beberapa hal yang fhai sendiri runsingkan. hmm biasalah kan, anak manja mak abah. rindunyaa dengan famili... fasa praktikum yang paaaling menyakitkan sebab diobserved tiga hari berturut-turut. tapi sebab nilai pengalaman tu lagi mahal, takpa lah. dengan Bismillah, daku melangkah. minggu ni seriusli penat gilos sampaikan ada mesej yang enda terbalas (maafin guee T.T)

kay yuu minta tolong sampaikan pesanan, risau enda sempat dikhabarkan kepada mak abah. & yes, i believe in my brotha. i know he's doin' his style hihihiks. tapi tu laa, why la u abam bergerak selangkah demi selangkah. >__>

23 oktober 2016 :
lampu kuning. pm daripada kay yuu.
huarghh harapan... harapan menjadi layu~
:( time ni hanya Allah yang tahu betapa risaunya seorang anak kepada famili yang jauh. mak, abah, aga, ad & adek.

so, sekali lagi... dengan terpaksa perlu relanya fhai kongsikan apa yang terbuku di hati & minda. & your responds...

terima kasih kay yuu, for not giving up on my bro!

haish. ini la kalau PJJ kan? bah, jangan lupa bagitau cucu kamu suruh tanya nenda fhai tentang PJJ ini. kalau ndak puns baca sak la belog ini ya hihihiks.

28 oktober 2016 :
"fatinnn... insyaAllah, ahad depan ye, 6/11 datang rumah akak makan2.."

& bermulalah tugas jadi orang tengah antara famili besar di tenghilan & keyel pula. ^__^

29 oktober 2016 :
abah hebahkan pula di grup famili besar keyel untuk bantuan jurucakap. sambil tu tanya adat merisik.

30 oktober 2016 :
mak pula hebahkan di grup famili besar tenghilan -- makluman merisik & tunang sekali.

tarikh telah dipacak, tiket telah dibooked (lamaaa sudah), keluarga terdekat sudah maklum...

apapun, fhai doakan semoga segalanya dipermudahkan urusan, baik baik seja hendaknya. terima kasih kerana sudi & mengizinkan fhai terus menjadi si penyibuk antara PJJ ini. hahaha

cukuplah kasi hadiah bond no.9 scent of peace (for her) (dexandra ah). hihiks

#road2convo #road2tambahfamili #ordinayu

inshaa ALLAH for everything.

by, nfnfhai
30 okt 2016,
duduk atas kerusi,
seremban, rumah syiqin.

kbai

Saturday, May 7, 2016

sedetikbeku

ini luahan yang beku tanpa sempat dimuntahkan. entahlah. lebih malu dan kehilangan aksara madah yang sebenarnya.

imbasan...

"...teda hujung minggu ni. takdapat join."
semua memandang ke arah suara itu. dalam tunduk kaku, konon sibuk mencatat sesuatu, telinga dipasang mendengar setiap bait yang bakal dilontar.

"urusan famili..."
selepas sahaja ayat tersebut diluah, semua pakat membuat spikulasi sendiri. "...bertunang?"

terhenti sesaat huruf terakhir yang ditulis. dikawal seboleh mungkin perubahan raut wajah. entah mengapa degupan jantung seakan tidak bermelodi seperti biasa. namun, entahlah... saat itu, dengan senyum seikhlas mungkin (paling lebar setakat itu kali), kuangkat kepala dan memandang dia. dalam 3saat (atau lebih) kami berpandangan. dipihakku, aku cuba membaca wajahnya. di pihak dia, entah apa yang difikirkan.

di akhir soalan bertubi untuk mendapatkan kepastian tersebut, dia akhirnya mengalah. "...kakak yang bertunang."

kahkahkah. semacam lawak juga menulis peristiwa ini kembali. lahaiii
lepastu memang tertanam jak la muka endak angkat-angkat. hailah rasa, terima kasih kerana mengizinkan diriku merasa rasa-rasa tersebut.

sejujurnya, pedih dan mencemaskan. dan kecewa mungkin. tapi akhirnya lega. kakkakaka =__=" belum move on lagi rupanya seorang nfnfhai. kbai

Wednesday, March 23, 2016

chenta kul-sbw I

Bismillah.

