Thursday, May 10, 2018

#KUAT

Bismillah.

Alhamdulillah, masih diberi nafas dan kehidupan untuk meneruskan perjuangan. moga terus kuat hingga ke akhirnya.

bergenang air mata saat jari ini menyusun aksara. ya, kerana indah kenangan yang dirasai bersama dan hanya tinggal sebagai kenangan sahaja. terima kasih buat ibu ayong, ayong, angah dan budin yang selalu sudi berkongsi kasih dan sayangnya seorang ayah yang terlalu kaya dengan perhatian, senyuman, kesabaran dan kebahagiaan.

rupanya, Allah lebih sayang abah. abah pergi dahulu sebelum yang lainnya dengan meninggalkan segala yang manis manis seja. jujur, sepanjang minggu itu aku tidak dapat menahan sedih dan pedih di dalam hati dengan rasa yang tidak terungkap. tapi...aku tetap bersyukur kerana urusan akhir abah di dunia semuanya dipermudahkan.

terima kasih untuk kenangan, semoga abah termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman. abah-- Sabri bin Senin. abah kepada klasmettku sepanjang 5tahun di bumi aibi ini.

mau dicerita betapa banyaknya manis kenangan itu, memang banyak. yang buruknya pula, langsung tiada dalam memoriku.

semoga keluarga ayong terus bahagia, terus tabah, terus menjadi kesayangan alam dan angkasa. terima kasih kerana sudi menerima nfnfhai sebagai pengunjung tetap setiap tahun.

--tanggal 24 april 2018, kelas aras 4, kuliah akhir--

ayong tiba-tiba berlari keluar. diikuti dengan wenwen. aku masih blur, dan beberapa minit kemudian keluar mencari mereka di tandas. tiada kelibat. *dalam kepala: mungkin kena jumpa seseorang yang penting tentang teater kali. masuk semula ke kelas, tengok hp ada 2misscalled daripada ayong. time ni serius berdebar lain macam tapi acah cool sebab dalam kelas tengah berlangsung perbincangan. fikiran telah menerawang jauh memikirkan ayong dan wenwen. tiba-tiba wenwen masuk, tanya sesuatu sambil tahan air mata. satu patah perkataan pun tidak difahami apa yang disebut. aku meluru keluar, dan kelihatan ayong tengah menangis pilu. terdengar ayong sebut-- abah dah takde. aku pandang wenwen yang juga sedang menangis deras, demi satu kepastian. abah syiqin dah takda. terus gugur jantung bersama air mata. speechless. saat aku memberi bahu untuk menangis, aku juga tersangat perlu untuk bahu yang lebih kuat berada di sisi. im not strong, but i have to. kami bertiga menangis seperti anak kecil untuk beberapa ketika sebelum boleh berfikir waras kembali.

dalam hati hanya mampu berdoa moga Allah berikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan buat sahabat kami serta famili dia. kami yang baru kenal 5 tahun pun boleh terasa kehilangan sebegini (hingga saat ini), apatah lagi mereka yang telah bersama sejak melihat dunia lagi. tapi aturan Allah sentiasa indah. moga terus berbahagia dengan ujian Kasih Sayang Allah ini, untuk kita terus menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

sambungan...

insan pertama yang aku mesej menggunakan hp ayong (waktu tu 3% lagi bateri) adalah sazah ilda. pensyarah yang mengajar di dalam kelas keluar ke tandas, terserempak kami yang menangis macam anak kecil, inginku jelaskan apa yang berlaku tapi tutur kata terbatas dengan sedu sedan air mata. kuajukan mesej tadi, barulah beliau faham. telefon kazen ayong tentang pergerakan ke seremban, kemudian masuk ke kelas untuk minta mereka maklumkan dengan mentor. buat pertama kali, tidak terluah satu perkataan pun dari bibir ini melainkan esakan tangis yang dipaksa daripada menggila. sekali lagi aku tunjukkan mesej yang sama tadi. sempat pesan-- tolong...bagitau mentor (entah berapa kali ulang lafaz sampai dato faris respons, ok fhai). petang itu, dua kereta penuh rombongan ke seremban. aku, wenwen & nanamates telah terlebih dulu bergerak pergi bersama kazen ayong. bagaimana chenta tidak semakin bertambah kepada mereka?

segalanya berlaku pantas. umpama mimpi. semua emosi yang sangat memenatkan dirasai dalam waktu yang sama. Allahu. aku sedar...seberapa bersedia pun kita untuk sesuatu yang belum berlaku tapi tetap pasti akan berlaku, kita tidak pernah akan bersedia.

mati itu pasti, hidup-- insya-Allah.

Allah uji kau, wahai sahabatku. tatkala kau dan famili kuat untuk ujian ini. walau hingga kini serasa masih mimpi, teruslah kuat sahabatku. nanti setelah tamat perjalanan ijazah kita di sini, ketahuilah kami masih dan sentiasa ada untuk kau. tidak selalu zahir, insya-Allah tetap dalam doa serta ingatan. kami pun pasti akan melalui semua itu nanti. sungguh, dunia ini hanyalah persinggahan sahaja.

aku minta maaf untuk segala silap dan salah sepanjang perkenalan kita. kalian sahabat chenta hatiku yang sanggup menerima segala yang lebih dan kurangnya diri ini. moga terus bahagia dan berjaya di luar sana, nanti. fhaisayang syiqinmuks dan wenwenmuks. tidak lupa buat adikberadik gumuksku-- kalian antara sebab untuk aku terus kuat sehingga kini.

may Allah Bless always,
10052018: lembahpantai,
#MalaysiaSejahtera


12.5 edu dan bmm
19.5 edu
22.5 bukram cd
2.6 ifthor anak Sabah
4.6 last opoimen
5.6 farewell aibi
9.6 school's hols bebeh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...