Saturday, May 7, 2016

sedetikbeku

ini luahan yang beku tanpa sempat dimuntahkan. entahlah. lebih malu dan kehilangan aksara madah yang sebenarnya.

imbasan...

"...teda hujung minggu ni. takdapat join."
semua memandang ke arah suara itu. dalam tunduk kaku, konon sibuk mencatat sesuatu, telinga dipasang mendengar setiap bait yang bakal dilontar.

"urusan famili..."
selepas sahaja ayat tersebut diluah, semua pakat membuat spikulasi sendiri. "...bertunang?"

terhenti sesaat huruf terakhir yang ditulis. dikawal seboleh mungkin perubahan raut wajah. entah mengapa degupan jantung seakan tidak bermelodi seperti biasa. namun, entahlah... saat itu, dengan senyum seikhlas mungkin (paling lebar setakat itu kali), kuangkat kepala dan memandang dia. dalam 3saat (atau lebih) kami berpandangan. dipihakku, aku cuba membaca wajahnya. di pihak dia, entah apa yang difikirkan.

di akhir soalan bertubi untuk mendapatkan kepastian tersebut, dia akhirnya mengalah. "...kakak yang bertunang."

kahkahkah. semacam lawak juga menulis peristiwa ini kembali. lahaiii
lepastu memang tertanam jak la muka endak angkat-angkat. hailah rasa, terima kasih kerana mengizinkan diriku merasa rasa-rasa tersebut.

sejujurnya, pedih dan mencemaskan. dan kecewa mungkin. tapi akhirnya lega. kakkakaka =__=" belum move on lagi rupanya seorang nfnfhai. kbai

1 comment:

Ai Ana said...

sweet juga tu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...