17 mac 2016, khamis
sewaktu berbaris untuk pengesahan ketibaan di kaunter imigresen, aku terlihat satu nama yang sangat aku kenali-- oceans. nama wifi milik seorang sahabat yang aku saiyangs. selesai mendapat waran kebenaran menetap 90hari di sarawak, aku melangkah keluar dengan gagahnya (padahal sedang menahan ngantuks hiks). melangkah sahaja aku keluar dari pintu besar lapangan terbang sibu, kelihatan dua insan sedang tersenyum manis memandangku. ah rindu benar dengan senyum itu dan di sebelahnya... aku jatuh chenta lagi, tapi kali ini secara realiti pula (sebelum ini jatuh chenta secara maya jak hihi). masuk ke kereta merah abangnya, sekali lagi aku terpanah. saat azan zuhur waktu kuching berkumandang, mereka turut diam sambil menghayati perjalanan (atau entahlah).

hari ini telah menyaksikan buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke sibu, bertemu mata dengan uwin (crush alam maya sekarang alam realiti), menyaksikan sendiri dengan matatelinga doa mereka (bahasa iban) & paling highlight-- berjumpa mata ke mata dengan famili HRWM. banyak hal membuatkan aku tersentuh sebenarnya. antaranya termasuk jugalah penyediaan makanan, bekas memasak yang digunakan, sabun pencuci (semua yang melibatkan halalharam) dijaga oleh famili dia. tapi yang paling menjaga, mestilah mak wenwen. (rindunyaaa dengan mak di sabahT_T)

walaupun bahasa pertuturan mereka adalah bahasa kenyah, aku dapat meneka sedikit lah apa yang dibualkan. macam biasa, wenwen jadi translator ja. oh ya, aku perasan uwin jenis mahu berbual, berkongsi (entah la bo) tapi kan setiap kali tu juga aku termalu sendiri. haish crush kecil, kite malulah dengan awak. sebabtu kite tak pandang mata awak, kite tengok tahi lalats comels awak je.

18 mac 2016, jumaat
perjalanan wenwen, uwin & nfnfhai ke wisma sanyan. sebelum itu kami singgah ke pusat maxis untuk melangsaikan bayaran. kami singgah makan sebentar di happiness corner (sebenarnya endaingat nama tempat hihiks). minum teh c ping & makan ayam penyet (bak kata wenwen-- krik krik rasa dia hahaaha). part lucu masa ini apabila uwin tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada begnya. waduh crushku, rupanya dia kasih keluar tisu basah dan lap mejanya(pergh pembersih! tapi kebenaran yang baru aku ketahui adalah dia jenis makan sekali sehari atau hanya makan makanan kegemarannya sahaja-- ubi hancur, sayur labu etc).

maka meredah terik mentarilah kami ke wisma sanyan pula sesudah kenyang. masuk sahaja ke wisma tersebut, wenwen meninggalkan aku dan uwin di kedai kasut sukan, dia pula ke jamban. apa yang aku perasan, uwin gemar ke kedai sukan (macam aku lah hiks). kerana terlalu asyik, kami sendiri tidak sedarpuns rupanya wenwen sudah selesai membuang hajat ihiks. selesai windows shopping, kami terus ke muzium pula. masuk percuma ja. pastu barulah beli kain corak sarawak dan keychain. tidak rancangpuns sebenarnya mahu membeli apa-apa, sekadar apa yang diminat dan mampu sejalah kan.
setelah itu, kami ke bangunan apaentah. memang khas warga sibu menonton cerita di panggung. apalagi, terlayanlah movie yang bertajuk the series of divergent: allegiant. boleh tahanlah cerita hiks. part lawaknya apabila uwin mengaku bahawa dia tidak faham akan cerita tersebut. kami puns pulang ke sg. merah menaiki bas rm1.60. malamnya, eben, uwin, abang, riko, wenwen & aku ke funfair foodfair townsquare sibu.

hahaha aku dan wenwen hanya ke gerai makan (makan aiskrim gula apong, kuih ubi & minum air miloais & limau) dan ke amusement park yang pusing-pusing tuuu~ the boys apalagi berabis la bah main apaentah tapi dapatlah juga minuman tin seplastik besar perasa teh hijau & air bunga. kami tiba di rumah pada angka 10malam.

