Wednesday, March 23, 2016

chenta kul-sbw I

Bismillah.

17 mac 2016, khamis
sewaktu berbaris untuk pengesahan ketibaan di kaunter imigresen, aku terlihat satu nama yang sangat aku kenali-- oceans. nama wifi milik seorang sahabat yang aku saiyangs. selesai mendapat waran kebenaran menetap 90hari di sarawak, aku melangkah keluar dengan gagahnya (padahal sedang menahan ngantuks hiks). melangkah sahaja aku keluar dari pintu besar lapangan terbang sibu, kelihatan dua insan sedang tersenyum manis memandangku. ah rindu benar dengan senyum itu dan di sebelahnya... aku jatuh chenta lagi, tapi kali ini secara realiti pula (sebelum ini jatuh chenta secara maya jak hihi). masuk ke kereta merah abangnya, sekali lagi aku terpanah. saat azan zuhur waktu kuching berkumandang, mereka turut diam sambil menghayati perjalanan (atau entahlah).

hari ini telah menyaksikan buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke sibu, bertemu mata dengan uwin (crush alam maya sekarang alam realiti), menyaksikan sendiri dengan matatelinga doa mereka (bahasa iban) & paling highlight-- berjumpa mata ke mata dengan famili HRWM. banyak hal membuatkan aku tersentuh sebenarnya. antaranya termasuk jugalah penyediaan makanan, bekas memasak yang digunakan, sabun pencuci (semua yang melibatkan halalharam) dijaga oleh famili dia. tapi yang paling menjaga, mestilah mak wenwen. (rindunyaaa dengan mak di sabahT_T)

walaupun bahasa pertuturan mereka adalah bahasa kenyah, aku dapat meneka sedikit lah apa yang dibualkan. macam biasa, wenwen jadi translator ja. oh ya, aku perasan uwin jenis mahu berbual, berkongsi (entah la bo) tapi kan setiap kali tu juga aku termalu sendiri. haish crush kecil, kite malulah dengan awak. sebabtu kite tak pandang mata awak, kite tengok tahi lalats comels awak je.

18 mac 2016, jumaat
perjalanan wenwen, uwin & nfnfhai ke wisma sanyan. sebelum itu kami singgah ke pusat maxis untuk melangsaikan bayaran. kami singgah makan sebentar di happiness corner (sebenarnya endaingat nama tempat hihiks). minum teh c ping & makan ayam penyet (bak kata wenwen-- krik krik rasa dia hahaaha). part lucu masa ini apabila uwin tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada begnya. waduh crushku, rupanya dia kasih keluar tisu basah dan lap mejanya(pergh pembersih! tapi kebenaran yang baru aku ketahui adalah dia jenis makan sekali sehari atau hanya makan makanan kegemarannya sahaja-- ubi hancur, sayur labu etc).

maka meredah terik mentarilah kami ke wisma sanyan pula sesudah kenyang. masuk sahaja ke wisma tersebut, wenwen meninggalkan aku dan uwin di kedai kasut sukan, dia pula ke jamban. apa yang aku perasan, uwin gemar ke kedai sukan (macam aku lah hiks). kerana terlalu asyik, kami sendiri tidak sedarpuns rupanya wenwen sudah selesai membuang hajat ihiks. selesai windows shopping, kami terus ke muzium pula. masuk percuma ja. pastu barulah beli kain corak sarawak dan keychain. tidak rancangpuns sebenarnya mahu membeli apa-apa, sekadar apa yang diminat dan mampu sejalah kan.
setelah itu, kami ke bangunan apaentah. memang khas warga sibu menonton cerita di panggung. apalagi, terlayanlah movie yang bertajuk the series of divergent: allegiant. boleh tahanlah cerita hiks. part lawaknya apabila uwin mengaku bahawa dia tidak faham akan cerita tersebut. kami puns pulang ke sg. merah menaiki bas rm1.60. malamnya, eben, uwin, abang, riko, wenwen & aku ke funfair foodfair townsquare sibu.

hahaha aku dan wenwen hanya ke gerai makan (makan aiskrim gula apong, kuih ubi & minum air miloais & limau) dan ke amusement park yang pusing-pusing tuuu~ the boys apalagi berabis la bah main apaentah tapi dapatlah juga minuman tin seplastik besar perasa teh hijau & air bunga. kami tiba di rumah pada angka 10malam.

