Saturday, April 1, 2017

bulan keempat

Bismillah.

pertama dan selamanya, Alhamdulillah. hanya kepada Allah kuserahkan segala urusan hidup ini.

ya. ini post pertama bagi tahun duaributujuhblas. ke mana gua untuk tiga bulan ini?!
hmm... sebenarnya sudah beribu kali jari sudah mula menaip di atas papan kekunci ini, tinggal sahaja butang 'publish' ditekan. tapi menjadi gua, inilah yang terjadi. insya-Allah muntah kuning ini akan gua habiskan dan 'publish'kan juga akhirnya.

bulan pertama--
balik ke kampus, yang sejujurnya gua tidak bersedia untuk SEMESTER BAHARU! titik mula homesick gua. pedih itu, gua simpan sendiri.

bulan kedua--
bulan yang agak... mencabar sebenarnya. dengan pelbagai isu baru & lama, peraturan yang tiba-tiba, dan bermacam kerenah manusia. tapi bersama manusia positif di sekeliling gua, gua bahagia seja, hiks

bulan ketiga--
bulan yang agak penat zahir batin. huhuhu. bulan zombie, bulan pembuka untuk segala PENGHANTARAN mak nenek bapak datok esaimens, camping ub, perhimpunan bulanan, itu ini... paling banyak meeting waktu malam. bulan ini barulah terlangsai sedikit homesick ciptaan gua selama seploh hari meraih chenta di Sabah bersama kakak tersayang. hihihiks (tunggu next entry untuk cerita menarik ni. Love's reports III). kembali ke kampus tu jangan habaq la woi, ada satu hari tu gua rindu gilos dengan mak abah T_T hanya mampu nangis tepi dinding sorang-sorang. ish dasar anak manja. minggu akhir bulan ini adalah minggu yang agak emosi buat gua. cakap pasal famili ja, saat tu juga bergenang air mata. can't help myself T_T. buat masa ini, untuk segala homesick gua yang tidak pernah padam... gua hanya mampu menonjolkan betapa positifnya hidup ini dan dalam masa... hati, jiwa dan raga gua yang tidak terlihat... amatlah menyeksa. uhuks. endapalah. kejap ja lagi ni. ada sebulan lagi kan ^_^
tapi kerana gua memilih bahagia-- Alhamdulillah. habis pun bulan ketiga semalam dengan satu senyuman. kalau diikutkan kata hati yang memang endakuat ni, mau ja gua menyesali atas segala malasnya, tidak menentunya hidup gua, dan segalanya yang negatif tentang diri ini. tapi gua tersedar... siapa gua untuk terus berkeadaan begitu? ada satu ayat ni buat gua bangun dari jatuh yang disengajakan.

nothing is difficult if you seek it through your Lord,
and nothing is easy if you seek through yourself.

selamat datang bulan keempat. bulan pembuka yang insya-Allah kita muntahkan lebih banyak kaler kuning yang positif, ceria, sado, cantik, kuat, sabar, senyum etcs.

semoga terus kuat wahai hati-hati yang merindui rumah dan seisinya! :D

semoga Allah permudahkan untuk beberapa urusan dunia sebelum tammatnya semester 6 ini. hiks. kejap ja lagi. jom laluinya dengan tenang jiwa, yang terbaik, yang terpaling diingati kelak.

oh ya, hari ini masuk minggu kedua gua bebas jenayah. jenayah apa juga tu? apalagi kalau bukan 'stalk' orang yang sama. tapi disebabkan dua minggu lalu tidak sama sudah, jadi ayuhlah bebas jenayah untuk segala jenayah yang hanya melemahkan sebenarnya. moga sifar dengan segalanya hingga akhir nanti. ^_^ gua tidak mahu terikat dengan sesiapa. dan biar sesiapa tidak terikat dengan gua. kbai

bah itu seja baitu. hari ini-- 4 rejab 1438h bersamaan 1 april 2017
semoga bahagia, milik semua. insya-Allah ^_^

well, enjoy learning!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...