19 mac 2016, sabtu
keluar tengah hari itu untuk menjemput ura yang baru balik dari kem. boleh tahanlah lama tunggu sebab sempat bergambri di taman-taman dekat stesen bas sibu. dari kejauhan kelihatan lembaga hijau dari atas ke bawah. dalam kepala sudah dapat teka siapa yang datang tapi mulut terkunci sahaja. dan inilah pertemuan pertamaku dengan noraini mering a.k.a chiara ura. masyaAllah ketawanya sebenarnya mampu membuatku ketawa sama. kalau wenwen oh di keyel, si ura ni lah oh di sibu. hahaha lawak >_<

pastu kamipun makanlah di sugar buns. pastu ke pasar untuk mencari ubi kayu. tersempat juga makan telur beras. kalau hidu memanglah bau dia ya Allah...tapi bila makan...nyummmeh~

subhanAllah. hari ini bermacam jenis makan baharu yang aku rasa, cuba, buat depan mata. memula jeruk betik nyummeh wenwen, ubi hancur, ikan masak sup entah ikan apaitu, telur padi, ubi kayu goreng, roti canai mimom...pergh. serius boleh buat rindu air mata airliur ni kalau tiba-tiba termengidam waktu di keyel nanti.

T_T terasanyalah last day sudah hari ini. oh ya sebelum makan, eben buat ucapan sikit. barulah poi mengetuai bacaan doa mereka. pastu aku terkezut kejap lah apabila bapa wenwen cakap ini abang saya (padahal wanita). masatu otak sudah tafsir-- oh itukah pula istilah untuk wanita kenyah. pastu yang lain gelak. rupanya tersilap istilah. hihihiks sebab itu memang kakak kepada bapa wenwen. xd

20 mac 2016, ahad
jujurly endamau balik keyel T__T sebab balik ini memang kena hadap bermacam jenis emosi. at least being here could make me calm, terjaga jualah. tadi pagi mulai 6.30pagi mak dan bapa wenwen sudah bersiap. dan barulah yang lainnya. mereka menunggu bas dalam 7.40pagi untuk sembahyang di gereja. sekarang 12:25pm. aku mengantuk sebenarnya zzz flight kami petang ini pada angka 3.05pm sbw-kul

subhanAllah...hectic weeks. here we go. bismillah
terima kasih mimom, midad, oh tulen, uwin, eben, kak, abang, guez, poi, yen, riko, puning & terutamanya chenta hati saya-- wenwen yang sudi menerima kunjungan aliens seorang nfnfhai. 
endamampu diri ini membalas segalanya kecuali dengan doa dan untuk hadir merasa apa yang kau rasa. moga Allah memberi lebih banyak ganjaran buat kalian sekeluarga.


aku rasa, cuti aku kali ini yang bermula di seremban dan kemudian sibu-- adalah suatu rencana Tuhan yang sangat indah. sewaktu hati yang tersangatlah merindui famili di sabah tapi ter masih keras hati balik rumah(selepas terpostnya post ini ketahuilah gua mau balik cuti sem jua inshaaAllah)... perlahan-lahan buat aku sedar. pulai lah anak. indai apai menanti setia di kampung, tiada ganti. T__T firstday jejak kaki di ib balik dari sibu... hanya airmata yang mampu membicarakan rasa rindu yang sebenarnya wujud dalam diam di hati ini. kekadang aku rasa sedih bila lihat sahabat lain melalui detik perit merindui famili... sehinggakan aku terlupa untuk merasa sedih dengan diri sendiri. moga terus kuat wahai hati hati yang jauh daripada tersaiyangs. kuatlah! bukan sia sia kau dijauhkan. dan hargailah setiap yang dekat. terima kasih saiyangs wenwenmuks & syiqinmuks.

kl-seremban
seremban-kl
kul-sbw
sbw-kul

semoga suatu hari bernama chenta akan mempertemukan kita semula~ chenta kamu selalu~

Thursday, March 10, 2016

tiga.

Bismillah.

Alhamdulillah. esok last day untuk last pee bee ess fasa iv.