19 mac 2016, sabtu
keluar tengah hari itu untuk menjemput ura yang baru balik dari kem. boleh tahanlah lama tunggu sebab sempat bergambri di taman-taman dekat stesen bas sibu. dari kejauhan kelihatan lembaga hijau dari atas ke bawah. dalam kepala sudah dapat teka siapa yang datang tapi mulut terkunci sahaja. dan inilah pertemuan pertamaku dengan noraini mering a.k.a chiara ura. masyaAllah ketawanya sebenarnya mampu membuatku ketawa sama. kalau wenwen oh di keyel, si ura ni lah oh di sibu. hahaha lawak >_<

pastu kamipun makanlah di sugar buns. pastu ke pasar untuk mencari ubi kayu. tersempat juga makan telur beras. kalau hidu memanglah bau dia ya Allah...tapi bila makan...nyummmeh~

subhanAllah. hari ini bermacam jenis makan baharu yang aku rasa, cuba, buat depan mata. memula jeruk betik nyummeh wenwen, ubi hancur, ikan masak sup entah ikan apaitu, telur padi, ubi kayu goreng, roti canai mimom...pergh. serius boleh buat rindu air mata airliur ni kalau tiba-tiba termengidam waktu di keyel nanti.

T_T terasanyalah last day sudah hari ini. oh ya sebelum makan, eben buat ucapan sikit. barulah poi mengetuai bacaan doa mereka. pastu aku terkezut kejap lah apabila bapa wenwen cakap ini abang saya (padahal wanita). masatu otak sudah tafsir-- oh itukah pula istilah untuk wanita kenyah. pastu yang lain gelak. rupanya tersilap istilah. hihihiks sebab itu memang kakak kepada bapa wenwen. xd

20 mac 2016, ahad
jujurly endamau balik keyel T__T sebab balik ini memang kena hadap bermacam jenis emosi. at least being here could make me calm, terjaga jualah. tadi pagi mulai 6.30pagi mak dan bapa wenwen sudah bersiap. dan barulah yang lainnya. mereka menunggu bas dalam 7.40pagi untuk sembahyang di gereja. sekarang 12:25pm. aku mengantuk sebenarnya zzz flight kami petang ini pada angka 3.05pm sbw-kul

subhanAllah...hectic weeks. here we go. bismillah
terima kasih mimom, midad, oh tulen, uwin, eben, kak, abang, guez, poi, yen, riko, puning & terutamanya chenta hati saya-- wenwen yang sudi menerima kunjungan aliens seorang nfnfhai. 
endamampu diri ini membalas segalanya kecuali dengan doa dan untuk hadir merasa apa yang kau rasa. moga Allah memberi lebih banyak ganjaran buat kalian sekeluarga.


aku rasa, cuti aku kali ini yang bermula di seremban dan kemudian sibu-- adalah suatu rencana Tuhan yang sangat indah. sewaktu hati yang tersangatlah merindui famili di sabah tapi ter masih keras hati balik rumah(selepas terpostnya post ini ketahuilah gua mau balik cuti sem jua inshaaAllah)... perlahan-lahan buat aku sedar. pulai lah anak. indai apai menanti setia di kampung, tiada ganti. T__T firstday jejak kaki di ib balik dari sibu... hanya airmata yang mampu membicarakan rasa rindu yang sebenarnya wujud dalam diam di hati ini. kekadang aku rasa sedih bila lihat sahabat lain melalui detik perit merindui famili... sehinggakan aku terlupa untuk merasa sedih dengan diri sendiri. moga terus kuat wahai hati hati yang jauh daripada tersaiyangs. kuatlah! bukan sia sia kau dijauhkan. dan hargailah setiap yang dekat. terima kasih saiyangs wenwenmuks & syiqinmuks.

kl-seremban
seremban-kl
kul-sbw
sbw-kul

semoga suatu hari bernama chenta akan mempertemukan kita semula~ chenta kamu selalu~

Thursday, March 10, 2016

tiga.

Bismillah.

Alhamdulillah. esok last day untuk last pee bee ess fasa iv.

1 jamadilakhir 1437 | 10 mac 2016 | khamissudahbruh
izinkan gua memuntah rasa tanpa mula, tengah dan akhirnya.

entah mengapa, sejak beberapa hari ini gua asyik ter-tacing sendiri. terimbas balik kata kata yang pernah dilontarkan kepada gua. waisehh hal ini terjadi kerana terturunnya wall of guard yang seharusnya berdiri kukuh menghalang rasa rasa negatif tersebut. antaranya :
"bukan taknak share, tapi takut kau tak makan benda camni"
"jangan makan laa... nanti kau geli blabla"
etc...

weh seriusli, lepas dengar ja benda benda yang seerti, serasa seperti di atas-- gua 100% terasa hati. memendam sendiri.
your expectation is way too high for a village girl like me. gua pernah makan benda low profile daripada yang itu, lagi hina kali daripada yang kalian khabarkan 'geli' kononnya itu. sehingga, kerinduan & keinginan maha melonjak tinggi terus sahaja hilang apabila diperlakukan sedemikian rupa. ):

ihiks. see... tertacing sendiri lagi. pergilah wahai rasa rasa~ i don't need you!
endapalah. terserahlah mahu dikategorikan apa gua ini di mata kalian, mahu di tempatkan di mana layaknya gua--
selagi gua hidup atas nama Tuhanku, selagi tu p lantakk laaa. jangan kacau hidup gua, cukup.

well intipati isi pertama yang ingin gua sampaikan adalah--
don't assume gais!! please... ask!!
endaguna banyak tenaga puns, endarugi apapuns... asal sahaja kau buka mulut, tanya. jangan sampai hati hati yang mendengar konklusi daripada mulut kau buat mereka terasa. it's really hurt, for idk reason. entahlah. Allah mau tegur kali kann... moga moga gua dijauhkan daripada berbuat sedemikian rupa dengan insan lain. hihiks

seterusnya, alhamdulillah. terima kasih. sekian. moga Allah permudahkan segalanya. shhh~

last but not least--
muhasabah, inspirasi, kata semangat agar hati sentiasa sado, kekal positif;
apabendapuns yang kita buat, mulakan dengan nama Allah. moga moga dengan niat memulakan kerja kerana Dia, Allah akan jaga setiap gerak tubuh, tutur kata, lintasan hati, pandangan mata, etc. hiks
apasejala kudrat yang kita ada kan? semuanya itu milik abadi Allah. tanpa izin Allah, satu habuk puns kita enda mampu beb. bah, semangat!!!!!111=

kay. moga terus qawiy melalui hari hari selepas ini. paling penting, moga hari semakin baik daripada hari sebelumnya. kemonnnnn! melangkahlah dengan nama Tuhanmu. inshaaAllah untuk segalanya.

terima kasih ibu, abah, ayong, angah, din. seminggu menumpang kasih-- moga Allah balas sebaiknya buat famili ini. terima kasih semua. maafkan silap salah gua sepanjang masa masa kita bersama. hiks

11.3 : happeh plus one along mok. <3
17-20.3 : sibuwithloves
21, 23, 28, 29.3 & 4.4 : duedeaths. eh, duedates
30-31.3 : lawatan pjs
5-7.4 : felda sg. tengi


well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...