1 jamadilakhir 1437 | 10 mac 2016 | khamissudahbruh
izinkan gua memuntah rasa tanpa mula, tengah dan akhirnya.

entah mengapa, sejak beberapa hari ini gua asyik ter-tacing sendiri. terimbas balik kata kata yang pernah dilontarkan kepada gua. waisehh hal ini terjadi kerana terturunnya wall of guard yang seharusnya berdiri kukuh menghalang rasa rasa negatif tersebut. antaranya :
"bukan taknak share, tapi takut kau tak makan benda camni"
"jangan makan laa... nanti kau geli blabla"
etc...

weh seriusli, lepas dengar ja benda benda yang seerti, serasa seperti di atas-- gua 100% terasa hati. memendam sendiri.
your expectation is way too high for a village girl like me. gua pernah makan benda low profile daripada yang itu, lagi hina kali daripada yang kalian khabarkan 'geli' kononnya itu. sehingga, kerinduan & keinginan maha melonjak tinggi terus sahaja hilang apabila diperlakukan sedemikian rupa. ):

ihiks. see... tertacing sendiri lagi. pergilah wahai rasa rasa~ i don't need you!
endapalah. terserahlah mahu dikategorikan apa gua ini di mata kalian, mahu di tempatkan di mana layaknya gua--
selagi gua hidup atas nama Tuhanku, selagi tu p lantakk laaa. jangan kacau hidup gua, cukup.

well intipati isi pertama yang ingin gua sampaikan adalah--
don't assume gais!! please... ask!!
endaguna banyak tenaga puns, endarugi apapuns... asal sahaja kau buka mulut, tanya. jangan sampai hati hati yang mendengar konklusi daripada mulut kau buat mereka terasa. it's really hurt, for idk reason. entahlah. Allah mau tegur kali kann... moga moga gua dijauhkan daripada berbuat sedemikian rupa dengan insan lain. hihiks

seterusnya, alhamdulillah. terima kasih. sekian. moga Allah permudahkan segalanya. shhh~

last but not least--
muhasabah, inspirasi, kata semangat agar hati sentiasa sado, kekal positif;
apabendapuns yang kita buat, mulakan dengan nama Allah. moga moga dengan niat memulakan kerja kerana Dia, Allah akan jaga setiap gerak tubuh, tutur kata, lintasan hati, pandangan mata, etc. hiks
apasejala kudrat yang kita ada kan? semuanya itu milik abadi Allah. tanpa izin Allah, satu habuk puns kita enda mampu beb. bah, semangat!!!!!111=

kay. moga terus qawiy melalui hari hari selepas ini. paling penting, moga hari semakin baik daripada hari sebelumnya. kemonnnnn! melangkahlah dengan nama Tuhanmu. inshaaAllah untuk segalanya.

terima kasih ibu, abah, ayong, angah, din. seminggu menumpang kasih-- moga Allah balas sebaiknya buat famili ini. terima kasih semua. maafkan silap salah gua sepanjang masa masa kita bersama. hiks

11.3 : happeh plus one along mok. <3
17-20.3 : sibuwithloves
21, 23, 28, 29.3 & 4.4 : duedeaths. eh, duedates
30-31.3 : lawatan pjs
5-7.4 : felda sg. tengi


well, enjoy learning!

Monday, February 29, 2016

dua.

Bismillah.

alhamdulillah, masih lagi aku diberi kesempatan menghirup udara-Mu ya Allah, bernafas dengan segala tubuh yang dipinjamkan Mu ya Allah, menaip butir aksara dengan segala kudrat pemberian Mu ya Allah.

21st of Jamadilawal, 1437 hijriyyah
29th of february, 2016 leaps year

inshaaALLAH. dengan segala hormatnya perkara yang akan ditaip ini merupakan perancangan kami yang akan ditentukan sebaiknya oleh Dia. bi iznillah~

seminggu yang dalamnya akan ada RPH, bahans, micro-teaching, penilaian pjm, pembentangans, event ib, meetings

SEBELUM

seminggu ber pee-bee-ess untuk kali terakhir
seminggu bercuti selit touch-down see boo
seminggu sesi penghantaran segala mak bapak hadek kakak abam esaimens
seminggu selesaikan projeks bee aii jiii etc

semoga, minggu minggu tanpa hari minggu tersebut mampulah dilalui dengan lapang jiwa dan dada, kesihatan yang baik, semangat yang kental, iman yang sado, akal yang waras-- dengan izin Dia.
InshaaALLAH dipermudahkan.

telah berlalu suatu cuti yang agak WOWW jugalah sebab semuanya semacam mencabar akal normal gua ihiks ihiks ihiks

sebermula dengan ke tempat masyaAllah tobat dizzy ezzy kahkahkah
lepastu tiga hari ke melaka bersama #kepalaemmamelakatrip
lepastu ber sunburn di desawaterpark
& akhir sekali sebelum hujung minggu gua tidak lagi kelihatan--
hang out bersama bunab rabybaek, abam anurmbaek & azve tiabaek ke suatu tempat nun entah gua puns endapasti hiks

dua bulans terlebih beberapa genap semenjak gua menjejak kaki di kolumpo. rindu gua tidak pernah padam sejak melangkah keluar dari rumah ke airport kkia. seriusli...
gua yang zahir bukanlah gua yang batin. gua hanyalah seorang anak kecil yang rajuknya panjang, barannya tinggi, tangisnya setiap masa dan ketika, dan sungguh gua tidak mampu untuk mengharungi semua ini.

TAPI

kerana Allah sentiasa ada... terasa cukup betapa bebanan tanggungjawab yang hakiki bukan sebagai mahasiswa sahaja. & doa mak abah bersama harapan murni mereka itulah... gua harus kuat.

hasilnya, inilah gua. bertopengkan suatu watak rekaan sendiri yang tersangatlah peliks, gua sertakan beberapa unsur agar gua mampu menyembunyikan rasa hati sebenar, bersama menuju ke hadapan dengan rakan sahabat kawan dan lawan lainnya. sebabtu kita dianjurkan untuk ucap Insya-Allah bagi setiap perkara yang ingin dilakukan. bukan sekali dua bukti terpampang depan mata yang hal kita rancang gilerr baek punya kan terjadi gilerr baek punya juga. kerana sebaik baik Perancang & Pengatur hidup ini hanyalah ALLAH SWT.

--
buat rumetes gua yang disayangi lillah~
terima kasih kerana sentiasa faham diamnya gua, hilangnya gua, laparnya gua, bisingnya gua dan bermacam gua yang gua persembahkan hanya khas buat kau seja.

maaf andai detik detik masuknya bulan kedua tahun masehi ini telah banyak memahitkan serta memasamkan hati kau yang kaler pink itu. tiada niat puns di dalam hati ini kerana sesungguhnya gua saiyangs kau seperti gua saiyangs diri gua. walaupun nanti pink vs yellow, pink menang, yellow win di mata gua ihiks

semoga sentiasa ceria, sado, cantiks, jaga aurat, jauhi zina, baca Quran tiap hari, solat pada waktunya, tidur awal, bangun awal, sihat sentiasa, berada dalam jagaan Allah... inshaaALLAH

& paling penting, saiyangs fhai :P

ingatlah sahabatku (pandang cermin muka bulat kaler biru),
tiada apa perkara yang mudah untuk mencapai apapun jua dalam dunia ini. sedangkan Nabi sendiri berdakwah dengan pelbagai halangan... apa lagi kita yang hanya hamba Dia-- selayaknya diuji. itulah fitrah. andai... jalan yang dilalui tersangatlah mudah, telesuri kembali matlamatnya. natijahnya. jangan tersesat dalam kebaikan. apalagi kemaksiatan yang disengajakan. selamat mentarbiyyah diri daripada segala nafsu donia. Allah bersamamu. may Allah Bless always. fi hifzillah. inshaaALLAH

sayunks awucks muach muachh ;*

sekian sahaja laporan kaler koning pada hari ini.

well, enjoy learning!

Wednesday, January 20, 2016

satu.

Bismillah.

pertama dan selamanya, segala puji bagi Allah atas nikmat Islam dan iman ini. Alhamdulillah

kedua, ini merupakan post backdated, auto-update.

keyoga, eloklah kiranya gua mula memuntah rasa. eh, ketiga* ihiks

Januari--
bulan penuh chenta khayalan donia aliens yang wujud di dalam daerah pemikiran gua. gua sendiri tidak mampu menghurai lebih mengenainya kerana semua ini hanyalah rekaan minda gua sahaja. andai sahaja kalian mampu mencuri masuk ke dalamnya, tiada jaminan untuk kalian keluar berfikiran waras seperti sediakala. percayalah. jadi, jangan coba coba. ini amaran. ya, AMARAN.

ingin sekali gua berkongsi apa yang telah berlaku pada tanggal seploh januwari. hee jika diberi ruang dan waktu ingin sahaja gua kongsikan setiap perkara yang telah berlaku pada tanggal seploh setiap bulans. inshaaALLAH, dengan izin Dia semestinya

tanggal sembilan januwari, 9pm lebih--
gua sewaktu itu tersangats la mengantuks dan maha kurang rajinnya maka gua telah mengkhabarkan kepada rumete gua bahawa gua ingin tidur awal malam itu. semacam lawak sebenarnya kerana timing gua tidur sejujurnya selalu melimpasi angka doblas. buat apa? fikir masa depan... mungkin

sebenarnya petang itu telah diingatkan bahawa ada meeting untuk projek lestari melalui wassep, tapi gua seen sahaja la kan sebab ya Allah... sesungguhnya rasa malas terlampau tinggi betul bah malam tersebut

angka seploh lebih, gua terima call untuk kerahan turun on the dot. kalau ikutkan nafsu memang mahu tidur ja terus tu... tapi dengan berat hati sambil memikirkan bahawa masing masing mesti penat dan kena setelkan juga hal projek maka gua puns bersiap pantas. gua tidak lupa bawa topeng iron man sekali sebagai teman ihiks.

sampai tempat diskusi, krik krik krik. bikin hairan jua la sebab selalunya kepala kepala yang berada di hadapan gua ini jenis banyak idea meletups kebaboom daripada gua tapi malam itu, astaghfirullah macam apa seja blurr. gua lagi laa, sudahlah mengantuks, kena suruh berfikir entahapa benda entah. lepastu ketua kepala yang ajak diskusi keluar sebab terima panggilan. hmmpp kalau ikutkan hati mahu ja keluar dan balik bilik terus... tiba tiba pintu terbuka luas

"happeh birthday to uuuuu... happeh birthday to uuuuu... happeh birthday to fhai... happeh birthday to uuuu....!"

Allah... wajah wajah insan yang kuchenta muncul dengan memegang kek coklat--
kaklong syiqinmuks & wenwencomels

nah kan... ini pula kerja dorang ah. langsung enda terjangka akal fikir puns kena buat macamtu.
suwweeeiiitsnyeww korang lahaiii. maceh kaklong syiqinmuks & wenwencomels, abam abam macho. moga Allah beri kamu rezeki yang berlipat kali ganda dari pelbagai bentuk.

Alhamdulillah. sudah masuk umur mengundi. *tersedak kejap*
entah bilalah hasil penulisan puns mahu menjadi matang ah.

apapun, terima kasih atas doa, ucapan, peringatan, dan macam macam benda baik pada hari tersebut. terutama kepada rumetes-- nanamates, faisyamels, piyarapunzel yang sanggup tunggu gua balik dari meeting lah sangats malam itu. tak mampu gua balas semuanya, tapi gua akan sentiasa ada buat kalian di kala susah senang, jauh dekat-- dalam doa sentiasa. inshaaALLAH

macam termuntah banyak pula kan. hee
bagi gua, januwari ini merupakan antara bulan kaler koning gua dan tanggal seploh merupakan angka yang sentiasa koning bagi gua. gua masih juga percaya, bahagia kalian adalah bahagia gua.

--
seindah semalam
oleh : nfnfhai

semalam,
telah berlalu sejak hadir mentari pagi ini,
bersamanya pergi sebuah memori yang tercipta lewat waktu
yang di dalamnya ada aku, kau, dia dan mereka.

semalam
usai pertemuan mata kita,
bersamanya aku lena diulit mimpi indah
yang di dalamnya kalianlah rempah menambah rasa chenta.

semalam
terlalu ingin bicara hati meluah kata,
bersamanya rasa syukur hanya pada yang Esa
yang di dalamnya kuharapkan kebahagian milik kita semua.

semoga semalam yang sempat kita raih bersama,
menjadi suatu kenangan yang kan terulang lagi
nanti di Syurga sana...

terima kasih kerana sudi menerima nfnfhai sebagai nfnfhai.
sayew sayunks awucks muachs

#nfnfhaiplusone #nfnfhaiturnsmoreweirdos #nfnfhaipoyo!

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...